Penerima KWSP serbu kedai emas!

Duit kalau tak dipaksa simpan memang akan habis. Banyak ke, sikit ke, sama je. Mesti habis punya kalau tak paksa simpan.

Ada orang alasannya ialah belanja keperluan. Tapi yang ramainya belanja kemahuan. Ada je benda nak kena beli. Semuanya sebab dah ada duit. Kalau takde duit ok je.

Cadangan saya, ambil 50% daripada pengeluaran KWSP dan beli emas. Pejam saja mata tu.

Lepas beberapa bulan kita tengok. Duit tahan lama ke emas yang tahan lama?

Speak Your Mind

*