Archives for January 14, 2024

Ukur Baju SENDIRI

Walaupun kerjaya sama, gaji sama, bilangan anak sama, lokasi penempatan sama, tetap tak boleh nak guna “saiz” yang sama

๐Ÿ˜‰

Kita bebas untuk santuni keinginan kita. Pergi bercuti, raikan harijadi di restoran mewah, mendekorasi rumah, ubahsuai rumah, beli itu ini atau apa sahaja yang membahagiakan diri sendiri.

Cuma… Pastikan lah dah ada “BACKUP” kewangan. Barulah rancang untuk salurkan pada perkara2 begitu. Kalau belum ada, dikhuatiri kita juga yang akan menanggung malu

MULAKAN 1 GRAM 1 BULAN

Perkara paling penting bila nak menyimpan ialah membentuk TABIAT, bukannya jumlah simpanan.

Simpan sedikit tetapi berterusan itu lebih baik. Ia akan mendatangkan impak yang besar kepada masa depan kewangan kita.

Jadi kalau nak simpan emas, jangan letak angan-angan terlalu besar. Mulakan dengan *1gram 1 bulan dulu*

Setiap kali hari gaji, beli 1 gram 999.9 sebagai simpanan PAKSA & LUPA. Disiplinkan dengan yang itu dulu. Selebihnya boleh simpan dalam Tabung Haji atau mana-mana instrumen lain kalau mahu.

Dana Bersara

Okeh..alang-alang Januari jom kita kira kot-kot boleh jadi azam baru. Cun-cun umur yang sesuai nak fikir dana bersara.

๐Ÿ˜…

Kalau 1 juta, nampak takut dan mustahil kan?

Kita convert dulu dalam emas,
lebih teruja sebab value nampak kecil.

Okeh,
Jom kita kira.

Rm1,000,000 ni kita tukar dulu ke gram emas dengan anggapan harga 1g ialah Rm350 dan untuk disimpan selama 20 tahun.

Maklum la,
umur dah 40, anggap je diberi kesihatan yang baik dan kerja yang baik utk lagi 20 tahun.

Jom kita kira jumlah gram,
Rm1,000,000 รท Rm350/g = 2,857.1428gram

Bundarkan dan kira gram setahun,
2858g รท 20 tahun = 142.9gram/setahun

Bundarkan dan kira gram sebulan,
143g รท 12 bulan = 11.916g/sebulan.

Bundarkan dan kira gram seorang
12g รท 2 orang = 6g/orang

Kira harga sebulan/orang,
6g x Rm350 = Rm2,100/ sebulan.

Kiraan berdasarkan suami isteri kongsi simpanan untuk beli emas.

Maka, kalau nak dapatkan simpanan persaraan yang lebih dari nilai 1,000,000?

Simpan emas 6g sebulan @ belian RM2100 selama 20 tahun.

Simpan emas 4g sebulan atau belian RM1400 selama 30 tahun.

Simpan emas 3g sebulan atau belian RM1050 selama 40 tahun.

Jadi, boleh pilih ikut umur masing-masing. Lagi awal bermula, lagi rendam gram nya.
Nampak mustahil dan besar kan?

Ada cara lain nak cepat dan jimat. Tapi itu anda boleh fikir sendiri la.

4 Tips Simpan Emas Tahun 2024

Tips1 : Target simpan emas 1 gram 1 bulan sebagai simpanan dilupakan.

Duit simpanan lain boleh disimpan di Tabung Haji atau ASB.

Tips2 : Setiap kali dapat gaji, terus beli 1 gram emas.

Jangan tunggu duit Iebih baru nak menyimpan sebab memang tak akan ada duit Iebih.

Tips3 : Jangan tunggu harga terbaik.

Kalau tunggu pun selalunya tak berbaloi dengan risiko duit itu bocor. Takut-takut nanti, bila harga rendah, duit pula yang habis!

Tips4 : Emas yang dapat tu, simpan dalam dompet! Jika dah 12 bulan dah ada 12 gram atau lebih.

Buat begini supaya terasa aura dan keseronokkan simpan emas.

Memang “feel” akan berbeza.
la mempengaruhi minda separa sedar (subconscious mind) supaya kumpul lebih banyak kepingan emas!

Semoga tahun 2024 ramai yang memiliki aset emas.