“Selalu sangat!”

Ya, ini sering saya perhati.
Ramai penyimpan emas, tak sedar mereka ada simpanan duit banyak.

Saya pun sama juga sebenarnya.
Bila duit dah bertukar pada bentuk emas.

Kadang-kadang selalu rasa cemas.

“Eh, macam tak ada duit ni?”

Walaupun sebenarnya sudah ada 100gram emas atau 1 kilogram emas!

Dan kalau perlukan duit tunai.
Kita boleh saja jual emas tu pada bila-bila masa atau pajak di arrahnu dan dapat tunai segera.

Feel ‘tak ada duit’ sebegini sebenarnya bagus sebab memaksa kita ambil tempoh bertenang sebelum berbelanja.

Jadi, duit simpanan kita lebih bertahan lama.
Dan menutup nafsu berbelanja pada perkara yang bukan benar-benar keperluan.

Dah faham kan? Simpan emas hari ni ya.

Jongkong 100g

ni jongkong 100gram. Paling besar Di ORODESIGN. Jika nak ada 1kg mesti ada 100g x 10 keping. 1kg 1keluarga

😍

Bagi yang belum pernah pegang, ini saya belanja gambar dulu.

Kalau kita simpan emas, kena pegang dan tengok emas itu selalu.

Lagi besar saiznya, lagi kuat auranya. Dan lagi cepat jumlahnya bertambah dalam simpanan kita.

Tapi kalau simpan duit dalam akaun bank, pantang larangnya ialah jangan tengok bakinya selalu. Lagi kerap kita tengok, lagi cepat duit itu habis!

Kalau dah bertahun-tahun simpan duit dalam akaun bank tapi asyik bocor saja, ubahlah cara. Mulakan simpanan emas sekarang. Boleh mulakan dengan bajet serendah 1gram atau 0.25g (Rm100)

Paksa diri menabung emas setiap bulan. Satu hari nanti pasti dapat simpan 100g yang cantik ini.

*”Kenapa kita simpan emas?”*

Cuba tanya diri sendiri dulu, kenapa kita simpan duit?

Saya percaya tujuan kita sama. Simpan duit ni sebab:

1. Nak beli rumah atau tanah
2. Nak buat dana kecemasan
3. Nak anak masuk universiti tak berhutang
4. Nak guna untuk kahwin
5. Nak jadi simpanan persaraan
6. Nak pergi haji

Jadi, apapun tujuan kita, cuba fikir balik.

Simpan duit ini berapa lama boleh tahan?
Betul ke tak korek balik?
Boleh ke kawal nafsu diri dari berbelanja?

Saya percaya kita lebih faham dengan diri sendiri.

Kalau tak kuat dengan godaan duit dalam akaun, boleh alihkan sebahagian duit kepada emas.

Ia akan kekal ada.
Dan tak mudah dibelanjakan.

Sebab tu, tujuan pertama simpan emas ini untuk elak duit kita mudah bocor.

Sebab apa pun matlamat kita menyimpan, susah nak tercapai kalau asyik bocor dan bocor.

Dah faham kan?
Emas ubat penawar kepada duit bocor. Saya dah gunakan 5 tahun dan ianya berkesan.

Penyimpan Emas

Sebagai penyimpan emas, kita mesti positif dan teruskan menyimpan sama ada harga naik atau turun. Kerana fokus penyimpan emas adalah penambahan gram, jadi harga bukan jadi ukuran. Apa yang penting simpanan bertambah “𝘢𝘴𝘢𝘭 𝘥𝘶𝘪𝘵 𝘫𝘢𝘥𝘪 𝘦𝘮𝘢𝘴”.

Bila dah jadi penyimpan emas, kena ada mindset yang betul. Baru boleh jadi penyimpan emas yang berjaya.

𝗠𝗶𝗻𝗱𝘀𝗲𝘁 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗶𝗺𝗽𝗮𝗻 𝗲𝗺𝗮𝘀:
I) Harga emas 𝗡𝗔𝗜𝗞 kita senyum sebab emas yang kita simpan makin bernilai.

II) Harga emas 𝗧𝗨𝗥𝗨𝗡 lagi kita gembira sebab boleh tambah lagi simpanan emas.

Bila kita pegang dua benda ini, makin lama makin bertambah simpanan kita. Beli, simpan dan lupakan.

Memang betul.

Bukan mudah simpan duit RM 30,000 dalam akaun bank.

Bila bertambah jumlah simpanan, kita mula fikir nak belanja sahaja. Simpan, bocor, simpan, bocor, simpan lagi tapi bocor lagi.

Sebenarnya kita boleh capai jumlah simpanan RM 30,000 dengan mudah bila simpannya dalam bentuk emas.

Simpan sikit-sikit bermula dengan tabiat 1gram 1bulan, nanti sedar-sedar cukup 100 gram emas bersamaan RM 30,000 nilai hari ni.

Itu pengalaman ramai orang termasuk saya sendiri.

Jom dapatkan harga direct kilang terus dengan daftar keahlian rm399 seumur hidup.

Tak perlu renew keahlian Dan boleh diwariskan.

3 GOLONGAN DAPAT MANFAAT BESAR DARI SIMPANAN EMAS

Tak semua orang perlu simpan emas. Bahkan ada juga kes, saya tak sarankan seseorang tu simpan emas. Letak duit dia dalam Tabung Haji atau ASB lebih baik.

Tapi berdasarkan pengalaman saya sejak 2020, saya perhatikan ada 3 golongan yang dapat manfaat besar daripada simpanan emas. Iaitu golongan yang;

1. Tak boleh menabung

Kerja bertahun-tahun tapi tak ada tabungan. Dah cuba macam-macam teknik, tapi menabung selalu bocor juga.

#orodesignadapenyelesaiannya

2. Dapat menabung dengan baik, tapi tabungan hanya dalam ASB dan Tabung Haji.

Mereka tak sedar tabungan mereka dicuri oleh inflasi dan kejatuhan ringgit.

Solusinya, tukarkan duit simpanan jangka panjang (untuk simpanan 2 tahun ke atas) kepada emas.

Tinggalkan duit simpanan kecemasan 3 bulan gaji dan yang nak digunakan dalam masa terdekat sahaja dalam ASB atau Tabung Haji tu.

3. Kaya raya, tapi tak ada tabungan emas.

Macam kapal Titanic yang tak ada life boat. Tanpa emas, kekayaan mereka berisiko tenggelam bila-bila masa.

Solusinya, tukarkan sebahagian kekayaan kepada bentuk emas. Pakar kewangan Tuan Azizi Ali sarankan 10% ditukarkan kepada bentuk emas.

Saya sarankan, sekurang-kurangnya 1 kilogram untuk satu keluarga sebagai ‘life boat’ dan ‘insuran kekayaan’ keluarga kita.

Kerana langit tak akan sentiasa cerah… Sediakanlah payung sebelum hujan.

#TipKayaDenganEmas#1kilogram1keluarga

Dapat Sesuatu?

Bila mak ayah cakap zaman dia muda harga emas hanya RM33 per gram, susah nak percaya.

Ini buktinya, berapa murahnya harga emas ketika tahun 1997. Tapi kita perlu maklum waktu itu gaji kilang bukan RM1,500 mungkin hanya RM500-RM800 sebulan sahaja.

Karipap pun mungkin hanya 10sen.

Kalau masa mak ayah kita bijak mesti mereka dah beli berkilo-kilo emas untuk diwariskan pada anak cucu kita.

Persoalannya rasa-rasa harga emas 20-30 tahun lagi akan kekal sama ke dengan harga emas hari ini RM300 per gram?

Takkan kita nak tengok je kan. Mulakan kumpul dan menabung!!!

Dapat rezeki lebih tambah lebih. Kumpul sampai 1 kilogram sebagai aset hari tua anda. Benda nak pakai lama bukan beli hari ini pakai esok.

Dapat sesuatu?

Nak Simpan Emas Banyak Mana?

Sebenarnya, setiap kita patut letak target untuk ada 1keluarga 1kilogram emas.

Kalau 1 kilo terlalu besar, letak target pertama untuk adakan sekurang-kurangnya 100 gram pertama sebagai rizab keluarga.

Matlamat biar besar, tapi mulakan langkah kecil.

Mulakan tabiat simpan 1gram 1bulan dulu.

Menurut pakar kewangan Tuan Azizi Ali, setiap kita patut simpan sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah kekayaan (nett worth) kita dalam bentuk emas sebagai benteng terakhir kekayaan kita.

Ini disebabkan nilainya terjamin dan tidak terjejas walau apapun keadaan ekonomi ataupun politik sesebuah negara.

Emas benar-benar aset peribadi.

Tidak ada siapa tahu berapa banyak simpanan yang kita ada. Ia tidak boleh dibekukan oleh kerajaan sebagaimana aset-aset yang lain.

Ia akan jadi benteng terakhir kekayaan kita dan keluarga.

TERBAIK! DAPAT BELI EMAS LEBIH MURAH LEPAS JADI AHLI ORODESIGN.

Dulu beli emas mahal, upah pun tinggi.

🥵

Lepas join Orodesign, terus dapat beli emas dengan harga kilang. Dapat Emas fizikal, Emas 999 tiada kos tambahan, tiada kos upah/charge premium

🤭

Beli sekeping pun dapat harga pukal dah.
Ya, tak perlu beli secara bundle/pakej.

JIMAT RM10-20/gram dari harga pasaran
Itu belum campur kos pengangkutan, kos masa dan caj-caj lain lagi.

Kelebihan lain?
=> Spread value 2-6%
=> Buyback tinggi
=> Produk berterusan & ready stock
=> Beli emas dapat emas terus
=> Mesra ArRahnu
=> Peluang jana side income
=> Bimbingan & ilmu emas berterusan
=> Support syarikat emas Muslim Bumiputra

Terbaik di ORODESIGN

👍

=> Syarikat muslim bumiputra
=> Member of FEDMAS
=> Penyertaan dealer hanya dibuka kepada bumiputra/melayu sahaja

Best ke best jadi dealer Orodesign?

💪

Jangan risau! Kita ajar sampai pandai…
Jom daftar sekarang!!!

Tips Urus Wang

======================
Formula Pengurusan Wang
======================

❶- *10%*

📈

 Simpan ‘duit’ seeloknya dalam medium ‘NILAI dibekukan’ dlm bentuk aset seperti rumah, tanah, Emas fizikal

❷- *10%*

🏡
🚘

 Labur dalam medium yang memberi pulangan lebih tinggi dari Kadar Inflasi tahunan seperti tabung haji, kwsp, bisnes, aset(tanah, rumah, Emas)

❸- *55%*

👔
👗
🍔
⛽
💊

 Keperluan harian diri & keluarga

❹- *10%*

🎉
🏂

 Fun & Play

❺- *10%*

🎓
📚

Pelajaran, Ilmu pengurusan kewangan, bengkel kemahiran

❻- *5%*

😊

 Charity Fund, Zakat & Sedekah

*- – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – -*

👆🏼

 Formula di atas boleh kita gunakan utk individu/syarikat

☝🏼

 Jom Kita Fokus! Financial Freedom!!

☝🏼

Disiplinkan diri dlm urus kewangan

💪🏼

 Set Matlamat Kewangan!! & Matlamat Zakat!!
*- – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – -*

💰

6 bulan × simpanan sebelum memulakan apa² pelaburan.

💰

Utamakan Aset, Aset, Aset baru Liabiliti.

“Kuasai Emas, Nikmati Kebebasan Kewangan”