“Selalu sangat!”

Ya, ini sering saya perhati.
Ramai penyimpan emas, tak sedar mereka ada simpanan duit banyak.

Saya pun sama juga sebenarnya.
Bila duit dah bertukar pada bentuk emas.

Kadang-kadang selalu rasa cemas.

“Eh, macam tak ada duit ni?”

Walaupun sebenarnya sudah ada 100gram emas atau 1 kilogram emas!

Dan kalau perlukan duit tunai.
Kita boleh saja jual emas tu pada bila-bila masa atau pajak di arrahnu dan dapat tunai segera.

Feel ‘tak ada duit’ sebegini sebenarnya bagus sebab memaksa kita ambil tempoh bertenang sebelum berbelanja.

Jadi, duit simpanan kita lebih bertahan lama.
Dan menutup nafsu berbelanja pada perkara yang bukan benar-benar keperluan.

Dah faham kan? Simpan emas hari ni ya.