Kenapa simpanan penting ?

Persoalannya ialah, macamana nak buat simpanan kalau duit atau pendapatan yang ada tak cukup atau gaji kecil. Sebenarnya simpanan pun perlukan kemahiran.

Setiap kali kalau dapat duit dan kita belanja dulu lepas tu baru nak simpan, itulah kesilapan terbesar dalam teknik menyimpan.

Dapat duit kena simpan dulu ke dalam tabung yang tak boleh nak diusik. Simpan di mana ? simpan di tempat yang susah nak cairkan seperti beli emas.

Kalau sebulan boleh simpan RM100 , tak payah banyaklah. Hanya RM100.

Selama 3 tahun, kita dah ada RM3,600. Hari ini majoriti tak ada simpanan RM10,000 keatas. Kerja dah berpuluh tahun.

Nak beli emas 10 gram pun kena tunggu. Simpanan bukan untuk kita gunakan untuk belanja tetapi untuk reservekan nilai kekayaan kita.

Jadi kalau rasa simpanan tak penting sebab tak digunakan bererti kita akan susah nak menyimpan.

Kena tukar persepsi tentang simpanan.

?
?
?
?
?
?
?
?
?
?

Speak Your Mind

*