Tips Formula Kiraan Emas

Tips nombor 2;
#2 Formula perbandingan kedai ADA UPAH vs kedai FREE UPAH.

Ada 2 formula dalam kategori ini. Formula pertama yang paling ringkas iaitu bandingkan jumlah kena bayar kedua-dua kedai jika berat emas yang ingin dibeli sama.

Formula kedua yang lebih terperinci dalam kategori ini ialah dengan membandingkan harga untuk 1 gram kedua-dua kedai.

Ikut langkah Formula kira harga emas sebenar selepas dikira upah dan bandingkan dengan berat x harga emas kedai FREE UPAH.

Contoh

Kedai Emas A ADA UPAH
Kedai Emas B FREE UPAH

Berat emas : 10 gram
Harga emas Kedai A : RM259/g
Harga emas Kedai B : RM270/g
Jumlah upah Kedai A : RM245
Jumlah upah Kedai B : FREE UPAH

Kira harga emas sebenar Kedai A ADA UPAH

(Berat emas x harga emas kedai + upah) ÷ berat emas

= (10 x 259 + 245) ÷ 10
= (2590 + 245) ÷ 10
= 2895 ÷ 10
= RM289.50 per gram

Kira harga emas Kedai B FREE UPAH

(Berat emas x harga emas kedai) ÷ berat emas

= (10 X 270) ÷ 10
= RM270 per gram

Kedai A ADA UPAH lebih mahal RM19.50 untuk setiap gram berbanding Kedai B FREE UPAH.

Nota : Jangan buat kesimpulan awal dengan membandingkan harga emas kedai sebelum dikira bersama upah. Gunakan formula ini dan jika kedai dengan upah hasilnya murah dari kedai yang FREE UPAH, bermakna kedai itu upahnya murah dan belilah di kedai itu. Yang penting, WAJIB TAWAR UPAH. Jika tidak tawar, anda akan membayar lebih.