TEPUNG PELITA JAGUNG

BAHAN (BAHAGIAN BAWAH)

6 cawan air
1 cawan air pati pandan
Sedikit pewarna hijau
1 cawan tepung jagung
1 ½ cawan gula
½ tin jagung manis

BAHAN (BAHAGIAN ATAS)

8 cawan santan
1 sudu kecil garam
1 cawan tepung jagung

CARA:

1. Untuk menyediakan bahagian bawah, bancuh semua bahan dan tapis.
2. Masak atas api yang sederhana dan kacau hingga pekat.
3. Tuang dalam kelongsong dan ketepikan.
4. Untuk menyediakan bahagian atas pula, bancuh semua bahan dan tapis.
5. Masak atas api yang sederhana dan kacau hingga pekat.
6. Tuang ke atas adunan yang telah siap tadi. Sejukan.
7. Boleh hidangkan.

kredit resipi: Nina adrina/majalah saji

Speak Your Mind

*