Archives for January 2022

ORODESIGN ? PROGRAM AKADEMI USAHAWAN EMAS DIRECT KILANG (KILANG EMAS MAA PRECIOUS METAL SDN BHD)

Kini setiap orang mampu miliki kedai Emas sendiri. Dapat nikmati beli Emas harga kilang, jual semula Emas lama terus kepada kilang dengan Harga tinggi tanpa melalui orang tengah. Kilang pemilikan penuh Bumiputera, bangga jadi sebahagian keluarga besar Orodesign.

• Dapat mempelajari bagaimana menggandakan emas anda.
• Menambah pendapatan melalui keuntungan runcit & program dealer get dealer.
• Menjadi rakan kongsi Syarikat
• Diberi ilmu untuk memanfaatkan industri emas sebagai pelaburan masa depan.

✅

TIADA PAKSAAN @ WAJIB cari ahli.

✅

TIADA PAKSAAN @ WAJIB kena membuat belian bulanan.

✅

TIADA PAKSAAN @ WAJIB untuk kita menjual produk.

✅

TIADA PAKSAAN @ WAJIB untuk hadir ke seminar.

✅

TIADA YURAN tahunan (kerana keahlian adalah seumur hidup).”

Peraturan Tabiat Menyimpan

1. 7/10 rakyat di Malaysia suka berbelanja dulu baru menyimpan.

2. Sebab itu ramai orang kita suka meminjam. Mereka tak ada simpanan.

3. Cara nak atasi masalah ini adalah, dapat je gaji tolong SIMPAN DULU baru belanja.

4. Simpanlah sekurang-kurangnya 10% dari gaji bersih yang kita dapat

5. Nak lebih selamat tukar terus duit kita kepada EMAS.

6. Simpan sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Target akhir bulan Disember 2022 nak ada simpanan emas sebanyak 50 – 100 gram

7. Bak kata Warren Buffet,
“Do not save what is left after spending, but spend what is left after saving”

Emas mahal, ya saya setuju memang emas mahal sejak dari dulu lagi..

Tahun 80’an harga emas RM30 segram orang masa itu kata mahal. Tapi hari ini kita kata murah.

Tahun 90’an harga emas RM50 segram orang masa itu kata mahal. Tapi hari ini kita kata murah.

Tahun 2000 harga emas RM100 segram orang masa itu kata mahal. Tapi hari ini kita kata murah.

Tahun 2010 harga emas RM150 segram orang masa itu kata mahal. Tapi hari ini kita kata murah.

Tahun 2020 harga emas RM250 segram orang masa itu kata mahal.
Tapi hari ini kita kata murah ( bayangkan tahun 2030

?

 ).

Persoalannya bukan murah atau mahal. Tapi bila kita nak mulakan..

Apa yang kita perlu faham adalah, emas adalah #aset sama seperti hartanah, property.. Sentiasa ada permintaan atau #demand, sebab itu harganya dari semasa ke semasa semakin mahal.

Berat yang sama, nilai yang berbeza

?

Tahun 2010, 100g emas = RM10 ribu
Tahun 2020, 100g emas = RM25 ribu

Tahun 2010, RM10 ribu = 100g emas
Tahun 2020, RM25 ribu = 100g emas

Mula simpan emas sekarang.

BAGAIMANA KITARAN HIDUP KITA

Cuba lihat di mana kedudukan umur anda sekarang?

Hidup ini adalah sebuah pilihan. Bekerja atau bersara di usia tua terletak pada apa yang kita simpan hari ini.

Bermula awal rancang dana persaraan kita. Kalau saya, saya pilih simpan emas sebab nilainya tak merosot walaupun ditelan usia.?

Jadi usahakan lah dari sekarang. Masa tak tunggu kita.

Dapur tempat banyak kuman membiak tapi ramai sering abaikan!

DAPUR merupakan antara kawasan penting dalam rumah yang menempatkan barangan keperluan asas setiap hari. Namun, dapur juga boleh menjadi tempat kuman membiak.

Melalui laman Health, Profesor Keselamatan dan Keselamatan Makanan di Kansas State University, Randall Phebus, berkata aktiviti yang dijalankan di dapur boleh mencemari kawasan tersebut menjadi sarang bakteria berbahaya jika tidak dibersihkan.

Sesetengah mikroorganisma yang tumbuh di dapur tidak akan menyakiti anda, Tetapi ada beberapa daripadanya seperti E. coli, Salmonella, dan Listeria boleh menyebabkan penyakit serius, terutamanya pada kanak-kanak, orang dewasa, warga tua, dan orang yang mempunyai sistem imuniti lemah.

Berikut ialah beberapa tempat paling biasa bagi kuman di dapur yang wajib anda perhatikan, termasuk;

1. Span pembersih

Span sering digunakan untuk membersihkan hampir semua kawasan di dapur. Apabila digunakan, span boleh mengangkut bakteria yang berada di setiap sudut ruangan.

Sesetengah pakar mengesyorkan menggunakan tisu kertas pakai buang dan bukannya span, yang boleh menghasilkan banyak bakteria pada setiap sisi.

2. Lap piring

Menurut penyelidikan yang dibentangkan pada mesyuarat Persatuan Mikrobiologi Amerika Syarikat, selepas sebulan penggunaan, separuh daripada tuala pinggan mangkuk telah tercemar.

Pencemaran itu berlaku kerana patogen yang berpotensi tinggi untuk menyebabkan keracunan makanan termasuk E. coli.

3. Papan pemotong

Papan pemotong adalah salah satu alat yang paling penting di dapur. Banyak makanan mentah biasanya menggunakan papan pemotong.

Bermula dari sayur hinggalah daging, sudah tentu kuman boleh melekat di situ, lebih-lebih lagi jika terdapat lekukan atau corak pada papan pemotong yang sukar dibersihkan.

4. Dispenser

Menurut laman Apartment List, yis dan kulat boleh tumbuh subur di kawasan ini.

Oleh yang demikian, keraplah membersihkan permukaan dispenser dengan span bersih yang telah direndam dalam air cuka.

5. Spatula getah

E. coli juga boleh tumbuh pada perkakasan dapur seperti spatula getah.

Untuk mengeluarkannya, anda boleh bilas dengan air panas dan beberapa sudu besar klorin, juga boleh menggunakan campuran cuka dan air.

6. Besen basuh

Penyelidikan menunjukkan bahawa sinki dapur cenderung lebih kotor daripada kebanyakan bilik mandi, dengan lebih daripada 500,000 bakteria setiap 3 sentimeter persegi.

Malahan bakteria boleh datang daripada daging mentah atau ayam – patogen daripada hasil mentah, juga hidangan kotor yang telah dibiarkan terlalu lama.

Tahun Baru Cina menjelang tiba, ketahui 5 kelebihan makan limau mandarin

SETIAP kali kedatangan Tahun Baru Cina, limau mandarin pasti akan menjadi satu kemestian dan banyak dijual sebagai salah satu simbolik perayaan itu.

Limau mandarin adalah salah satu ‘keluarga’ limau dan lemon – tetapi ia biasanya lebih kecil, manis dan kulitnya mudah dikupas.

Tetapi tahukah anda limau mandarin bukan sahaja enak tetapi buah ini mengandungi pelbagai nutrisi penting yang baik untuk kesihatan.

Berikut adalah lima manfaat buah-buahan ini;

Limau Mandarin 2

Limau mandarin mempunyai pelbagai khasiat.

1. Ketahanan terhadap penyakit

Beta-karoten dan beta-cryptoxanthin adalah senyawa yang menjadikan limau mandarin berwarna oren dan di samping itu ia adalah antioksidan yang dapat mengurangkan risiko penyakit kanser.

Limau mandarin memiliki lebih banyak beta-karoten dan beta-cryptoxanthin daripada limau biasa, menjadikannya makanan tambahan yang sangat baik untuk pola pemakanan anda.

Tubuh manusia akan mengubah beta-karoten dan beta-cryptoxanthin menjadi vitamin A, yang penting untuk sistem kekebalan yang sihat, penglihatan yang baik serta perkembangan normal.

Ia juga sumber vitamin C yang sangat baik yang berfungsi membantu sistem kekebalan tubuh selain menjaga kesihatan kulit dan mempercepatkan penyembuhan luka.

Sumber vitamin C dalam makanan adalah lebih baik diserap oleh tubuh berbanding pengambilan suplemen.

2. Mengawal kolesterol

Limau mandarin adalah makanan bebas kolesterol selain kaya dengan serat yang membuatkan seseorang berasa kenyang lebih lama.

Serat ini terbukti membantu mengurangkan kolesterol LDL atau kolesterol jahat kerana ia akan berkumpul dalam pembuluh darah dan menyebabkan masalah jantung.

Dengan menurunkan kadar LDL, seseorang juga dapat menurunkan risiko terkena serangan sakit jantung atau angin ahmar.

Kaya Serat

Serat limau mandarin cukup baik untuk melancarkan sistem penghadaman.

3. Menurunkan tekanan darah

Manfaat lain buah ini adalah membantu mengawal tekanan darah tinggi disebabkan oleh pengambilan makanan berlemak dan merokok.

Jika tidak dikawal, ia boleh meningkatkan risiko terkena penyakit jantung.

Makan buah buahan yang kaya serat boleh membantu menurunkan tekanan darah selain ia juga mengandungi potasium.

Kandungan kalium pula mampu menurunkan tekanan darah dengan membantu tubuh membuang lebihan natrium (garam) sekali gus mengurangkan ketegangan pada dinding pembuluh darah.

4. Kuatkan tulang

Selain potasium, limau mandarin juga mengandungi kalsium dan magnesium – yang membantu memadatkan mineral tulang dengan lebih tinggi.

Ini bermaksud tulang seseorang lebih kuat dan tidak mudah patah sekiranya berlaku sebarang kemalangan.

Limau

Limau mandarin juga kaya dengan antioksidan dan vitamin C.

5. Tingkatkan kesihatan usus

Kandungan serat dalam buah itu turut memberi manfaat kepada sistem pencernaan di mana serat akan membentuk gel di saluran penghadaman.

Ini akan menarik air ke usus untuk melembutkan najis dan melancarkan proses membuang air besar.

Tidak hanya itu, limau mandarin cukup baik menurunkan risiko penyakit kronik bahkan membantu anda menurunkan berat badan!

krecit : mstar

10 MAKANAN TINGGI GARAM

MAGFE 2021

Alhamdulilah, dengan limpah rezekiNya, Allah mengizinkan saya mendapat Anugerah Webotik Fakulti Kejuruteraan bagi tahun 2020.

Tak sangka juga dapat anugerah ni, sebenarnya saja suka-suka share bahan ilmu yang selalu dibaca di website luar ataupun dlm group telegram, paling banyak share ilmu simpanan emas dan resepi masakan je.

Jarang-jarang nak update psl kegiatan sendiri pun kt dalam FB. IG dan twitter langsung takde…hahaha..

Tapi entah kenapa suka masukkan bahan ilmu kat dlm blog sendiri. Sementelah UTM sendiri mmg mewujudkan blog untuk setiap stafnya. Pada saya ilmu dan artikel yang saya baca lebih elok saya simpan di blog saya sendiri. Andai saya nak merujuk pada masa akan datang boleh tgk je kt dalam blog.

Sekurangnya dapat juga markat bonus untuk ELNPT, namun tak sangka ada bonus lebig besar, menang anugerah. Di peringkat sekolah pun saya menang juga anugerah Webotik ni. TQ ALLAH.

Lepas ni memang berkobar lagi saya ingin menambahkan ilmu dan share dalam blog saya ni.

Malam ini…

Tidur sebentar dan kemudian bangun malam seawal 2 pagi – 5 pagi (sebelum masuknya waktu subuh).

Pilihlah mana-mana yang dihajati…

1 – Solat sunat wuduk.

2 – Solat sunat tahajud.

3 – Solat sunat taubat.

4 – Solat sunat tasbih.

5 – Solat sunat hajat.

6 – Solat sunat istikharah.

7 – Solat sunat witir.

Selepas Azan Subuh

1 – Solat sunat subuh.

2 – Solat fardu subuh (bacaan terbaik ialah Surah Waqiah).

7.15 pagi – 8.15 pagi

1 – Solat sunat isyrak.

8.15 pagi – 11.00 pagi

1 – Solat sunat duha.

Apabila Gelincir Matahari

1 – Solat sunat zohor.

2 – Solat fardu zohor.

3 – Solat sunat selepas zohor.

Selepas Azan Asar

1 – Solat sunat asar.

2 – Solat fardu asar.

Selepas Azan Maghrib

1 – Solat sunat Maghrib.

2 – Solat fardu maghrib.

3 – Solat sunat selepas maghrib.

4 – Solat sunat awwabin.

5 – Solat sunat taubat.

Selepas Azan Isyak

1 – Solat sunat isyak.

2 – Solat fardu isyak.

3 – Solat sunat selepas isyak.

4 – Sola sunat witir.

Hari Jumaat

1 – Solat sunat Tahiyatul Masjid (apabila tiba di masjid)

.2 – Solat sunat wuduk

3 – Solat sunat taubat.

Semoga dapatlah kita amalkan insha AllahSemoga bermanfaat.

AamiinWallahualam

May be an image of text that says 'SOLAT SUNAT (Penting dlm Kehidupan) .SUNAT TAHAJJUD rakaat •Ayat Al-Kursi 7x .Ayat Al-Ikhlas 11x SUNAT TAUBAT -2 rakaat .Ayat Al-Kursi 11x Ayat Al-Ikhlas 11x .Sujud terakhir Tasbih 40x (laailaaha illaa anta subhaa naka innii kuntu minazzhoolimin) SUNAT NIKAH -2 rakaat .Surah Al-Kaafıruun Surah Al-Ikhlas .SUNAT ISTIKHARAH (berhajat/bercita2/ ragu2) -2 rakaat .Surah Al-Kaafıruun .Surah Al-Ikhlas SUNAT HAJAT (kesulitan/keinginan/ kehendak) 2 rakaat Ayat Al-Kursi 7x Ayat Al-Ikhlas 1x'