Tiada jaminan yang terjamin.

Memang itulah lumrah hidup di dunia.

Sudah bertahun-tahun saya ingatkan, jangan fikir simpan duit di bank itu terjamin.

Saban tahun ada sahaja berita begini di negara-negara lain (moga ia tak terjadi di negara kita). Walaupun duit kita banyak di bank, tapi duit itu tak boleh dikeluarkan.

Walhal duit itu sudah tentunya milik kita.

Tapi malangnya, ia bukan sepenuhnya di bawah kawalan kita. Ia di bawah kawalan bank dan kerajaan.

Dalam dunia ini apa-apa pun boleh terjadi. Syarikat boleh bungkus. Kerajaan boleh bertukar ganti. Bank dan syarikat insuran pun boleh jatuh bankrap!

Jadi sebahagian kekayaan kita mesti disimpan dalam bentuk yang kita mampu kawal sepenuhnya, sebagaimana simpanan emas fizikal yang ada di tangan kita sendiri.

Tak perlulah semua kekayaan ditukarkan kepada emas. Cukuplah sebahagian sahaja sebagai persediaan kalau-kalau perkara yang tidak diingini itu terjadi kepada dia.

Sediakan payung sebelum hujan… InsyaAllah.

Kredit : Tuan zul

Speak Your Mind

*