Archives for August 2022

Emas Fizikal

Nilai EMAS dikira berdasarkan

GRED & BERAT

Tak kiralah apa JENAMA sekali pun.. Janji tulen ia tetap laku didagangkan (dijual semula) diseluruh dunia

TIADA ISU & MASALAH PUN DGN EMAS FIZIKAL.

INGAT 3 PERATURAN ASAS

Peraturan 1

Beli emas mesti dapat emas. Bukan hanya atas kertas, dlm bentuk acc @ Emas delay yang tidak pasti @ wujud fizikalnya. Elakkan DITIPU

Peraturan 2

Beli, simpan, jual semula bila harga tinggi dari harga beli.

Peraturan 3
Ulangi peraturan 1 & 2 diatas. Inshallah anda akan sukses.

Cuma kita sebagai pembeli yang perlu bijak.
Cari Emas yg berfungsi sebagai simpanan bukan perhiasan semata.
Jika boleh dapat lebih gram untuk gred yg sama kenapa bayar lebih?
Cari spread terendah.
Dan beberapa lagi ciri² lain yg perlu berlajar, dilihat, diambil berat Sebelum membeli Emas.

Tukar Aset Dalam Bentuk Emas

Sejak akhir-akhir ini kerisauan kita terhadap kehilangan duit dalam akaun bank semakin membimbangkan.

Bukan sedikit jumlah duit dilaporkan hilang dalam masa yang singkat, bahkan melibatkan jumlah yang banyak.

Sepertimana yang dilaporkan, bukan melibatkan sebuah bank malah melibatkan beberapa bank terkemuka dalam negara.

Berusaha untuk mengumpul duit pada setiap kali gaji pastinya memerlukan usaha dan komitmen kerjaya yang tinggi.

Namun begitu, jika duit yang dikumpul selama ini terdedah dengan risiko kehilangan yang tinggi, suatu keadaan yang amat merisaukan.

Justeru itu, dengan mengambil iktibar terhadap apa yang telah berlaku, simpanan kecemasan sebaiknya disimpan dalam akaun Tabung Haji.

Simpanan bagi kegunaan masa hadapan sebaiknya ditukarkan kepada bentuk emas. Bila mana suatu hari kita memerlukan duit semula, emas tersebut boleh dijual atau paling kurang boleh digadaikan.

Jika negara-negara kuasa besar dunia pun saban tahun menambah jumlah simpanan aset mereka dalam bentuk emas sebagai kekayaan sebenar, maka wajar bagi kita setiap individu menukarkan aset dalam bentuk emas bagi keperluan masa hadapan.

Kita bekerjaya…tapi saving kewangan x cantik

Kita buat side income macam²….saving kewangan masih x menentu

Back to _”Kewangan Sunnah”_….Proven ramai yang berjaya

#NakJimatHargaKilang
#NakYakinEmasFizikal

Alasan demi alasan

‘Susahlah simpan emas’
‘Takutlah simpan emas’
‘Nantilah simpan emas’
‘Saya fikir dulu’
‘Simpan duit di XXX jauh lebih baik’
‘Saya tanya Isteri dulu ya’
‘Saya tanya Suami sekejap’

Kawan-kawan,
Kita boleh cipta sebanyak mana pun alasan. Jika alasan itu baik untuk kita, maka teruskan beralasan.

Tapi,
Tapi,
Tapi,

Jika alasan itu menyekat potensi kita dan menutup kelemahan kita, maka ianya kurang baik.
.

Mana ada orang simpan emas RUGI melainkan dua perkara :

#Pertama-Tiada Ilmu
Tentang ilmu ini, kita kena belajar dan diajar. Itu sahaja #Tips. Ada perkara yang bukan kepakaran kita. Jadi dengan kita belajar dan diajar, kita dapat mengurangkan risiko kerugian. Bukan Emas yang buatkan kita kaya tetapi ilmu.

#Kedua– Terburu-buru
Ramai diantara kita kurang faham dan tidak mahu faham tentang situasi dan keadaan emas. Keuntungan emas adalah tempoh jangkamasa panjang. Ada orang beli hari ini, esok sudah terfikir nak jual. Maka ketika itu berlakulah satu fahaman bahawa,

‘Simpan Emas Tidak Untung’

Nampak?

Kita sendiri yang mencorakkan hidup kita begitu. Jika terburu-buru, elakkan menyimpan emas kerana emas sesuai untuk jangkamasa panjang.
.

Kawan-kawan,

Ketika mana kita rasa susah Simpan emas, ketahuilah tiada emas ketika berlakunya kecemasan itu jauh lebih susah.

Dah simpan emas?
Ouhh ya, nanti dulu ya?
Jawapan ada di atas ya

Negara2 besar ambil kesempatan beli emas banyak2… Kita ja kt malaysia ni bnyak masih lalai mereka dah lama rancang

🤭

Tiap-tiap bulan gaji habis. Bezakan diri kita dengan PENYIMPAN EMAS.

Mereka juga macam kita. Tiap2 bulan gaji habis tapi bezanya dia ada emas. Tapi kita???

Tepuk dada tanya diri

☺️

KEMPEN 1Gram Emas 1Bulan 1Keluarga untuk apa??

💡

Simpanan untuk anak anda.

💡

Simpanan untuk roadtax kereta anda.

💡

Simpanan untuk bisnes anda.

💡

Simpanan untuk gaji anda.

Simpanlah Emas untuk masa akan datang..Emas membantu disaat anda memerlukan CASH TANPA BERHUTANG!!

Audit MIComp 22-23 Aug 2022

Persediaan dokumen

Hari pertama

sempat berselfie..kikiki

Selesai temu bual dengan staf Akademik, giliran saya pula untuk ditemu bual

duduk berdepan dengan Prof Jasni

sesi temubual dgn pelajar

Hari ke 2.

taklimat sebelum lawatan

Amal 3 tip dikongsi mentor kewangan, lelaki ini berjaya langsaikan hutang rumah pertama 12 tahun saja

MEMILIKI sebuah rumah sebagai aset peribadi sememangnya impian setiap individu.

Pelbagai perkara perlu dipertimbangkan ketika merancang untuk memiliki sebuah rumah, antaranya jenis kediaman, lokasi, keluasan, pelan rekaan dan sebagainya.

Namun begitu, apa yang paling penting dalam perkara ini adalah soal perancangan kewangan iaitu komitmen untuk menyediakan wang pendahuluan serta pelan pembiayaan bulanan.

Bagi sesetangah pembeli, menyediakan wang pendahuluan mungkin tidak menjadi masalah berbanding pembiayaan bulanan.

Ini kerana rata-ratanya terikat dengan komitmen tetap seperti pinjaman pendidikan, kereta, insurans peribadi dan sebagainya sekali gus menjadi beban kepada pembeli, lebih-lebih lagi tempoh pembiayaan bulanan rumah biasanya mengambil masa antara 25 tahun sehingga 30 tahun.

RUMAH

Pembiayaan bulanan rumah biasanya mengambil masa antara 25 tahun sehingga 30 tahun.

Bagaimanapun, seorang perunding hartanah, Faizal Rahmat, berkongsi tip bagaimana dia melangsaikan hutang rumah pertamanya dalam hanya tempoh 12 tahun.

“Sepatutnya ikut perjanjian 25 tahun. Aku pilih 25 tahun berbanding 30 tahun. Ilmu ni aku perolehi dari bacaan buku mentor kewangan, Azizi Ali.

“Ikut cara dia, lima tahun langsai hutang. Dulu pun aku fikir macam tak logik cara beliau. Tapi aku try saja. Tak dapat settle lima tahun, 12 tahun pun kira okaylah,” kongsinya dalam satu hantaran di Facebook.

Berikut merupakan tiga tip yang diamalkan olehnya sehingga berjaya melangsaikan hutang rumah pertamanya lebih awal 13 tahun:

1) Bayar lebih bulanan

Setiap bulan, peruntukkan sekitar RM100 hingga RM150 wang ‘extra’ kepada bank. Tapi jika tidak mempunyai lebihan, hanya bayar mengikut jumlah yang ditetapkan bank. Jangan stres!

2) Bayar lebih tahunan

Bagi syarikat yang sering membayar bonus tahunan, gunakan duit bonus tersebut untuk membayar ‘extra’ bulanan kepada bank. Tempoh normal untuk bayaran tahunan adalah 12 bulan, tapi jika mampu, lebihkan bayaran sehingga 13 hingga 14 bulan. Bayar lebih, cepatlah habis!

3) Bayar guna KWSP

Tips ni paling banyak membantu. Keluarkan duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) daripada Akaun 2 untuk mengurangkan baki pembiayaan. Jika mempunyai masalah dengan pihak bank, sila maklumkan kepada mereka anda mahu membayar ‘principal’ terus. Barulah kita yang untung!

Pendek kata, bebas utang, hati pun tenang!

kredit : mstar.com

It’s OK.

Takde rumah sewa 6 pintu.
Takde tanah 10 ekar.
Takde saving 300 ribu.
It’s OK.
At least kita ada sedikit aset dalam bentuk EMAS.

Mulakan dengan 1 GRAM EMAS dulu, 100g bakal terkumpul.

Nak capai 100 gram emas pertama memang menggigil & berpeluh sebab kita kena tidokan nafsu boros duit licin sekelip mata. Kita juga kena belajar urus duit.

BELUM TERLAMBAT UNTUK MULAKAN SIMPANAN EMAS 🥳

YURAN DEALER EMAS MERDEKA ORODESIGN RM399 SHJ‼️

***Terima kasih dealer2 yg update terima barang 🥰

Emas Sebagai Dana Kecemasan

Dana Kecemasan?
Berapa jumlah yang sesuai untuk disimpan?

Saya pasti ramai tertanya-tanya perkara ini.

Baik, saya jelaskan.

Dana kecemasan adalah simpanan untuk tujuan kecemasan sekiranya berlaku perkara yang tidak diduga.

Soal Kecemasan, tiada siapa menduga.
Soal Kecemasan, tiada siapa menjangka.
Soal Kecemasan, tiada siapa meminta.

Contoh,
Baru-baru ini akibat Covid-19, ramai yang kehilangan kerja dimana ianya adalah punca mata pencarian untuk menyara keluarga.

Bila sudah hilang kerja,
Komitmen kereta tersadai.
Komitmen rumah tergendala.
Komitmen anak anak dan Isteri terhenti.

Sedih kan?
Tiada siapa minta.
Kena terima dan redha.
.

Jadi,
Berapakah jumlah dana kecemasan yang sesuai untuk disediakan?

Pakar kewangan memberi garis panduan bahawa perlu menyediakan sekurang-kurangnya 3 hingga 6 bulan pendapatan.

Pendapatan merujuk kepada sumber gaji.

Untuk orang bekerja, ada gaji.
Untuk orang bisnes, juga ada gaji.

Jika pendapatan RM1,000, perlu wujudkan dana kecemasan RM6,000.

Jika pendapatan RM3,000, perlu wujudkan dana kecemasan RM18,000.

Jika pendapatan RM5,000, perlu wujudkan dana kecemasan RM30,000.

Begitulah seterusnya.
.

Jika kita dapat sediakan dana kecemasan 6 bulan pendapatan, sekiranya berlaku apa apa bentuk kecemasan, kita ada masa 6 bulan untuk bertahan.

Kita tidak minta perkara ini berlaku, apatah lagi mendoakannya.

Tapi bak kata pepatah,
‘Sediakan payung sebelum hujan’. Sebelum diri dibasahi hujan,

Lebih baik kita bersedia awal daripada kusut di pengakhiran.

Kita hanya dengar, jika ditimpa musibah ianya sukar.

Akan tetapi kita tidak pernah lalui kesukaran itu. Jadi ‘Dana Kecemasan’ sedikit sebanyak dapat bantu kita untuk ringankan dan kurangkan kesukaran ketika dihimpit musibah.
.

Tips mudah,
Simpan 1gram 1bulan sebagai persediaan dana kecemasan. Lama-lama pasti capai dan penuh dana kecemasan kita.

Mudah-mudahan ia dapat membantu ketika kita memerlukannya.

Dapat sesuatu?
Semoga perkongsian Ini memberi manfaat.

“Ok ke simpan emas ni? Saya nampak harga emas macam tak stabil je”

Kata penulis buku “Wang Emas’, Tn Mohd Zulkifli Shafie : Harga emas dalam jangka pendek ada naik turun, tapi dalam jangka panjang, harga emas boleh dikatakan confirm naik.

Tapi penyimpan emas yang tegar(biasanya berilmu) tak pandang sangat pun harga emas.

Fokus mereka adalah “gram”, bukan “RM”

Siapa yang tahu (faham) tentang emas, dia tak kisah pun pasal “harga” atau ROI emas. Mereka faham yang harga emas memang akn naik, tapi disebalik kenaikan harga emas sebenarnya nilai duit kita yang jatuh.

Bukan harga emas saja yang akan naik, bahkan apa² barang pun semua akan naik. Harga kuih karipap tahun 1980-an 10 sen(di KL) dulu, kalau ada RM1 kita boleh dapat 5 biji.

Harini tahun 2020, harga sebiji karipap = 50 sen atau lebih? Ada rm1, baru boleh dapat 2 biji.

Sekarang ni kita tahu, harga karipap dah naik 5 kali ganda(ROI = 500%!) dari 10 sen ke 50 sen.

Persoalannya sekarang, adakah mak cik yang berniaga karipap harini lebih kaya dari mak cik yang berniaga karipap tahun 1980-an, sebab HARGA karipap dah naik 5 kali ganda(500%!) ?

Jawapannya, tak. Sebab apa? Sebab ‘nilai’nya sama sahaja. 50 sen sekarang kuasa belinya sama dengan 10 sen tahun 1980-an iaitu boleh dapat sebiji kuih karipap.

Jadi, siapa yang faham tentang kuasa beli, dia tak melihat emas hanya semata-mata pada nombor (kenaikan harga emas), tapi lebih kepada untuk melindungi kekayaan (kuasa beli).

Emas adalah ‘ultimate wealth protector’!