*Cat Putih a.k.a Chrome*
Pegi kedai emas, tunjuk gelang…ada chrome putih…
Tokey cakap, “Amoiiii…ni talak laku….wa ambik mulah2 je ..kalo lu jual tempat lain…olang talak ambik”
Sila jangan terpedaya. Sebenarnya itu adalah strategi mereka utk untung lebih.
Sepatutnye emas yg ade calit putih tu sama je harga dia. Melainkn kalau ada batu/permata baru di asingkan dan timbang emas shj.
Yang calit² putih tu sebenarnya chrome. Bukan emas putih.
Chrome adalah saduran cat ke atas emas untuk bg nampak cantik & up to date. Kalau ada cutting diamond, shining dia like a diamond gitew .Bila sampai masa…hilang cat chrome dan kembali kpd warna emas asal. Tp amik masa lama nak hilang.
Ramai org silap faham pd barang kemas yg ade chrome tu, bila nak jual semula tak laku. Salah tu,, walapun ada chrome harga nya tetap sama dgn design yg fullgold.
Ramai jugak yg beranggapan brg kemas yg ade chrome tu lebih mahal dr yg tak ada chrome. Sepatutnya sama je.
*EMAS PUTIH*
Emas putih pulak adalah emas yg mengalami proses pelunturan atau ‘bleaching’.
Emas putih dicampurkan dengan logam Nikel utk nampak seperti platinum. Emas putih lebih murah berbanding platinum sbb platinum perlukan suhu yang tinggi utk leburkannya.
Kualiti emas putih adalah 17K dan harga lbh rendah berbanding emas biasa. Emas putih x sesuai utk dibuat pelaburan kerana kadar spread boleh capai 70% bila dijual semula. Emas putih hanya sesuai sebagai perhiasan dan kenang²an.
Sebab tu ilmu penting. Bila kita ada ilmu x akan senang ditipu & dimanipulasi pihak lain.
Jom sama kita sebarkan info ini. Wujudkan masyarakat celik emas di kalangan kita.
Selamat menjadi hartawan emas
Sedikit ilmu emas
Posted on October 31, 2022 ·