Ahaa. Soalan ni selalu menjadi tanda tanya bagi penyimpan baru.
Dan saya selalu tak tahu nak jawab rendah ke tinggi. Sebab apa? Harga rendah atau tinggi hanya boleh compare dengan harga emas pertama yang kita beli.
Belian pertama adalah benchmark (penanda aras) kita. Jika orang yang pernah beli emas RM300/g, kemudian bila harga RM280/g, beliau akan lihat ia sebagai harga rendah compare dengan belian nya sebelum ini.
Jadi, apa beliau akan buat? Menangis bucu katil? Tak! Ramai yang dalam situasi ni akan berebut-rebut tambah gram emas bila harga yang dilihat lebih rendah dari harga yang pernah dia beli.
Orang yang pernah beli emas RM277/gram (harga tertinggi 2021) merasakan harga RM267/g (harga hari ini) adalah rendah.
Orang yang tak pernah beli emas akan rasa harga emas hari-hari tinggi. Kerana apa? Mereka melihat dan bandingkan harga emas hari ini dengan harga emas pada tahun 2000 iaitu RM30/g adalah rendah.
Dan, perkara yang paling rumit bagi penyimpan emas ialah belian pertama. Sebab takut nak mula, takut grab harga mahal, akhirnya tak mula langsung.
Nak tahu, ramai penyimpan yang dah mula beli emas, selepas belian pertama ketagih tambah emas.
Kalau tak beli sekarang, anda mungkin akan beli semasa harga dah meningkat tinggi nanti.
Jom, mulakan belian 1 gram pertama anda hari ini.

