Archives for March 11, 2024

Branch ke 2 ORODESIGN by MAA Precious METALS Sdn Bhd

Alhamdulillah syukur ya Allah… dah tiba masa untuk dealer-dealer emas ORODESIGN melebarkan sayapnya… boleh collect emas dan cash & carry on the spot!

Branch ke 2 ORODESIGN by MAA Precious METALS Sdn Bhd di *Cyberjaya*.. the grand opening is just around the corner! *Lepas raya puasa InsyaAllah*

Harga emas terus naik

Kenapa harga emas boleh naik dan naik dalam jangka masa panjang?

Artikel terbaru daripada CNBC mempunyai jawapannya!

Ia berkenaan hutang kerajaan US yang meningkat sebanyak 1 trillion USD hanya dalam masa 100 hari!

Baca kat sini https://www.cnbc.com/2024/03/01/the-us-national-debt-is-rising-by-1-trillion-about-every-100-days.html

Trillion adalah satu nombor yang sangat sukar digambarkan.

Bayangkan anda memiliki duit1 juta (yang nie senang nak bayangkan)

1 juta x 1000 = 1 Billion
1000 Billion = 1 Trillion

Amount ini sangat sukar dibayangkan sebab terlalu besar.

Namun, sebagai penyimpan emas, hutang US yang terlalu banyak boleh menjadi faktor kenaikan harga emas dalam jangka masa panjang. Kenapa?

Apabila US hutang terlalu banyak dan terlalu cepat, terdapat risiko mereka menjual lebih banyak hutang seperti menjual Treasury Security seperti T-bills, T-notes dan bon.

Untuk membayar hutang, ada kemungkinan US terpaksa mencetak lebih banyak duit pada masa hadapan. Ini akan meningkatkan risiko inflasi di mana banyak matawang US akan berada dalam pasaran.

Ini menyebabkan nilai USD menurun. Untuk melindungi daripada masalah ini pelabur akan memilih emas sebagai pelindung kuasa beli.

Bebanan hutang yang meningkat boleh meningkatkan kebimbangan pelabur terhadap kestabilan ekonomi US. Kebimbangan ini boleh menyebabkan pelabur memilih untuk beralih kepada emas sebagai portfolio mereka.

Walau bagaimanapun, adalah penting untuk diingat bahawa hubungan antara hutang US dan harga emas tidaklah semudah yang disangka.

Banyak faktor lain seperti kadar faedah, dasar US Fed, keadaan ekonomi global, dan sentimen pelabur juga boleh memainkan peranan penting dalam menentukan harga emas.

Walaupun peningkatan hutang AS boleh menyumbang kepada tekanan ke atas harga emas, ia bukanlah satu-satunya penentu kenaikan harga emas.

Apa pun, anda simpan emas untuk jangka masa panjang.

*Beli emas fizikal. Sebab anda boleh pegang dan anda boleh simpan sendiri*. Kalau beli emas dalam akaun, pastikan ia boleh difizikalkan.

Jangan beli emas bunian, iaitu beli emas takde emas. Nampak nombor aja. Emas tersebut tidak boleh difizikalkan sebab ia berada di alam lain

😁

. Anda akan menghadapi masalah di kemudian hari.

Sebagai manusia, kita kena beli emas yang wujud di alam seorang manusia

🥰

.

Simple!

#TipsBeliEmas

𝗧𝗜𝗣𝗦 𝗦𝗜𝗠𝗣𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗘𝗠𝗔𝗦

3 faktor utama nak beli Emas dalam pelaburan emas fizikal.

1. Harga – Cari Harga terbaik, kalau ada Emas kualiti sama Harga lebih rendah kenapa pilih bayar lebih
2. Ketulenan – Cari Emas yang terjamin ketulenannya, Emas MAA diiftiraf FEDMAS
3. Spread terendah – Cari Emas yang susut Nilainya rendah supaya cepat dapat untung.