Harga emas menjunam!

Faktornya?
US baru keluarkan satu laporan ekonomi yg penting: CPI report (Consumer Price Index)
Ia bertujuan mengukur kadar inflasi

Bila laporan CPI dikeluarkan, didapati kadar inflasi bulan lepas sangat tinggi iaitu 9.1%
Lebih tinggi daripada kadar anggaran 8.5%

Dalam situasi biasa, harga emas melambung jika inflasi menggila.
Tapi malam ni kenapa harga emas menjunam walau inflasi menggila?

Harga emas turun dari $1730 kepada $1710. Kenapa?
Pelabur berpendapat laporan CPI ini akan menyebabkan US Federal Reserved bertindak menaikkan kadar faedah sebanyak 0.75% hujung bulan ini

Ini bagi meningkatkan kos pinjaman, menggalakkan org simpan duit dalam bank & menyebabkan kurangnya duit dalam kitaran ekonomi
Bila duit kurang maka orang pun kurang membeli. Jadi inflasi terkawal (itu teorinya)

Andaian ini menyebabkan pelabur menjual emas & memegang tunai
Itulah yg meyebabkan harga emas jatuh mendadak.

Masa harga emas jatuh mendadak ni penyimpan emas paling gembira. Betul Betul?

?

Speak Your Mind

*