CRYPTO – Untuk org yg suka-suka, kalau rugi tak kisah dari duit lebihan. Kalau untung jgn tamak sangat, Crypto sukar nak control, kalau rugi boleh lesap semua duit yang dilaburkan.
SAHAM – High Risk, Sesuai org yg suka baca graph, rajin tengok graph, bijak menguruskan risiko dan tau meramal (Forecast) dan baca data.
ASB/TH – Low risk, sesuai untuk org yg taknak ambil risiko dan tak kisah hanya dapat keuntungan sedikit 4% – 5%. Jangan harapkan dividen belas belas %.
UNIT TRUST – Medium to long term, Pelaburan sesuai untuk mereka yang tak kisah bayar cas pengurusan dan dapat keuntungan dlm tempoh medium to long term tapi kena ambil tahu jenis fund, performance dgn Agen. Kalau yang nak untung kurang dari 5 tahun baik lupakan.
EMAS – Untuk org yang sanggup tunggu dalam tempoh yang sederhana & panjang. Perlu ilmu dan rajin buat perbandingan dimana nak beli, ciri Emas yang berbaloi untuk dijadikan simpanan. Aset dan harta yang dapat dibeli sedikit demi sedikit dan boleh diwarisi kepada anak, cucu. Jika ada ilmu, tahu untuk fungsikan Emas, boleh memanggil aset lain dan sebagai modal kembangkan bisnes.
Backup kepada simpanan jika berlaku ketidaktentuan ekonomi global. Jika hanya nak untung dari pembelian (buy low, sell high) masa singkat dalam tempoh 5 tahun, baik lupakan.
SSPN – Tujuan Pendidikan.
HARTANAH – Risiko besar, Sesuai untuk mereka yang tau nak urus dan kurangkan risiko, Keuntungan dari Short Term dan Long Term mengikut plan dan kesesuaian Hartanah. Boleh jadi income bulanan dari sewa (Short Term) dan income besar kalau refinance selepas ada peningkatan harga hartanah (Long Term) .
Kena ada Circle, kena ada Sifu yg betul sebab hartanah melibatkan HUTANG yang panjang!!!
SIMPAN DLM AKAUN BANK JE – Untuk mereka yang rajin keluarkan duit dan bershopee…
Tak kisah keuntungan 10 sen je setiap bulan.
Setiap Pelaburan ada matlamat tersendiri.
Pelbagaikan pelaburan mengikut tahap “Risk Tolerance” masing-masing dan tak semua pelaburan itu sesuai untuk sesetengah individu.