Antara barang kemas dan emas jongkong, mana pilihan?

Ada yang sarankan simpan emas sehingga 10% dari jumlah wang simpanan kita. Cuma mungkin ramai yang tak pasti emas apa patut dibeli sebagai pelaburan.
Menurut pakar kewangan, untuk memaksimumkan keuntungan pelaburan emas, lebih baik beli emas jongkong berbanding emas perhiasan.

10 gram emas perhiasan 916 upahnya antara RM300-RM400. Jika emas jongkong 999 seberat 10 gram, upahnya baru RM15, Apabila nak dijual, emas perhiasan 916 akan susut nilai antara 25-45%. Manakala emas jongkong 999 akan susut nilai 6%-9% sahaja.

Namun beli emas untuk pelaburan pastikan kita ada duit simpanan lain. Emas adalah pelaburan jangka panjang.

– Mingguan Wanita –

“Ada sesetengah syarikat memang ada mengenakan charge tambahan untuk dapatkan fizikal. Di Orodesign Emas jongkong tiada pun dikenakan upah, tiada charge tersembunyi atau charge premium cuma kos postage. Tapi bagi dealer yang berhampiran HQ Orodesign boleh datang ambil Emas fizikal di HQ. Susut Nilai bagi dealer 2%~5% sahaja.☺️