Sayangilah emas anda! Ini 4 tip elak barang kemas mudah kusam, calar

Jongkong Emas 999 HABIB yang bermula daripada 1 gram sehingga 20 gram.

KECANGGIHAN teknologi mendorong barang perhiasan yang diperbuat daripada logam emas tampil dengan pelbagai rekaan baharu dan terkini.

Meskipun trend harganya meningkat, orang ramai tetap berlumba-lumba untuk melabur dan membelinya kerana ia antara aset yang mudah dicairkan.

Empat tips penjagaan barangan kemas yang mudah agar sentiasa kelihatan berkilau.

Untuk memastikan barangan kemas tidak tercarik pada pakaian, tanggalkan barangan kemas terlebih dahulu sebelum menanggalkan pakaian.

Elakkan sentuhan langsung barangan kemas dengan cecair seperti bahan kimia, wangian, barangan kosmetik dan lain-lain untuk mengekalkan kualiti dan kilauannya.

Bersihkan barangan kemas dengan kerap. Gunakan berus lembut untuk mencuci di dalam larutan air sabun kemudian bilas dengan air suam yang bersih. Keringkan barangan kemas menggunakan kain lembut yang tidak berbulu sebelum menyimpannya. Bagi memudahkan para pelanggan, HABIB turut menawarkan perkhidmatan mencuci barangan kemas secara percuma.

Pelbagai Rantai

Pelbagai jenis rantai Oro Italia 916.

Bagi mengelakkan kesan calar pada barangan kemas, elakkan bersentuhan dengan barangan kemas lain dan tanggalkannya sebelum melakukan aktiviti lasak dan sebelum tidur.

Di samping membeli emas, pelbagai perkhidmatan disediakan untuk barangan emas.

Menukarkan barangan kemas lama kepada yang baharu ataupun kepada tunai.

Perkhidmatan penilaian barangan kemas juga ditawarkan dan di samping membeli-belah, pelanggan juga boleh mendapatkan perkhidmatan mencuci barangan kemas secara percuma dan pantas.

Kredit : mstar.com