Simpanan yang paling berkesan adalah simpanan yang dipaksa dan dilupakan, bila ada dua elemen paksa dan lupa barulah simpanan tersebut boleh bertahan lama.
Ikut pengalaman yang sebelum ini bila kita simpan duit bila dapat gaji, sebelum dapat gaji seterusnya dah gatal tangan nak belanja baki yang ada dalam akaun bank.
Duit gaji dalam akaun bank memang tak selamat untuk disimpan, bank hanyalah tempat persinggahan sementara sebelum duit kita habis dibelanjakan. Adehhh.
Berbeza bila kita dah simpan emas, dapat gaji teruskan tukarkan sebahagian kepada emas dan selebihnya berbelanja macam biasa.
Hati jadi tenang untuk berbelanja bila tahu sebahagian duit dah selamat disimpan dalam bentuk emas.
Alhamdulillah duit gaji yang 5 tahun lepas sejak saya mula simpan emas masih lagi ada sampai sekarang dalam bentuk emas, satu pencapaian yang baik untuk orang yang dulunya boros berbelanja.
Satu keuntungan emas yang hanya penyimpan emas yang alami adalah rasa sayang nak jual emas simpanan, perasaan ini jarang ada bagi yang simpan duit.
Mula simpan emas bulan ini 1 gram, bulan depan dah target nak ada gram yang seterusnya. Tak sabar nak tunggu gaji yang seterusnya, sedar tak sedar bertahun simpan emas sudah ada banyak gram.
Ada emas yang dibeli dengan harga tinggi, ada yang dibeli dengan harga rendah. Bila dikira menggunakan teknik pemurataan harga, purata harga emas boleh jadi rendah.
Nak dapatkan harga emas paling rendah? Jawapannya adalah konsisten beli sahaja, gunakan kaedah “simpan dulu baru belanja” selepas dapat gaji setiap bulan.
nota: kewangan kita kukuh bila kita boleh lupakan simpanan kita.
Speak Your Mind