Archives for May 3, 2024

Ciri-ciri emas yang berbaloi untuk dibeli sebagai simpanan atau pelaburan.

Kita sendiri yang kena bijak buat pilihan, buat perbandingan & cari tempat platform beli Emas yang bagus.

Alhamdulillah, admin jumpa semuanya disini… ORODESIGN

1. Harga Rendah
Cth Harga Emas fizikal Goldbar 1g 999.9 Harga Pasaran/kedai: RM4xx
Harga Customer Orodesign: RM38x
Harga (Dealer Berdaftar): RM36x

2. Spread Nipis
Customer (jual kepada dealer Orodesign): Spread 7~12%
Dealer (jual kepada kilang): Spread 2~6%

3. Emas Fizikal
Hanya fizikal, tiada digital, tiada akaun simpanan

4. Syarat Jual Beli Tak Cerewet
Kilang MAA beri jaminan membeli semua jenis Emas tanpa kira brand, kondisi Emas(kemek, putus, patah) tanpa ada pengurangan Harga belian

5. Stok Tiada Had
Stok tersedia 15~20kg sehari untuk diniagakan, semua item di dalam katalog adalah ready stok.

6. Mesra Ar Rahnu
Brand Orodesign (MAA) mesra Ar Rahnu.

7. Patuh Syariah
Pembelian Emas yang jelas & tiada kos tersembunyi di Orodesign, beli Emas dapat Emas fizikal.

Mana yang terbaik

Semua emas adalah TERBAIK selagi mana ianya ada ditangan kita dan semestinya kena tulen lah.

Cuma mungkin kategori emas itu terbaik untuk orang lain, tapi tidak untuk kita.  Jom kenali dulu kategori emas serta ciri-cirinya. Baru lah senang nak buat pilihan.

1. Barang kemas perhiasan 916. Mesra ar rahnu. Tapi susut nilai tinggi. Pilihlah yang mana kos UPAH paling terendah. Sesuai untuk yang suka melaram dan suka ikut design semasa.

2. Barang kemas perhiasan 999. Mesra ar rahnu. Tapi ada sesetengah ar rahnu belum ada mesin bacaan tepat untuk emas ini. Jadi ada yang tidak menerima sebagai cagaran. sesuai untuk simpanan dan melaram sekali sekala kerana emas 999 ini lembut. Susut nilai rendah berbanding 916.

3. Goldbar 999.9. Terpaling ampuh untuk simpanan. Susut nilai terpaling rendah berbanding kategori emas yang lain. Tersedia dengan berat paling ringan 0.25g. mampu milik. Sesuai untuk yang betul2 ingin menyimpan duit bagi tujuan tertentu.

4. Dinar. Sama seperti goldbar. Setakat ini yang paling ringan ialah suku dinar (1.0625g). Standard berat 1 dinar ialah 4.25g. simbolik kepada matawang islam. Sesuai dijadikan mas kawin. Kebanyakkan dinar berketulenan 999.9. Tapi Dinar kelantan berketulenan 916.

5. Barang kemas terpakai (preloved). Ini juga sesuai untuk simpanan dan melaram. Sesuai untuk yang tidak kisah tentang design. Mesra ar rahnu. Lebih jimat berbanding 916 yang baru.

Apa2 pun, pelbagaikan jenis simpanan emas kita. Setiap emas ada fungsi tertentu.

Paling penting, beli emas pastikan dapat emas di tangan. Pilihlah emas pada harga terbaik. Contohnya ORODESIGN. Ahli kilang(dealer) menikmati emas harga terus dari kilang.