#1gram1bulan sebagai simpanan paksa dan lupa (forgotten saving)

Bulan baru, tahun baru… Letakkan azam untuk pastikan setiap tahun ​bertambah kaya. Bukan sekadar gaji meningkat, tapi yang lebih penting jumlah ​tabungan dan harta makin bertambah.

Kalau gaji meningkat tapi jumlah tabungan masih tak ke mana-mana, kita sebenarnya sedang berlari di tempat yang sama.

Kerja bertahun-tahun, tapi tak kaya-kaya…

Kalau dah cuba macam-macam teknik ​menabung, tapi jumlah simpanan tak ke mana-mana juga, ubahlah caranya pulak.

Mulakan dengan azam tahun ni untuk ​menabung emas sekurang-kurangnya #1gram1bulan sebagai simpanan paksa dan lupa (forgotten saving).

​Jadikan sebagai rutin ​menabung sekurang-kurangnya satu gram setiap bulan.

Setiap kali dapat gaji atau hasil bisnes, tutup mata dan beli emas, nak beli emas termurah di pasaran, join dealer orodesign. Confirm tak menyesal, malah lagi seronok menyimpan emas.

Saya sangat yakin, nanti sedar-sedar hujung tahun mesti akan ada LEBIH 12 gram emas dalam simpanan (insyaAllah).

Betul, bukan cukup-cukup 12 gram, tapi LEBIH​…

Sebab apa yang saya perhatikan, majoriti yang gunakan teknik ni akhirnya dia ada berpuluh-puluh gram emas dalam akaun hanya dalam tempoh 12 bulan!

Cubalah buat carian #testimonipenyimpanemas, dan baca pengalaman-pengalaman mereka yang dah berjaya sebelum ni.

Ingat​… ​Beli emas duit tak habis. Sebaliknya, ​tak beli emas duit habis!…

Beli emas (yang betul) maksudnya simpan duit, bukan habiskan duit. Emas pun duit juga, tetapi dalam bentuk yang lebih kukuh nilainya.

Jadi bila ada ​sahaja duit yang agak-agak tak pakai dalam 2 tahun, jangan fikir lama-lama, tapi tukarkan terus kepada emas!

Kalau ​biarkan lama-lama, nanti sedar-sedar duit tu habis!

Kewangan kita hari ni hasil apa yang kita buat 5 – 10 tahun yang lalu. Kewangan kita lagi 5 – 10 tahun akan datang ditentukan oleh apa yang kita buat hari ni.

​Sempena tahun baru, mulakan azam baru. Mulakan dengan #1gram1bulan. Kemuncaknya, letak matlamat cukupkan #1kilogram1keluarga. InsyaAllah.