Nantikannya..1 hari lagi.. Semoga ada rezeki saya pada hari itu, tercalon sebagai finalis Kategori Webometrik (Individu)
Archives for July 18, 2022
Risau nak beli, takut nanti harga turun lagi.
Kerisauan, rasa takut, dan tidak mahu adalah perkara yang berbeza. Fokus dan matlamat yang menjadikan simpanan kita itu membuahkan hasil atau tidak.
Mahu simpan hari ini, hendak jual bulan depan. Bukan itu caranya, kawan.
Tapi kalau kena waktunya, tak perlu sebulan, minggu depan pun sudah boleh untung.
Simpan emas bukan seperti saham. Beli sekarang, tiba-tiba esok turun harga dan kita rugi. Turunnya harga, emas tetap ada di tangan kita. Dan beratnya tidak berkurang pun.
Harga yang turun belum tentu akan terus turun. Harga yang naik belum tentu akan terus naik.
Walaupun kita pandai membaca graf dan analisis fundamental emas, kenaikan dan penurunan harga emas kita tak boleh jamin.
Ubah mindset kita. simpanan emas juga sama seperti aset rumah, tanah, dan lain-lain. Fokus untuk jangka yang lebih panjang.
Jadi apa nak buat? Tukar duit jadi emas ketika ada duit.
Duit tu bukan senang nak dapat, tapi menghabiskan duit itu mudah sahaja.
Usah terkenang bila ia sudah tiada.
Harga rendah 2 3 hari ni jangan lepaskan peluang ya kawan