Simpan RM500, sepatutnya pada bulan ke-12 jumlah simpanan kita RM6,000.

Tetapi, maklum balas saya terima sejak 2016, majoriti tak ada RM 6,000 dalam akaun pada bulan ke-12. Ramai yang ada kurang.

Jadi, wang simpanan tu pergi mana?

Ya, telah dibelanjakan.

Saya faham. Saya pun begitu dulu. Sebab tu saya syorkan simpan dalam bentuk emas.

Simpan emas 1gram 1bulan, pada bulan ke-10 sepatutnya ada 12 gram. Tetapi realitinya, pada bulan ke-12, majoriti penyimpan emas ada lebih 12gram emas!

Kenapa begitu?

Emas ini unik. Ia beri kesan emosi yang berbeza kepada penyimpan emas.

Bila mula menyimpan emas, kita akan mula rasa nak tambah lagi simpanan. Bila dah simpan emas, hilang keinginan untuk berbelanja yang bukan-bukan.

Kalau nak gunakan duit, kita akan gadai atau jual emas itu hanya kalau ada keperluan yang penting sahaja. Bila emas naik, kita rasa sayang nak jual!

Apa yang jadikan ramai penyimpan emas lebih kaya bukanlah pada emas yang naik mencanak tinggi.

Tetapi disebabkan emas membuatkan kita mempunyai keinginan yang kuat untuk tambah simpanan emas itu lagi, lagi dan lagi!

Dah fahamkan? Jadikan hari ni permulaan untuk simpan emas.