HARI BIPOLAR SEDUNIA disambut pada 30 Mac setiap tahun sempena hari kelahiran Vincent Van Gogh yang selepas kematiannya di diagnosis sebagai mengalami kecelaruan bipolar. Tujuan sambutan ini diadakan adalah bagi meningkatkan kesedaran masyarakat sedunia mengenai keadaan individu yang bipolar serta bekerjasama untuk membuang stigma sosial dengan memberi psikopendidikan dan maklumat untuk mengajar dan membantu masyarakat memahami keadaan individu yang bipolar.
Kecelaruan bipolar memberi kesan kepada kehidupan lebih 60 juta orang di seluruh dunia. Kecelaruan bipolar ini mempengaruhi dan mengubah mood seseorang individu secara keterlaluan dari terlalu gembira kepada terlalu sedih atau murung. Keadaan ini boleh mengganggu kehidupan mereka secara signifikan dan memberi impak terhadap keupayaan mereka untuk berfungsi.
Hentikan melabel dan meletakkan stigma kepada diri dan individu lain kerana anda dan individu lain berhak mendapatkan bantuan dan rawatan demi kehidupan yang lebih sejahtera dan bermakna.
Sekian, terima kasih.
SAMBUTAN HARI BIPOLAR SEDUNIA
Posted on March 30, 2022 ·