Teruskan menyimpan walaupun kecil…

yg wanita sambil menyimpan sambil MEMAKAI… yg lelaki boleh simpan emas bar Dan dinar

Aset

Aset ya… ASET bukan brg keperluan atau kehendak tapi HARTA boleh beli sikit2 BERBANDING aset tanah Dan rumah…Dan seterusnya boleh membeli aset tersebut… apa aset itu? Sudah semestinya EMAS.. Aset mampu milik..

https://people.utm.my/nizamray/2022/01/30/3680/

Apakah jangkaan untuk harga emas tahun 2022?

Berdasarkan analisis daripada Kitco, penganalisis pasaran berpendapat tahun ini kita akan menyaksikan harga emas akan naik melebihi USD2000 per OZ.

Kenaikan harga ini dijangka akan dipacu oleh dasar kewangan oleh Federal Reserved US (Fed)

Ini kerana Fed bertanggungjawab memastikan masalah inflasi yang melanda US boleh dikawal.

Sekiranya data inflasi US melebihi 5% setiap bulan maka harga emas akan menaik. Ini kerana pelabur akan mengalihkan modal mereka kepada emas dan perak.

Selain itu, pelabur juga akan memantau kesan virus covid-19 varian Omicron. Adakah Omicron mampu menjejaskan ekonomi dunia? Ini adalah salah satu faktor ketidaktentuan tahun 2022.

Apa lagi faktor yang boleh menaikkan harga emas tahun 2022?

Antaranya adalah hubungan politik diantara US vs China serta US dan Russia. Adakah berlaku perselisihan politik yang besar antara mereka tahun ini? Jika ya maka harga emas boleh naik.

Gais, ini adalah faktor-faktor fundamental yang boleh menaikkan harga emas tahun ini.

Namun untuk penyimpan / pelabur emas rakyat marhein, saya nak bagi tips untuk anda.

1. Kesabaran – ingat anda invest emas untuk jangka masa panjang.

2. Konsisten – beli secara konsisten. Pastikan gram emas anda semakin bertambah sepanjang tahun, bukan berkurang. Beli dan tunggu lebih bagus daripada tunggu harga bagus baru nak beli.

3. Pengurusan wang yang mantap – sekiranya anda target nak simpan 10% income anda dalam emas, maka bila dapat income, cepat-cepat tukarkan duit tu kepada emas dan lepas tu lupakan sahaja (forgotten saving).

Sebagai contoh. Jika dapat durian runtuh seperti bonus atau naik gaji maka saya recommend anda tukar 50% daripada durian runtuh itu ke dalam bentuk emas.

3 tips ini, jika anda ikuti betul-betul, InsyaAllah anda akan beruntung dengan emas

?

(credits: Syukor Hashim)

Simpan emas ni mudah.

Tak payah berhutang.
Tak perlu sign loan bank.
Tak ada payslip pun no hal.
Tak de komitmen paksaan.
Emas kekayaan di tangan.
.
Ada emas, biarpun lambat kaya setidak-tidaknya tidak akan jatuh miskin.

SIMPANAN DILUPAKAN

Simpanan yang paling berkesan adalah simpanan yang dipaksa dan dilupakan, bila ada dua elemen paksa dan lupa barulah simpanan tersebut boleh bertahan lama.

Ikut pengalaman yang sebelum ini bila kita simpan duit bila dapat gaji, sebelum dapat gaji seterusnya dah gatal tangan nak belanja baki yang ada dalam akaun bank.

Duit gaji dalam akaun bank memang tak selamat untuk disimpan, bank hanyalah tempat persinggahan sementara sebelum duit kita habis dibelanjakan. Adehhh.

Berbeza bila kita dah simpan emas, dapat gaji teruskan tukarkan sebahagian kepada emas dan selebihnya berbelanja macam biasa.

Hati jadi tenang untuk berbelanja bila tahu sebahagian duit dah selamat disimpan dalam bentuk emas.

Alhamdulillah duit gaji yang 5 tahun lepas sejak saya mula simpan emas masih lagi ada sampai sekarang dalam bentuk emas, satu pencapaian yang baik untuk orang yang dulunya boros berbelanja.

Satu keuntungan emas yang hanya penyimpan emas yang alami adalah rasa sayang nak jual emas simpanan, perasaan ini jarang ada bagi yang simpan duit.

Mula simpan emas bulan ini 1 gram, bulan depan dah target nak ada gram yang seterusnya. Tak sabar nak tunggu gaji yang seterusnya, sedar tak sedar bertahun simpan emas sudah ada banyak gram.

Ada emas yang dibeli dengan harga tinggi, ada yang dibeli dengan harga rendah. Bila dikira menggunakan teknik pemurataan harga, purata harga emas boleh jadi rendah.

Nak dapatkan harga emas paling rendah? Jawapannya adalah konsisten beli sahaja, gunakan kaedah “simpan dulu baru belanja” selepas dapat gaji setiap bulan.

nota: kewangan kita kukuh bila kita boleh lupakan simpanan kita.

✅
✅
✅

5 Tips Simpan Emas Tahun 2022

Tips1 : Target simpan emas 1 gram 1 bulan sebagai “forgotten saving” (simpanan untuk dilupakan).

Simpan, dan lupakan. Duit simpanan lain boleh disimpan di tempat lain seperti Tabung Haji atau ASB.

Tips2 : Setiap kali dapat gaji, terus beli 1 gram emas atau serendah 0.25gram (RM100).

Usah tunggu duit Iebih baru nak menyimpan sebab memang tak akan ada duit Iebih.

Mindset menyimpan iaitu, “simpan dulu belanja selebihnya” bukan “belanja dulu simpan selebihnya”.

Tips3 : Jangan tunggu harga terbaik.

Kalau tunggu pun selalunya tak berbaloi dengan risiko duit itu bocor. Takut-takut nanti, bila harga dah rendah, duit pula yang habis!

Tips4 : Daftar Dealer Emas Orodesign. Beli emas direct kilang.

Itu kaedah termudah dan termurah di Malaysia buat masa ini bagi sesiapa nak simpan 1 gram 1 bulan. Penjimatan harga RM15 – RM20/gram.

Tips5 : Setiap kali beli emas 1gram, masukkan dalam album simpanan emas dan catat harga setiap kali beli.

Buat begini supaya terasa aura dan keseronokkan simpan emas!

Memang “feel” akan berbeza. la mempengaruhi minda separa sedar (subconscious mind) supaya kumpul lebih banyak kepingan emas!

Dapat sesuatu?

Dinar dan dirham masa kini ditempa mengikut Piawaan Umar al-Khattab.

Setiap dinar ialah seberat 4.25 gram dengan ketulinan 22 karat (917) dan setiap dirham ialah seberat 2.975 gram perak tulin (999).

Ukuran dan timbangan ini dikawalselia oleh World Islam Mint (WIM), badan dunia pertama yang mempekenalkan semula dinar dirham pada zaman moden ini pada tahun 1992.

Simpan emas adalah satu persiapan jangka panjang kerana emas pemegang nilai yang ampuh.

Emas kalis inflasi,
Emas matawang Islam,
Emas simpanan sebenar.

Orang

??

 cipta wang kertas dan perkenalkan pada kita. Tapi mereka senyap² simpan emas.

Kita diperbodohkan oleh mereka.
Sedangkan zaman khalifah dulu matawang guna dinar dan dirham.

Buktinya…
Dulu, 1 ekor

?

 =1 dinar
Skrg, 1 ekor

?

 =1 dinar

Jadi, kalian fikir²lah dengan bijak. Mahu simpan wang kertas sebagai simpanan atau

Tukar wang kertas kepada emas

?

RAHSIA. Senyap-senyap central bank beli emas, lapor Datawatch Nikkei Asia.

Hampir semua central bank di dunia sedang tingkatkan rizab emas negara masing2. Pegangan emas di semua central bank kini mencecah 36k tons paling tinggi sejak 1990.

Antara pembelian tertinggi;-

Poland 100 Ton
Thailand 90 Ton
India 70 Ton
Brazil 60 Ton
Kazakhstan naikkan rizab emas kepada 67% rizab negara.

“Biasanya negara yang bergolak dengan US sahaja akan mengurangkan pergantungan kepada dollar seperti Russia dan China, kini banyak negara lain cuba lari dari susut nilai berterusan matawang mereka”, kata Koichiro Kamei, a financial and precious metal analyst.