Tart Nenas Bola Naga

1. Rahsia saya ialah minyak sapi insyallah tak berbau bau tetapi rasa amat berbeza – tart akan jadi lebih lembut dan gebu. Cair dimulut! Begitu juga dengan susu pekat – Ia bukan saja berfungsi untuk memberi sedikit kemanisan, tetapi juga untuk mengekalkan kelembabpan (Moist) kepada tart anda.
2. Tepung jagung dalam 20 gram dan tepung kastard dalam 20 g (lebih kurang 1 sudu setiap satu) akan membuatkan tart anda lebih kejap dan tidak mudah hancur bila dipegang.
3. Tart paling elok guna butter berkualiti seperti contoh Goldern Churn, Anchor atau mentega tulen yang lain.
4. Cara bakar juga amat penting : Untuk dapat warna yang menarik, tart mesti dibakar 2 kali dan diubah tempat. Jadikan tart anda lain dari yang lain.
5. Resepi ini diolah dan diperbaiki mengikut sukatan yang pasti InsyaAllah jadi elok. Banyak kali dah buat dan amat memuaskan. InsyaAllah.
6. INGAT! Jika adunan terlembik, tambah tepung gandum. Jika terkeras, tambah butter! Itu cara untuk menyelamatkan adunan.

Bahan²

?
?
?

Bahan bahan ( Boleh dapat 100 biji Tart )
250 gram butter
30 gram minyak sapi
40 g susu pekat manis
1 biji kuning telur
1 sudu esen vanilla
450 gram tepung gandum
20 gram tepung kastard
20 gram tepung jagung
Untuk cara buat dan bakar, si;a lihat tutorial ini :
https://youtu.be/W2Eztn67U7E

Kredit : Mohd Fitri Khairudin

Speak Your Mind

*