Pelaburan Emas

Yang disebut Emas untuk pelaburan adalah

Bila kita ada duit
Kita beli emas
Kita simpan emas tu
Dan sampai satu masa yang lama
Kita jual semula

Contoh :

1) Ali beli emas tahun 2015
Harga beli 1 gram : Rm170
2) Ali Jual balik emas tahun 2020
Harga beli balik 1 gram : Rm223.50
3) Beza harga emas sarah :
Harga beli balik – harga beli = untung jual 1 gram emas
Rm223.50 – rm170 = Rm53.50
4) Kalau ali ada 100 gram, maka untung ali jual balik = Rm5350
(Itu baru jarak masa 5 tahun. Naik 5 ribu untuk 100 gram. Kalau 10 tahun? 15 tahun? Agak-agak berapa emas ali ya?)
.
.
Sifat emas 1 adalah kalis inflasi. Maka walau bertambah tahun, nilai duit makin rendah. Namun, nilai emas semakin bertambah.

Sifat emas 2 adalah simpanan jangka panjang. Atau orang ada sebut juga sebagai pelaburan jangka panjang.
Sebab dalam jangka masa panjang, harga emas tetap akan naik.

Seperti Ali di atas. Selepas 5 tahun. Dia jual balik. Maka dari situ dia dapat untung. Maka itulah kita sebut sebagai pelaburan jangka panjang. Kalau harini beli, esok jual? Memang takdak la untung nyeeee.

Sebab tu disarankan simpan emas. Bukan simpan duit. Kalau simpan duit rm5000 tahun 2015. Maka tahun 2020 pun masih tetap rm5000. Tak bertambah. Jadi, simpanlah emas sebagai pelaburan jangka panjang. Teruskan menyimpan.

Kalau boleh, buanglah niat beli emas sebab nanti nak jual. Sebab emas ni berharga. Teruskan simpan. Kalau sampai satu masa rasa terdesak sangat perlu duit, barulah jual emas masa tu.

Boleh ya?? Sayang emas tu kalau jual. Tetapkan simpan. Lagipun simpan emas ni ubat penyakit boros.

⬆️⬆️⬆️⬆️⬆️⬆️
Ini konsep pelaburan emas yang betul
.
.
.
‼️ Konsep salah adalah : kita sertai mana mana skim yang disebut skim pelaburan emas.
Tetapi keadaan sebenar berlaku seperti begini⬇️

Kita bayar duit seperti nilai emas semasa pada masa tu. Namun emas tu kononnya dipegang syarikat. Tak boleh ambil.

Selepas tu, setiap bulan kita dapat pendapatan contohnya Rm17 setiap bulan (kalau kita bayar emas tadi untuk 1 gram). Dikata pelaburan emas. Sebab bila bayar (kononnya beli emas la), akan dapat duit masuk akaun setiap bulan.

Emas tu pula, mesti Kena sampai tempoh matang dulu baru boleh ambil. Tapi kalau ambil bila dah matang, pelaburan tu dikira tamat.. Emas tak wujud. Rupa-rupanya : Itu namanya skim emas sontot. Skim Pelaburan Emas Tipu.

??????

Setiap beberapa tahun sekali mesti ada orang akan buat macam ni. Tolong tolong tolong jangan percaya. Rugi duit. Apa kejar pun tak dapat. Tak pasal pasal, kerana nak cepat kaya tanah boleh tergadai, hutang loan dengan bank berpuluh ribu bayar saja.
.
.
Pengajaran disini
Beli emas dari kedai emas atau syarikat emas yang jual emas fizikal.

Apa tu emas fizikal?
Maksudnya. Bila beli emas. Emas tu wujud. Boleh simpan sendiri. Boleh sentuh. Ada depan mata.
Inilah pelaburan emas yang betul.

Contohnya macam Oro Design. Dah beli, kita terus urus order untuk pos. Emas sampai kat customer. Boleh pegang sendiri.

Telegram