Nak Simpan Emas Banyak Mana?

Sebenarnya, setiap kita patut letak target untuk ada 1keluarga 1kilogram emas.

Kalau 1 kilo terlalu besar, letak target pertama untuk adakan sekurang-kurangnya 100 gram pertama sebagai rizab keluarga.

Matlamat biar besar, tapi mulakan langkah kecil.

Mulakan tabiat simpan 1gram 1bulan dulu.

Menurut pakar kewangan Tuan Azizi Ali, setiap kita patut simpan sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah kekayaan (nett worth) kita dalam bentuk emas sebagai benteng terakhir kekayaan kita.

Ini disebabkan nilainya terjamin dan tidak terjejas walau apapun keadaan ekonomi ataupun politik sesebuah negara.

Emas benar-benar aset peribadi.

Tidak ada siapa tahu berapa banyak simpanan yang kita ada. Ia tidak boleh dibekukan oleh kerajaan sebagaimana aset-aset yang lain.

Ia akan jadi benteng terakhir kekayaan kita dan keluarga.