Emas umpama magnet yang menarik kekayaan

✅

RM100k yang anda simpan sekarang, beberapa tahun akan datang, ditolak inflasi, nilainya mungkin hanya tinggal lebih kurang RM80k atau lebih kurang dari itu. Tapi dengan menyimpan emas, anda meletakkan nilai yang betul di tempat yang sepatutnya.

✅

Emas semakin naik harganya untuk jangka masa panjang-ia umpama magnet yang menarik kekayaan kepada anda. Contohnya: anda beli emas RM100k, beberapa tahun akan datang emas tersebut mungkin bernilai RM400k malah lebih dari itu.

✅

Saya lebih suka jika anda tidak menganggap emas sebagai pelaburan, sebaliknya ia adalah simpanan-aset yang tidak susut nilai seperti rumah dan hartanah. Emas adalah penyimpan nilai yang baik, ini terbukti sejak 1400 tahun dahulu lagi. Aset terunggul yang mampu dimiliki dan dikumpul sedikit demi sedikit dan digunakan sedikit demi sedikit ketika anda memerlukannya. Emas adalah wang yang sebenar.

✅

Sekarang anda faham bagaimana emas mengikat kewangan anda agar terlindung dari inflasi dan susut nilai serta peranannya sebagai magnet yang menarik kekayaan kepada anda. Lebih banyak anda tahu tentang emas dan perak, lebih banyak yang anda ingin tahu dan lebih membantu anda bertindak dengan keputusan yang betul. Sekiranya semua pihak sedar emas dan perak berharga, maka semakin mudah untuk semua pihak menerima dinar dan dirham untuk tujuan muamalat. Marilah sebarkan info berguna ini kepada semua orang yang anda kenali. Kasihanilah mereka yang tidak tahu hakikat sebenar emas dan wang kertas.