Salah satu bentuk bidaah bila kau beli EMAS tapi
EMAS tu dalam bentuk digital. EMAS ni ada nilai bukan sebab nama dia EMAS tapi sebab material dia berkualiti dan rare, ada nilai tersendiri dan tidak boleh dicipta oleh manusia, unik dan disebut di dalam Al Quran sebagai perhiasan ahli syurga.
Beli emas, pastikan dapat emas fizikal, delay sebab proses pengurusan pos masih dibolehkan kerana itu cara urusniaga masa kini dan fatwa pun kata dibolehkan…. Tapi beli secara delay, main kutu dan sebagainya seperti skim skim pelaburan yg banyak ditawarkan, ada akad yg perlu dipatuhi, kalau tak urusniaga itu menjadi haram…. Emas barang ribawi. Tak sama dengan barangan lain yg kita boleh beli ikut kaedah yg kita suka. Dengar n faham elok elokโฆ.
Archives for January 18, 2024
Emas Fizikal vs Emas Digital
Misi 2024 bermula!
Salah satu ciri-ciri orang kaya ialah mereka ada disiplin dan konsisten dalam menyimpan.
Tahun ni jom nekad simpan minimum 1 gram 1 bulan. Hujung tahun dapat 12 gram insyaAllah.
Save foto ni dan jadikan checklist bulanan anda. Saya dah tick kan siapยฒ untuk anda
Hujung tahun nanti kita kongsi success story boleh boleh?
All the best
Tabung Emas 2024
Sambil kita menyimpan emas..
kita ajak sahabat kita yang lain untuk simpan emas sama.
Sama-sama kita menyimpan sama-sama kita layak jadi pembayar zakat emas.
Emas awak awak beli awak simpan sendiri
Emas saya saya beli saya simpan sendiri
Awak beli ikut kemampuan poket awak
Saya beli ikut kemampuan poket saya
Selagi kita hidup atas dunia ni
Banyak kos luar jangka yang kita akan jumpa
Contohnya :
Tayar kereta nak kena tukar baru
Kereta nak kena selenggara
Tetiba kena pindah
Tetiba gas habih
Banyak lagi la nak senaraikan..
Dan kita pulak jenis asal simpan duit habis
Eloklah kita bertukar kepada simpanan emas fizikal
Sekurangnya walau duit habis beli emas
Tiba masa nak guna masih lagi boleh cair jadi duit kembali…