Harga Emas Naik

Isu yang menggerakkan harga emas naik mendadak sehingga hampir rm300/ segram.
Bank ke-15 terbesar di US , iaitu Silicon Valley Bank (SVB) diarah tutup disebabkan isu kewangan dan hutang yang banyak.
Mempunyai aset melebihi USD280 billion, mereka terpaksa  jual saham dan bon pada harga yang rendah.
Pendeposit menarik dana secara besar – besaran yang dipanggil sebagai ‘Bank Run’.
Lebih 95% duit pendeposit di SVB tidak diinsuranskan oleh Federal Deposit Insurance Corporation kerana melebihi 250000 usd dan berisiko akan kehilangan duit.
Penutupan SVB merupakan kegagalan perbankan yang ke 2 terbesar dalam sejarah US.
Ramai pelabur beralih kepada emas yang menyebabkan harga emas meningkat tinggi.
Cuma isu kenaikkan harga emas ni tidaklah begitu terkesan kepada penyimpan emas (gold saver).
Harga emas naik atau turun , penyimpan emas tetap menabung emas. Fokus mereka adalah gram emas bertambah dari hari ke hari.
Penyimpan emas yang berilmu, dia ‘happy’ harga emas naik sebab nilai kekayaan semakin meningkat.
Kalau harga emas turun pun dia ‘happy’ sebab mereka boleh tambah lebih banyak lagi gram emas pada harga yang murah.
Harga itu no 2. Yang paling penting simpanan emas mereka bertambah.
Kredit : Dr Fahmi