Alhamdulillah.. perkongsian menarik daripada sahabat dealer yang baru berjinak² dengan Emas. Jom dengarkan..

Emas di Orodesign memang antara terendah, baru tahu ke?

Emas terus dari Kilang MAA Precious Metal Sdn Bhd. Kalau beli Emas di kedai dapatlah Harga kedai, daftar ahli dan beli dari MAA dapat Harga kilang.hah gituu..

Harga untuk customer, Harga Bersih segram pun masih yang terendah dipasaran, tiada caj tambahan atau tersembunyi, jauh lebih rendah. Harga untuk dealer berdaftar dapat takyah citelah, direct kilang memang senyum je

☺️

Memang antara MATLAMAT utama syarikat MAA adalah untuk mengajak orang ramai simpan Emas dengan harga sepatutnya mampu milik.

Sesiapa yang nak simpan emas untuk gram, MAA sangat berbaloi². Untuk collector, mereka akan cari design rare sebab hobi mereka.

Saya pun FOKUS kepada penambahan gram simpanan, buat apa bayar lebih untuk kualiti Emas yang sama jika boleh beli dgn Harga lebih jimat. Masuk Ar Rahnu pun dinilai berapa BERAT & mutu Emas sahaja bukan dilihat brand. Sudah jumpa Orodesign, tak cari tempat lain dah

Keberkatan Dalam Menabung

Ketika kita sedang meniti kehidupan dunia masa ini, kewangan merupakan antara perkara penting & amat diperlukan oleh setiap individu.

Sebelum kita mencapai usia dewasa, kebiasaan kita ditanggung oleh ibu ayah sama ada untuk mendapatkan makanan atau barang keperluan yang lain.

Hanya selepas menempuh usia remaja, sebilangan dari kita akan memahami serta melihat pengorbanan dan penat lelah yang dilalui oleh ibu ayah dalam mencari rezeki untuk menyara hidup sekeluarga.

Maka dengan itu, kita sering selalu terdengar & mendengar nasihat berbuih-buih supaya berjimat-cermat serta menabunglah sejak kecil bagi meringankan bebanan kewangan yang ditanggung oleh orang tua kita.

Amalan ini adalah amalan mulia. Ia digalakkan sejak kecil supaya kita mendapat pelbagai manfaatnya yang tersirat seperti mana kata peribahasa Melayu, “ beringat-ingat sebelum terkena, berjimat sebelum habis.

Jom kita senaraikan kebaikan menabung sebagai pembuka mata kepada semua lapisan masyarakat untuk turut meng-amalkan amalan mulia ini. InshaAllah, Aamin.

1. Membentuk disiplin diri. ( tidak boros )
2. Memenuhi keperluan kewangan diri dan keluarga. ( sentiasa mampu memberi keselesaan & ketenangan )
3. Untuk kegunaan ketika kecemasan. ( persediaan kewangan diluar jangkaan )
4. Dapat membina dan mengembangkan kekayaan. ( menjadi Muslim yang dapat membantu saudara Muslim yang lain )
5. Tabungan/Simpanan untuk masa hadapan. ( membina Kewangan yang Kukuh )
6. Menjadi tauladan kepada orang lain.

Kesimpulannya, menabung merupakan amalan yang memberikan pelbagai kebaikan keberkatan kepada mereka yang mengamalkannya.

Di awal mula, ya memang kita perlu menabung dengan jumlah yang sedikit dahulu kerana sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit.

Setiap dari kita perlu sentiasa diingatkan dan digalakkan untuk menabung dalam jangka masa pendek dan juga jangka masa panjang.

Pepatah Melayu juga berbunyi begini, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersusah-susahlah dahulu, inshaAllah akan bersenang-senang kemudian.

Tidak ada jalan yang mudah, kita harus dahulu melalui jalan yang sukar dan berliku dalam kehidupan sebelum kita boleh menikmati kesenangan yang akan datang.

antara faktor kenaikan harga Emas

#IlmuEmas #CelikEmas 
https://intraday.my/emas-meroket-naik-pemotongan-kadar-faedah-as-semakin-hampir/

Nilai vs Masa

Ini satu cara mudah untuk kita faham kenapa simpan duit di bank sikit sikit, *lama lama masih sikit…*

1999 : RM1 juta

➡️

 25 kilo emas
2010 : RM1 juta

➡️

 7 kilo emas
2015 : RM1 juta

➡️

 6 kilo emas
2020 : RM1 juta

➡️

 4 kilo emas
2022 : RM1 juta

➡️

 3.5 kilo emas
2024 : RM1 juta

➡️

 2.7 kilo emas

DUIT, nilai RM yang sama, kuasa belinya makin lama makin kecil sebab dimakan inflasi.

EMAS, berat yang sama, kuasa belinya makin lama masih sama bahkan boleh makin meningkat.

Kesimpulan :
Simpan duit banyak banyak

❌

Simpan emas banyak banyak 

✅

Jadi jangan takut untuk alihkan duit kepada emas banyak banyak.

Semoga bermanfaat

Logo *Fedmas* di emas MAA

Kalau utk pasaran antarabangsa, badan ketulenan adalah *LBMA* (London Bullion Market Association).

Kita perlu  ke LBMA ni?
Tak perlu sebabnya kita target pasaran dalam Malaysia sahaja.

Habis tu kalau nak jual kat luar negara boleh ke?
Boleh. Sebab  kita bukan nak berniaga di negara luar. Kita nak
jual emas peribadi kita sahaja untuk tukar kepada cash.

Jadi mereka perlu cek ketulenan & bayar ikut matawang mereka sahaja. Setel

Baca lah utk *PENGETAHUAN* kita sebagai PENYIMPAN EMAS & PENIAGA EMAS
Yang penting BELI EMAS MESTI DAPAT EMAS FIZIKAL DITANGAN Okey..

“Matawang kertas akhirnya akan kembali kepada nilai intrinsiknya – Kosong” – Voltaire (Ahli Falsafah Perancis)

Hyperinflasi berlaku:

JATUHnya harga minyak mendadak adalah punca kejatuhan ekonomi negara Venezuela dan dibebani hutang negara dalam bentuk wang asing setinggi 50 billion dollar.

Kejatuhan harga minyak dunia menyebabkan Venezuela kehilangan dana untuk membayar semula hutang mereka. Ia menyebabkan nilai matawang mereka “Bolivar” merosot teruk.

Keadaan ini memaksa KERAJAAN MENCETAK MATAWANG Bolivar dengan banyak untuk membeli matawang asing seperti dollar bagi menjelaskan hutang yang perlu di bayar.

Ini menyebabkan berlaku LAMBAKAN MATAWANG (Inflasi) Bolivar ke dalam pasaran tempatan lalu hilang nilainya.

Moga ada sesuatu ilmu yang kita dapatkan hari ini, Aamin

Ciri-ciri emas yang berbaloi untuk dibeli sebagai simpanan atau pelaburan.

Kita sendiri yang kena bijak buat pilihan, buat perbandingan & cari tempat platform beli Emas yang bagus.

Alhamdulillah, admin jumpa semuanya disini… ORODESIGN

1. Harga Rendah
Cth Harga Emas fizikal Goldbar 1g 999.9 Harga Pasaran/kedai: RM4xx
Harga Customer Orodesign: RM38x
Harga (Dealer Berdaftar): RM36x

2. Spread Nipis
Customer (jual kepada dealer Orodesign): Spread 7~12%
Dealer (jual kepada kilang): Spread 2~6%

3. Emas Fizikal
Hanya fizikal, tiada digital, tiada akaun simpanan

4. Syarat Jual Beli Tak Cerewet
Kilang MAA beri jaminan membeli semua jenis Emas tanpa kira brand, kondisi Emas(kemek, putus, patah) tanpa ada pengurangan Harga belian

5. Stok Tiada Had
Stok tersedia 15~20kg sehari untuk diniagakan, semua item di dalam katalog adalah ready stok.

6. Mesra Ar Rahnu
Brand Orodesign (MAA) mesra Ar Rahnu.

7. Patuh Syariah
Pembelian Emas yang jelas & tiada kos tersembunyi di Orodesign, beli Emas dapat Emas fizikal.

Mana yang terbaik

Semua emas adalah TERBAIK selagi mana ianya ada ditangan kita dan semestinya kena tulen lah.

Cuma mungkin kategori emas itu terbaik untuk orang lain, tapi tidak untuk kita.  Jom kenali dulu kategori emas serta ciri-cirinya. Baru lah senang nak buat pilihan.

1. Barang kemas perhiasan 916. Mesra ar rahnu. Tapi susut nilai tinggi. Pilihlah yang mana kos UPAH paling terendah. Sesuai untuk yang suka melaram dan suka ikut design semasa.

2. Barang kemas perhiasan 999. Mesra ar rahnu. Tapi ada sesetengah ar rahnu belum ada mesin bacaan tepat untuk emas ini. Jadi ada yang tidak menerima sebagai cagaran. sesuai untuk simpanan dan melaram sekali sekala kerana emas 999 ini lembut. Susut nilai rendah berbanding 916.

3. Goldbar 999.9. Terpaling ampuh untuk simpanan. Susut nilai terpaling rendah berbanding kategori emas yang lain. Tersedia dengan berat paling ringan 0.25g. mampu milik. Sesuai untuk yang betul2 ingin menyimpan duit bagi tujuan tertentu.

4. Dinar. Sama seperti goldbar. Setakat ini yang paling ringan ialah suku dinar (1.0625g). Standard berat 1 dinar ialah 4.25g. simbolik kepada matawang islam. Sesuai dijadikan mas kawin. Kebanyakkan dinar berketulenan 999.9. Tapi Dinar kelantan berketulenan 916.

5. Barang kemas terpakai (preloved). Ini juga sesuai untuk simpanan dan melaram. Sesuai untuk yang tidak kisah tentang design. Mesra ar rahnu. Lebih jimat berbanding 916 yang baru.

Apa2 pun, pelbagaikan jenis simpanan emas kita. Setiap emas ada fungsi tertentu.

Paling penting, beli emas pastikan dapat emas di tangan. Pilihlah emas pada harga terbaik. Contohnya ORODESIGN. Ahli kilang(dealer) menikmati emas harga terus dari kilang.

#NotaEmas #CelikEmas #IlmuEmas #InfoEmas @UsahawanEmasDirectKilang

Hari nie HARI GAJI kn….
Meh bca nie…

WANG KERTAS VS EMAS

a). Wang Kertas
     Simpan wang kertas anda iaitu  RM350.00 di dalam laci almari anda.

b). Emas
     Simpan 1 gram emas yang juga bernilai RM350.00 (mengikut hrarga semasa)
     dalam laci almari anda.

     2 atau 5 tahun kemudian anda keluarkan kedua-duanya dan gunakannya.

a). Wang Kertas
     Wang kertas anda akan dimakan inflasi
harga barang naik.
harga barang mahal.
nilai matawang jatuh.
mudah rosak atau musnah.
nilai wang kertas boleh di tarik oleh kerajaan pada bila-bila masa, menjadikan wang kertas tersebut tidak bernilai lagi.

b). Emas
     Emas anda tidak akan di makan inflasi
harga emas atau nilainya sentiasa meningkat
mengekalkan kuasa belinya di masa hadapan
sentiasa berharga tidak kira zaman apa pun
Simpan emas sebenarnya kita menyimpan kekayaan, kekayaan bertambah setiap tahun dan emas juga adalah ubat bagi mereka yang sukar menyimpan wang.

duit dahulu (Emas) atau
duit sekarang (Wang Kertas)

Sesiapa yang menyimpan emas, kekayaan mereka tak akan terjejas sekiranya berlaku ketidakstabilan matawang negara mahupun dunia.

Ringgit jatuh, harga emas naik.

US Dollar jatuh, harga emas lagi naik.

Dan lepas 1997 barulah disedari sistem duit kertas sangat tidak adil dan DR. M menyarankan DINAR EMAS Sebagai alat tukaran dagangan antarabangsa.

Sekarang anda dah tahu rahsia wang sebenar dan mana yang lebih bernilai untuk simpanan masa depan anda. Jadi apa yang perlu anda buat setelah mengetahui rahsia wang ini?….. Senang sahaja…. anda perlu tanamkan matlamat anda, iaitu menyimpan emas sekurang-kurangnya paling minima 1 gram sebulan. Anda sudah pun berharta, sebab emas itu adalah harta dan anda juga mempunyai wang simpanan, sebab emas itu adalah wang….:) Dengan menyimpan emas anda dapat menyelamatkan gaji anda daripada bocor, sebab duit anda telah menjadi emas yang lebih bernilai daripada wang kertas.

Jika anda menyimpan 1 gram emas setiap bulan jumlahnya pada akhir tahun ialah 12 gram bermaksud anda telah menyelamatkan wang gaji atau pendapatan anda daripada habis di belanjakan.

1 gram emas bersamaan RM380 untuk hari ini darab/kali dengan 12 bulan

RM380.00
X 12 bulan
Rm 4,560 inilah jumlah wang gaji atau pendapatan yang dapat anda selamatkan.

Di masa depan nilai emas ini akan meningkat lagi, sudah tentu nilai simpanan anda akan bertambah-tambah setiap tahun… yang penting anda menyimpan sebulan sekurang-kurangnya 1 gram emas, makin banyak anda simpan makin banyaklah yang anda perolehi di masa depan.

Jika anda telah jatuh cinta dengan wang sebenar..

Pilihlah EMAS

😀