KITA TAK BOLEH KAWAL BANK?

1. Bila banyak kes duit hilang dalam ATM dan perbankkan online. Sudah masanya kita buat sedikit kawalan.

2. Mulakan hadkan jumlah simpanan dalam atm kita. Jika dapat bawah RM5000 sahaja.

3. Simpanan kecemasan letak dalam TH atau ASB sahaja. Sesak baru mohon keluarkan.

4. Duit banyak banyak dah boleh tukarkan kepada instrument pelaburan seperti emas, hartanah, saham dan sebagainya.

5. Guna kad kredit antara pilihan yang baik berbanding kad debit. Kita pakai duit bank, bukan duit kita. Kita juga boleh batalkan transaksi jika meragukan walau dah bayar.

6. Sudah masanya juga kita ada peti besi simpanan sendiri macam cerita dulu kala. Semua rumah orang berduit ada ini.

Kawan kawan,

Mana kita boleh kawal kita kawal. Mana yang tak boleh kita insurankan sahaja.

Dunia tanpa kawalan dan sempadan. Hanya kita tentukan dimana kita.

Azizul Azli Ahmad