Saya nak bagi tips sikit.
Mana yang lebih bagus, beli dan simpan gold bar atau beli dan simpan barang kemas?
Ini sedikit perbandingan la ye. Lepas tu timbang sendiri mana yang lebih cocok dengan jiwa dan raga masing-masing.
BARANG KEMAS.
Sesuai untuk orang yang suka memakai. Dah nama pun barang kemas, beli tak pakai nak buat apa kan?
Kalau beli banyak-banyak pun, larat ke nak pakai banyak-banyak tu? Tambah pulak sekarang ni kes-kes samun dan ragut di jalanan. Lagi la bahaya kalau pakai barang kemas.
Sangat bagus bagi yang nak jadi peniaga. Biasanya boleh dapat di pasaran kedua (secondary market) atau yang dilelong oleh pajak gadai dengan harga potongan antara 20% ke 40% dari harga pasaran.
Biasanya ketulenan barang kemas ni 916. Ada la yang emas 999 tapi jarang sangat sebab lembut tanpa campuran bahan lain.
Harga biasanya akan jadi lebih mahal sebab ada upah buat dan sebagainya. Jadi kita terpaksa tanggung kos-kos sampingan yang sangat tinggi.
Susu tnilai masa nak jual balik pun boleh tahan juga besar. Itu caranya kedai emas atau peniaga amatur buat duit. Biasa la kalau susutnilai barang kemas ni mencecah sehingga 40%.
Kalau barang kemas bengkok atau patah masa nak dijual, harga akan ditolak lebih banyak.
Prinsip saya mudah mudah saja dengan barang kemas ni. Beli kalau suami suruh beli (minta duit dengan dia) atau kalau mak atau mak mertua bising (jaga la air muka suami sikit ye tak?)
Pilih mutu Emas yang tinggi 999 @ 916 seperti yang Orodesign hasilkan, jangan bawah dari ini sebagai simpanan sambil berhias.
GOLD BAR ATAU DINAR.
Sesuai untuk orang yang nak menyimpan emas sebagai alternatif simpanan tunai.
Kalau beli banyak-banyak pun takpe. Sebab nak simpan je kan. Bukan nak pakai pun.
Yang nak berniaga pun boleh juga jadikan gold bar atau dinar sebagai komoditi. Orang lelaki boleh beli, orang perempuan pun boleh beli. Orang dewasa boleh beli, para remaja pun boleh beli.
Biasanya ketulenan gold bar dan dinar ialah 999.9. Ia ketulenan paling tinggi.
Harga gold bar atau dinar biasanya sangat bagus untuk nilai duit yang kita bayar. Sebab gold bar dan dinar tak dikenakan caj upah.
Susut nilai @ spread gold bar atau dinar juga rendah. Kalau di Orodesign, ia antara 2% ke 5% sahaja. *Formula kiraan spread, harga jualan – harga belian ÷ harga jualan × 100*
Gold bar atau dinar ditimbang dengan berat. Jika ia patah atau bengkok sekali pun, ia harga tetap dikira dengan berat emas. Bukan pada penampilam emas itu.
Untuk pelaburan dan simpanan emas jangka panjang, saya syorkan gold bar atau dinar. Ia lebih mudah dibeli dan murah harganya berbanding barang kemas (kerana tiada upah buat). Tambah lagi kalau macam sekarang ni boleh beli gold bar sekecil 0.25gram je di Orodesign, lagi la senang mampu milik.