“Saya, kalau dah simpan duit, mesti korek balik.”

Sebenarnya, ni berlaku pada semua orang.

Saya pun sama. Tak tau bila simpanan nak banyak. Asyik bocor je.

Apa saya buat?

Saya tukarkan bentuknya. Yang mana, bila kita tengok kita ada rasa sayang dan tak mudah belanjakan begitu sahaja.

Bila dah tau baiknya menyimpan ni. Memang happy sungguh kalau dapat menyimpan setiap kali gaji.

Cuma itulah, dah namanya duit kan, memang confirm emosi kita selalu kena jentik.

“Ambil sikit, nanti ganti balik”

Ya, mula ambil sikit-sikit.

Akhir nya bukan sikit, ambil banyak-banyak!

Sebab tu simpanan bukan makin gemuk tapi makin kurus.

Sebab tu, saya tukar kan cara menyimpan dengan emas.

Dan buat konsisten.

Sebulan 1gram.

Dalam sedar tak sedar ‘duit’ tu bertambah dari masa ke masa.

Apa yang saya perhatikan sejak 5 tahun lepas, memang ramai yang berduit bila dah simpan emas.

Tapi yang menyedihkan.

Begitu ramai yang tak berduit bila dah simpan duit.

Jadi, boleh bermula simpan emas hari ni. Hasilnya boleh buat kita terkejut akan datang.

Speak Your Mind

*