Asal nak perang je…

Harga emas naik malam tadi (ketika sesi dagangan New York) dibuka.

Apa sebabnya? Jawapannya ialah situasi di Ukraine semakin tegang.

Untuk pengetahuan anda, ketika ini konvoi tentera Russia sedang menghampiri Kyiv, ibu negara Ukraine.

President Ukraine iaitu Volodymyr Zelenskyy merayu Kesatuan Eropah untuk menerima Ukraine masuk ke dalam blok Kesatuan Eropah.

US pula menghantar 200 orang tentera ke German sebagai langkah berjaga-jaga.

Harga emas naik mencecah USD1920/Oz manakala harga minyak melonjak 5.7% kepada paras $101.17 setong.

Berdasarkan pemerhatian saya, situasi tegang semakin meningkat sekarang di Ukraine.

Macam-macam perkara boleh berlaku.

Sebagai contoh pertempuran besar-besaran di Ukraine atau ibu kota Kyiv ditakluk oleh tentera Russia atau campurtangan ketenteraan daripada negara luar kepada Ukraine menyebabkan skala konflik ini meningkat.

Jadi situasi semasa di Ukraine sangat mempengaruhi pergerakan harga emas, perak dan pasaran saham dunia.531SA (PG -Jhr)09:49 AM

Simpan lah emas utk perancangan ekonomi keluarga , kita tak mampu kawal ekonomi negara dan dunia , kita hnya mampu jaga ekonomi keluarga . Beli emas utk simpan emas je ke? Kalau tahu ilmu emas , tau cara guna emas , dgn emas tu boleh perbelanjaan dan tampung kekurangan kewangan kita yg tak ckup .

?

Speak Your Mind

*