*SIMPANAN PALING MUJARAB*

Simpanan yang paling berkesan adalah simpanan yang dipaksa dan dilupakan, bila ada dua elemen paksa dan lupa barulah simpanan tersebut boleh bertahan lama.

Ikut pengalaman dulu² saya simpan duit bila dapat gaji, sebelum dapat gaji seterusnya dah gatal tangan nak belanja baki yang ada dalam akaun bank. Duit gaji dalam akaun bank memang tak selamat untuk disimpan. Adehhh. ?

Berbeza dengan saya simpan emas sekarang, dapat gaji teruskan tukarkan sebahagian kepada emas dan selebihnya berbelanja macam biasa. Hati jadi tenang berbelanja bila duit dah selamat disimpan dalam bentuk emas.

Satu keuntungan emas yang hanya penyimpan emas yang alami adalah rasa sayang nak jual emas simpanan, perasaan ini jarang ada bagi yang simpan duit. Rasa sayang tak belanja duit tu selalu ada. Hahaha.?

Mula simpan emas bulan ini 1 gram, bulan depan dah target nak ada gram yang seterusnya. Tak sabar nak tunggu gaji yang seterusnya, sedar tak sedar bertahun simpan emas sudah ada banyak gram.

Ada emas yang dibeli dengan harga tinggi, ada yang dibeli dengan harga rendah. Bila dikira menggunakan teknik pemurataan harga, purata harga emas boleh jadi rendah. Hohoho.?

Nak dapatkan harga emas paling rendah? Jawapannya adalah konsisten beli sahaja, gunakan kaedah “simpan dulu baru belanja” selepas dapat gaji setiap bulan.

Semoga perkongsian ini memberikan idea bagaimana untuk kita sama² membina kekayaan dengan lebih mudah insyaalah. Aaminnn. ??

nota: kewangan kita kukuh bila kita boleh lupakan simpanan kita. ?

Jom mulakan simpanan dengan RM100 kepada emas sehingga kita berjaya ada 1kilogram emas?

Speak Your Mind

*