‘Susahlah simpan emas’
‘Takutlah simpan emas’
‘Nantilah simpan emas’
‘Saya fikir dulu’
‘Simpan duit di XXX jauh lebih baik’
‘Saya tanya Isteri dulu ya’
‘Saya tanya Suami sekejap’
Kawan-kawan,
Kita boleh cipta sebanyak mana pun alasan. Jika alasan itu baik untuk kita, maka teruskan beralasan.
Tapi,
Tapi,
Tapi,
Jika alasan itu menyekat potensi kita dan menutup kelemahan kita, maka ianya kurang baik.
Mana ada orang simpan emas RUGI melainkan dua perkara :
#Pertama-Tiada Ilmu
Tentang ilmu ini, kita kena belajar dan diajar. Itu sahaja #Tips. Ada perkara yang bukan kepakaran kita. Jadi dengan kita belajar dan diajar, kita dapat mengurangkan risiko kerugian. Bukan Emas yang buatkan kita kaya tetapi ilmu.
#Kedua– Terburu-buru
Ramai diantara kita kurang faham dan tidak mahu faham tentang situasi dan keadaan emas. Keuntungan emas adalah tempoh jangkamasa panjang. Ada orang beli hari ini, esok sudah terfikir nak jual. Maka ketika itu berlakulah satu fahaman bahawa,
‘Simpan Emas Tidak Untung’
Nampak?
Kita sendiri yang mencorakkan hidup kita begitu. Jika terburu-buru, elakkan menyimpan emas kerana emas sesuai untuk jangkamasa panjang. #Simple
Kawan-kawan,
Ketika mana kita rasa susah Simpan emas, ketahuilah tiada emas ketika berlakunya kecemasan itu jauh lebih susah.
Dah simpan emas?
Ouhh ya, nanti dulu ya?
Jawapan ada di atas ya
Speak Your Mind