Simpan emas tak ada teknik ajaib, tak ada magik!

Tak ada orang, dengan sebab dia simpan emas minggu ni, minggu depan terus jadi kaya.

Tak ada juga orang yang dengan sebab dia simpan emas itu la dia boleh langsaikan hutang dengan super cepat.

Dan dengan simpan emas saja, tak akan berlaku, kita simpan emas bulan ni, tahun depan kita terus capai “bebas kewangan”.

Usah bermimpi!

Cuma, kebaikan paling besar yang saya perhati bila sesorang mula berjinak-jinak simpan emas adalah :

1. Dapat merawat penyakit boros. Duit dah tak habis beli benda bukan-bukan.

2. Duit tak bocor. Siap boleh ada lebihan duit pula walaupun dah menyimpan masa awal bulan.

Padahal sebelum mula simpan emas , kemain lagi cakap tak cukup nak menyimpan, defisit lah, komitmen banyak lah, dan macam-macam lagi la alasan. 

Ada kalangan sahabat-sahabat penyimpan yang rasa macam ni juga tak? Haha.