Pelaburan emas

Pelaburan emas yang terbaik apabila kita simpan emas fizikal..
emas magnet kekayaan ..
emas kalis inflasi ..

Bila baru simpan emas,
Tidak boleh simpan mindset beli rendah, jual bila harga tinggi. Jadi untuk apakah tujuan menyimpan emas?
simpan duit nilai nilai semakin kecil akibat inflasi,
kekayaan akan pergi kalau kita simpan duit..

Emas adalah aset unggul yg harus kita jadikan simpanan jangka masa panjang. Jika harga tinggi sahaja hendak jual, maka tiada apa di tangan nanti.

Nak guna kecemasan, tiada apa-apa. Sebab emas dah terjual.

Fahami betul-betul ilmu emas.

ingat pelaburan emas yang terbaik adalah emas fizikal ..

 “emas the honest money “

MATLAMAT SIMPAN EMAS

EMAS bukan sekadar PELABURAN tetapi ianya adalah SIMPANAN ATAU TABUNGAN untuk kita capai matlamat kita pada masa depan.

Kenapa simpan EMAS?

Sebab EMAS mempunyai banyak kelebihan berbanding wang kertas sebagai simpanan dalam jangkamasa panjang.

EMAS adalah salah satu PORTFOLIO INVESTMENT yang terbaik semasa pandemik dan krisis.

Jika anda simpan wang kertas anda akan perasaan berapa banyak nilai duit merosot dan kuasa beli menurun dalam
20 tahun ni. Berbeza jika anda simpan EMAS. Ia mengekalkan kuasa beli dan nilainya terjamin sejak 1,400 tahun lalu.

1 Dinar boleh digunakan sebagai Mas Kahwin, 50 gram untuk deposit Rumah, simpan 10 Dinar untuk menunaikan Umrah dan sebagai Tabung Pengajian Tinggi, Dana Kecemasan serta Dana Persaraan.

Anda mesti ada matlamat jangkamasa pendek, jangkamasa sederhana dan jangkamasa panjang. Anda mesti ada azam. Ia akan memacu kita untuk capai cita-cita dan impian.

Cara paling MUJARAB bagi mengatasi duit bocor

Ramai diantara kita ni bila ada duit, godaan belanja sangat kuat. Bukan saja kalau ada duit bahkan kalau tahu akan dapat duit (contoh bonus tahunan) pun, kita dah fikir nak belanja macam-macam.

Waktu tu semuanya kita akan rasa PERLU. Padahal sebelumnya, tak rasa perlu pun. Ada je alasan kenapa perlu beli. Pandai saja otak kita ni kan

?

Kalau berterusan macam ini memang alamatnya susahlah kita nak bina kekayaan sebabnya dapat duit pikir belanja habis.

Kita perlu cari solusi agar duit yang kita dapat itu tak bocor macam tu saja. Penat bekerja untuk duit tapi duit habis tak tahu ke mana.

Dari pengalaman saya sendiri, kalau simpan duit dalam akaun bank, biasanya risiko duit itu nak bocor adalah BESAR. Sebab ramai antara kita tak boleh tengok duit terkumpul banyak.

Nombor RM akan selalu ganggu emosi di kepala menyuruh belanja.

Cara paling MUJARAB bagi mengatasi duit bocor adalah dengan mengalihkan (tukar) sebahagiannya kepada bentuk EMAS.

Kenapa tukar kepada EMAS?

Sebab EMAS tu cantik dan fitrah manusia yang Tuhan bagi kepada manusia adalah suka kepada EMAS.

Bila ada duit akan rasa nak belanja, tapi bila ada EMAS akan rasa nak simpan. Dan itulah “feedback” yang selalu diterima dari pengalaman penyimpan EMAS.

Rasa sayang yang kuat kepada EMAS membuatkan duit simpanan (EMAS) bertahan lebih lama (tak bocor). Sesak macam mana sekali pun EMAS adalah pilihan terakhir sebelum jual atau pajak untuk dapatkan duit.

Inilah cara terbaik untuk menghilangkan nombor-nombor RM dari kepala kita. Nombor-nombor ni sangat menggoda EMOSI kita suruh belanja habis.

Akhirnya kita juga yang merana…

Walaupun kewangan itu soal MATEMATIK, tapi selalunya kita dikalahkan dengan EMOSI kita sendiri.

Indahnya logam syurga

?

Salah satu tips untuk pastikan simpanan emas sentiasa bertambah ialah sentiasa tengok emas tu.

Kalau ada dalam simpanan sendiri, pegang dan tengok emas tu selalu.

Lagi besar item yang kita pegang, lagi kuat auranya, dan lagi cepat simpanan emas kita bertambah. InsyaAllah.

Itulah pengalaman kebanyakkan penyimpan emas. Auranya lain macam…

Tapi kalau simpan duit dalam akaun bank, jangan guna teknik ini. Nanti lagi cepat duit itu lesap dibelanjakan!

Dapat sesuatu…?

?

#asetemas
#EmasHargaKilang
#Orodesign
#DEALER

Info Emas

Ini satu cara mudah untuk kita faham kenapa simpan duit di bank sikit sikit lama lama masih sikit.

?

1999: RM1 juta

➡️

 25 kilo emas
2010: RM1 juta

➡️

 7 kilo emas
2015: RM1 juta

➡️

 6 kilo emas
2020: RM1 juta

➡️

 4 kilo emas
2022: RM1 juta

➡️

 3.5 kilo emas

Jika DUIT, nilai RM yang sama, kuasa belinya makin lama makin kecil sebab dimakan inflasi.

Jika EMAS, berat yang sama, kuasa belinya makin lama masih sama bahkan boleh makin meningkat.

Kesimpulan:
Simpan duit banyak banyak

❌

Simpan emas

✅

Takutlah duit anda makin lama makin susut

❗️

Begituuuulah

?

#IlmuEmas
#InfoEmas

EMAS ADALAH WANG SEBENAR.

Asalnya, emas digunakan secara turun temurun sebagai alat pertukaran atau matawang. Tradisi ini telah bermula berkurun lamanya sebelum Islam dan diteruskan pada zaman Nabi Muhammad SAW dan beberapa generasi selepas itu.

Di era keagungan Khilafah Islamiyyah, wang emas dikenali sebagai dinar manakala wang perak dikenali sebagai dirham. Dari sudut berat dan nilai, ia kekal sehingga ke hari ini.

Sebagai contoh, seekor kambing pada zaman Baginda SAW berharga 1 dinar. Manakala harga 1 dinar pada hari ini ialah sekitar RM1200. Itulah juga harga seekor kambing yang bersaiz sederhana sekarang!

Apabila wang fiat (kertas yang dicetak nombor dan dipakaikan nilai) diperkenalkan, ia masih lagi bersandarkan emas. Ini bermakna, wang kertas tersebut bertindak sebagai voucher yang mewakili jumlah emas yang dimiliki dan disimpan oleh pemiliknya.

Lewat kurun ke 19, majoriti matawang negara di dunia diikat dengan nilai emas mengikut kiraan ounce. Ia tertakluk kepada “Standard Emas”.

Akhirnya pada bulan Ogos 1971, Presiden Amerika Syarikat ketika itu mengumumkan bahawa Amerika Syarikat akan memutuskan hubungan Dollarnya dengan nilai emas fizikal bukan sahaja di negara tersebut tetapi juga di negara-negara lain seluruh dunia.

Kesannya, wang kertas bebas dicetak berdasarkan permintaan. Emas pula boleh diniagakan dalam pasaran terbuka secara bebas. Inilah sebenarnya menyerlahkan lagi kehebatan emas dibandingkan dengan wang kertas apabila ia kekal utuh sebagai penyimpan nilai.

Bagi sesiapa yang tahu sejarah emas dan wang kertas akan tahu betapa tidak selamatnya bergantung harap kepada wang kertas tanpa ada sandaran kepada aset seperti emas.

Dan rahsia yang lebih besar lagi, negara-negara kuasa besar ekonomi seperti Amerika Syarikat yang sentiasa mempromosikan penggunaan wang kertas rupanya-rupanya adalah penyimpan emas fizikal paling besar di dunia.

Emas tersebutlah yang akan menjadi penyelamat dan insuran kepada negara jika dilanda malapetaka ekonomi seperti krisis kewangan dan sebagainya.

TUTUP KEBOCORAN SIMPANAN

Kalau simpan RM500 sebulan, tapi lepas 10 bulan tak ada RM5,000 dalam akaun, selalunya ada 2 sahaja puncanya. Samada salah buat bajet atau kaedah menyimpan tak berkesan, senang bocor.

Bagi yang nak tutup kebocoran simpanan, salah satu cara berkesan ialah alihkan sebahagian simpanan dalam bentuk emas. Dari RM500 tu, tarik dalam RM300 untuk beli emas #1gram1bulan

Kalau ikutkan pengalaman ramai penyimpan emas, lepas 10 bulan, confirm ada 10 gram dalam simpanan, insyaAllah.

????????? ?????? ??????? ? ????.

1️⃣

 BERNILAI & CANTIK
Selain sebab emas yang bernilai, goldbar 1 gram ini hadir dengan pelbagai motif dan corak yang menarik.
2 dalam 1 , sebagai simpanan kalis inflasi dan sebagai hobi yang bermanfaat

?

.

2️⃣

 SENANG UNTUK KIRA
Jika menyimpan gold bar 1 gram setiap bulan, maka setahun dapat menyimpan 12g.

Tetapi berdasarkan pengalaman, ramai yang bulan pertama lagi sudah tersalah kira

?

. Target sebulan segram, tapi terbeli bergram-gram kerana simpan emas ini ketagih untuk kumpul. Tak sama simpan duit yang ketagih untuk belanja.

3️⃣

 SENANG DICAIRKAN @ DIFUNGSIKAN
Sebab kecil. Tak perlu potong-potong. Boleh dijual satu-satu. Contoh bila nak guna untuk waktu kecemasan. Jual la 1g @ 2g ni .

4️⃣

 BUDGET TIDAK LARI / MAMPU MILIK
Nama pun emas, jika harga barang naik, harga per gram emas pun akan naik juga, jadi kuasa beli gram emas dapat dikekalkan. Tak perlu pening cari duit extra untuk cover belanja tak cukup .

Jangan bertangguh ya rakan-rakan, untuk mulakan simpanan emas ini.
Sekecil 1g & 0.5g pun dah boleh mula simpan emas gold bar, gold coin.

Target simpan 1 gram 1 bulan dulu. Nanti ketagihan untuk menyimpan emas akan datang sendiri

?

 .

#DealerEmasKilang
#SimpananBernilaiSepanjangZaman

Duit Antarabangsa(WORLDWIDE CURRENCY)

Jika kita merujuk kepada sejarah zaman peperangan antara Vietnam dan Amerika dahulu, ramai penduduk Vietnam melarikan diri ke negara lain.

Harta-harta mereka kebanyakkannya ditukar kepada kepingan emas yang dinamakan “Kim Thant”. Emas Kim Thant itu bentuknya nipis dan boleh disorokkan dalam jahitan baju.

Orang tidak tahu yang mana mereka membawa kepingan emas. Itulah harta mereka ketika berada di negara orang dan ia dijadikan alat untuk membina semula kehidupan ditempat baru.

Kalau kita lihat pada sejarah Vietnam ini, waktu gawat, emas adalah yang paling berguna. Waktu itu duit tidak lagi berguna untuk dijadikan sebagai alat untuk membina kehidupan di negara orang. Kalau mereka bawa duit negara asal mereka pasti tidak laku ketika itu.

Altenatif – Bawa Emas Bukan Duit

Daripada kisah pelarian Vietnam ini, ada satu perkara yang boleh kita belajar daripadanya iaitu emas adalah duit antarabangsa.

Selain kita tukar duit sebelum keluar negara, kita juga boleh bawa emas bersama. Emas boleh dijual di negara luar yang kita pergi sekiranya kita ada masalah kewangan.

Kenapa saya kata bawa emas bukan duit?

Kalau duit “US Dollar” pun ada sesetengah tempat atau negara tidak menerimanya, apatah lagi kalau duit ringgit Malaysia. Ia tidak laku diluar negara. Kalau emas, ia laku seluruh dunia.

Had emas yang boleh dibawa keluar negara mengikut undang-undang Jabatan Kastam Malaysia adalah TIADA HAD tapi kalau nak bawa keluar duit ringgit Malaysia keluar negara, hadnya bersamaan dengan USD10,000. Kalau lebih perlu diisytihar dan mendapat kebenaran daripada Bank Negara Malaysia (BNM).

Sememangnya dalam sejarah manusia, sudah beratus tahun emas dijadikan matawang antarabangsa. Ia altenatif terbaik selain bawa duit tunai.

Bahkan ada kemungkinan kita dapat jimat kos tukar duit ringgit kepada matawang asing (elak spread).

Cuma sebelum bawa emas keluar negara, kita kena semak dulu polisi negara yang nak kita lawati. Sebab ada sesetengah negara meletakkan had membawa emas masuk ke negara mereka dan dikenakan cukai.

Ada perkara penting yang perlu kita tahu, emas adalah aset yang diterima diseluruh dunia. Kita boleh beli emas dimana-mana tempat dan jual semula dimana-mana tempat yang kita inginkan.

Ia bukan seperti duit kertas atau aset pelaburan lain. Bahkan kalau matawang dunia seperti US Dollar sendiri pun tidak diterima di sesetengah tempat.

Tapi ia tidak terjadi kepada emas, kerana nilai emas berdiri dengan sendirinya tanpa perlu jaminan daripada mana-mana pihak.

Asalkan ia emas dan tulen, tak ada apa yang perlu kita risaukan kalau ingin jual semula. Nilai emas dijamin oleh berat dan ketulenannya saja.

Itulah kehebatan logam emas yang dicipta oleh Allah SWT untuk umatnya.

Bila dah mula..

Perkara yang paling sukar nak buat simpanan emas adalah untuk melepasi garisan MULA.

Bila dah mula, tarikan emas akan membuatkan penyimpan nya nak tambah dan tambah. Secara tak langsung, simpanan bertambah secara tak sedar.

Semoga bermanfaat