Archives for May 18, 2022

Tautan Ukhwah Aidilfitri sempena Majlis Bersama NC 2022

SIMPANAN EMAS TERBAIK = DINAR, GOLDBAR ATAU BARANG KEMAS.

Soalan yang selalu bermain di minda seseorang yang baru nak belajar simpan dinar…gold bar…atau barang kemas ye…??? Mana yang paling bagus ye…???

Jawapan saya…PELBAGAIKAN SIMPANAN EMAS ANDA… Sebab ape…??? Kenapa …??? KERANA : SETIAP EMAS ADA SIFAT DAN KELEBIHAN MASING2… Jom kite kaji…kelebihan emas…

DINAR

Boleh digunakan untuk muamalat dan ibadah aqiqah.

Digunakan untuk membayar zakat.

Dijadikan sebagai hantaran mas kahwin.

Cerderamata / hadiah untuk org tersayang.

Simpanan untuk pergi haji.

Tabungan / simpanan.

GOLD BAR

Harga lebih murah berbanding barang kemas kecuali jongkong 1g kerana kos pembuatan tinggi…

Memberi pilihan kepada mereka yang ingin membuat simpanan semata2…

Pilihan utk mereka yang sudah banyak barang kemas dan ingin simpan dalam bentuk jongkong pula…

Bentuk fizikal lebih menyerlah berbanding emas untuk simpanan / pelaburan yang lain dan menjadi kebanggaan kepada pemiliknya…

Sesuai untuk simpanan jangka masa panjang spt pendidikan anak2…perkahwinan…simpanan hari tua…membeli rumah dan lain2…

BARANG KEMAS

Dijadikan perhiasan wanita.

Mudah menarik kaum hawa untuk memilikinya kerana rekaan yang cantik dan kilauan yang memukau.

Fungsi 4 dalam 1… perhiasaan, simpanan, pelaburan dan perniagaan.

Mudah untuk dapatkan tunai kerana diterima disemua kedai pajak / arrahnu EMAS ADALAH WANG SEBENAR

Jom Menabung 1 gram 1 bulan 1 keluarga..

Duit atau emas?

Semua orang kenal duit, tak semua orang kenal emas. Ramai kenal duit sebab setiap hari kita guna duit untuk urusan jual beli. Anak kita umur 6 tahun pun kenal duit.

Tapi tak ramai yang betul² kenal emas, emas dianggap sebagai pelaburan sahaja. Satu kerugian besar jika emas hanya digunakan sebagai pelaburan.

Ada banyak lagi kegunaan emas yang kita boleh manfaatkan bila kita dah simpan emas. Salah satunya adalah emas boleh dijadikan simpanan untuk ubati penyakit boros.

Ada duit macam-macam fikir untuk belanja, sampai satu tahap benda kehendak habis dibeli jika ada duit. Ada emas belum tentu nak belanja sebab kita ada perasaan sayang untuk jual emas yang kita dah lama simpan.

“Alaaa..sayangnya nak jual. Dulu beli harga RM140, sekarang kalau jual nak beli balik dah RM257.”

?

Begitulah perasaan orang yang simpan emas, emas hanya dijual atau digadai untuk perkara keperluan sahaja. Sebab itulah simpanan penyimpan emas makin bertambah setiap bulan.

Bagi pendapat saya emas dan duit sama penting; simpanan duit untuk digunakan dalam jangkamasa pendek dan simpanan emas untuk digunakan dalam jangkamasa sederhana dan panjang.

Dua²saling melengkapi dan ada fungsi tersendiri, apalah nilai emas kalau tiada duit? Kejatuhan nilai duit membuatkan harg emas naik tinggi saban tahun. Kalau nak lindungi nilai duit simpanan yang banyak boleh tukarkan sebahagiannya kepada emas.

Tak perlu simpan semua kekayaan kita dalam bentuk emas, pakar kewangan pesan dapat simpan 10% dari gaji setiap bulan dalam bentuk emas pun dah cukup bagus. Dapat simpan lebih itu lebih baik.

Apa yang penting simpanlah duit dan emas dengan ilmu insyaAllah kita boleh memperbaiki kewangan kita pada masa depan. Wallahualam.

D I N A R E M A S

Tak mampu simpan 1 dinar boleh cuba simpan ¼ dinar dulu.¼dinar beratnya 1.0625gram sahaja.

Mula sikit atau banyak tak penting, yang penting mula dulu baru mudah faham.

Bila dah faham baru boleh konsisten simpan emas setiap bulan.

Simpan emas tak sama macam simpan duit, simpan emas boleh ketagih. Hehehe.

Bila dah ketagih mula fikir mana nak cari duit, habis duit belanja kehendak dipotong untuk beli emas.

Perbelanjaan kehendak dah tiada, apa yang tinggal cuma perbelanjaan keperluan dan simpanan yang semakin bertambah. Sedar tak sedar kita jadi makin kaya, mindset kewangan kita pun makin lama makin baik.

Pada masa itu barulah kita berterima kasih pada diri sendiri sebab dah bertindak bila dah kenal emas. Alhamdulillah syukur.