Hebatnya sabar, 90 kali disebut dalam al-Quran! Allah sediakan mahligai bawahnya mengalir air sungai

Sungguh besar sabar itu didalam Islam sehingga didalam Al-Quran disebut perkataan sabar sebanyak 90 kali.
SABAR merupakan perkataan yang sering kita dengar dalam kehidupan seharian, akan tetapi tahukah kita bahawa ia adalah perkataan yang mudah diungkap tetapi susah untuk dilaksanakan melainkan mereka yang benar-benar mempraktikkan nilai kesabaran dalam diri masing-masing.

Sabar membawa maksud menahan atau meninggalkan. Setiap orang tidak terlepas daripada nikmat dan cubaan dalam kehidupan mereka.

Maka kesabaran dalam sesuatu perkara perlulah dititikberatkan supaya pekerjaan yang dilakukan mendapat hasil yang diingini.

Mana mungkin seseorang yang ingin berjaya dalam perniagaan, kehidupan rumah tangga mahupun pelajaran tidak akan mendapat hasil yang baik jika tidak mempunyai sifat sabar.

Sifat sabar merupakan satu sifat yang cukup hebat sehinggakan Allah menyebutnya dalam Al-Quran dalam banyak tempat, tetapi yang paling hebat apabila Allah menyebut didalam Surah Al-Baqarah ayat 153 yang maksudnya; Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.

Ya… Sabar merupakan sifat yang akan mendekatkan diri kita dengan Allah. Sabar juga merupakan kekuatan bagi jiwa orang mukmin.

Terdapat beberapa jenis sabar yang perlu kita ambil perhatian dalam menjadikan kita seorang Muslim yang baik. 

Sabda baginda Rasulullah di dalam satu hadis maksudnya; Iman itu dua bahagian; satu bahagian sabar dan satu bahagian lagi adalah syukur – [HR Baihaqi:9264].

Sungguh besar sabar itu dalam Islam sehingga di dalam Al-Quran disebut perkataan sabar sebanyak 90 kali.

Jenis kesabaran

1. Sabar dalam ketaatan kepada Allah

Ketaatan kepada Allah merupakan perkara yang wajib diikuti oleh semua manusia. Ia merupakan perintah Allah kepada kita. Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 21, ertinya: Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertakwa.

Sabar dalam mentaati Allah merupakan sabar yang penuh dengan dugaan, ini kerana sudah menjadi tabiat manusia yang tidak suka dikongkong dengan mana-mana peraturan kehidupan. Manusia suka akan kebebasan dan suka kepada benda-benda yang menghiburkan.

Sabar dalam mentaati Allah lebih sempurna daripada sabar menjauhkan diri daripada perkara-perkara maksiat. Sesungguhnya kebaikan dalam melakukan ketaatan lebih dituntut oleh syarak daripada kebaikan meninggalkan maksiat.

Ini kerana manusia yang mentaati Allah bersungguh-sungguh dengan sendirinya akan menjauhkan diri daripada maksiat kepada Allah.

Firman Allah didalam Surah Maryam ayat yang ke 65, ertinya: Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, oleh itu, sembahlah Dia (Allah) dan bersabarlah dengan tekun dan tetap dalam beribadah kepadaNya.

Sabar dalam ketaatan kepada Allah pula kata ulama terbahagi kepada tiga:

I. Sabar sebelum daripada melakukan ketaatan dengan membetulkan niat yang ikhlas kerana Allah dan menjauhi daripada unsur-unsur riyak.

Firman Allah didalam Surah Al-Hud ayat yang ke 11, ertinya; Kecuali orang-orang yang sabar dan mengerjakan amal soleh maka mereka itu akan beroleh keampunan dan pahala yang besar.

Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, oleh itu, sembahlah Dia (Allah) dan bersabarlah dengan tekun dan tetap dalam beribadah kepadaNya. 

SURAH MARYAM, AYAT KE 65

Dalam ayat ini Allah mendahulukan kesabaran daripada amalan itu sendiri yang membawa erti setiap amalan yang hendak dikerjakan. Maka kita perlulah bermula daripada kesabaran dengan membetulkan niat yang ikhlas supaya setiap apa yang dibuat akan mendapat keredaan Allah.

II. Sabar dalam keadaan sedang mengerjakan sesuatu ketaatan supaya tidak lalai, tidak malas dan tidak khusyuk. Maka kita akan melaksanakan segala tuntutan seperti mana yang diajarkan dan diterangkan oleh baginda Rasulullah.

Firman Allah didalam Surah Al-Ankabut ayat yang ke 58 dan 59, ertinya; (ayat 58) Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan tempatkan mereka dalam mahligai-mahligai di syurga yang mengalir di bawahnya beberapa batang sungai, mereka kekal didalamnya. Demikianlah balasan yang sebaik-baiknya bagi orang-orang yang beramal soleh. (59) (iaitu) mereka yang sabar dan mereka yang berserah diri bulat-bulat kepada Tuhannya.

III. Sabar selepas daripada beramal: Iaitu janganlah melihat diri sendiri dengan pandangan yang ujub (bangga dengan diri sendiri) supaya setiap amalan yang dikerjakan tidak menjadi sia-sia.

2. Sabar dalam meninggalkan maksiat dan perkara-perkara haram

Sesungguhnya Allah menjadikan sesuatu sebagai ujian untuk menilai keimanan seseorang itu terhadapNya. Firman Allah didalam Surah Al-Anbiya’ ayat yang ke 35, ertinya; Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.

Manusia memerlukan kesabaran dalam menjalani kehidupan yang sementara di dunia dan sabar daripada melayan nafsu yang membinasakan.

Allah menjelaskan kepada kita bahawa setiap apa yang ada pada orang yang tidak beriman dan melakukan maksiat bukan bererti mereka mendapat nikmat, akan tetapi ia adalah satu bala yang mana ramai manusia tidak mengetahuinya.

Kehilangan orang yang dikasihi  antara dugaan diberikan Allah namun kita hendaklah bersabar menempuhnya. Gambar hiasan.

Contoh-contoh yang jelas dalam Al-Quran seperti Firaun yang mempunyai kekuasaan dan kekayaan tetapi Allah melaknat akan dia disebabkan ketidakimanan kepada Allah. Begitu juga dengan Qarun yang mempunyai harta yang cukup banyak tetapi harta itu tadi merupakan malapetaka baginya.

3. Sabar dalam sesuatu ujian dan ketentuan Allah yang menyakitkan

Tidak ada seseorang yang terlepas daripada kesakitan badan, kesakitan jiwa, kerugian harta benda dan kehilangan orang yang dikasihi.

Ujian ini datang tidak kira baik atau jahat, mukmin atau kafir tetapi yang membezakannya adalah bagaimana orang mukmin menghadapi setiap musibah itu dengan keredaan dan ketenangan kerana mereka yakin ia adalah ujian Allah untuk menguji hamba-hambanya.

Ia juga perlu dilihat sebagai satu tangga untuk meningkatkan keimanan. Firman Allah didalam Surah Al-Baqarah ayat 155, ertinya; Dan sungguh akan Kami berikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.

Setiap ujian manusia itu berbeza diantara satu sama lain maka dengan kita bersabar dan yakin kepada Allah, ia akan menjadikan seorang hamba itu lebih reda menangani setiap masalah yang dihadapi.

Sabda baginda Rasulullah didalam sebuah hadis, ertinya; Daripada Syuhaibin telah berkata, telah bersabda baginda Rasulullah: “Sungguh ajaib urusan orang mukmin, semua urusannya adalah baik, dan tidak ada seperti itu melainkan mukmin sahaja. Jika ditimpa kesenangan ia akan bersyukur, maka itu baik baginya. Jika ditimpa kesusahan pula ia bersabar maka itu baik juga untuknya – [HR Muslim:2999].

Sungguh besar pengorbanan mu Rasulullah untuk membawa umat Islam ke syurga

بسم الله الرحمن الرحيم

ISLAM merupakan agama yang menjaga manusia daripada semua aspek kehidupan. Islam juga datang untuk membawa kemaslahatan bagi sekalian alam.

Maka tidak timbul isu bahawa Islam merupakan agama yang diturunkan hanya kepada orang-orang Arab ataupun sekumpulan manusia sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Hebatnya sabar, 90 kali disebut dalam al-Quran! Allah sediakan mahligai bawahnya mengalir air sungai

Ini kerana, Islam datang untuk membawa rahmat kesejahteraan kepada semua bangsa dan agama. Ini dibuktikan dalam firman Allah dalam Surah Al-Anbiya’ ayat 107: Ertinya: Dan tiadalah Kami mengutuskan Engkau (Wahai Muhammad), melainkan untuk membawa rahmat bagi sekalian alam.

Definasi rahmat dalam Islam

Perkataan rahmat ini sebenarnya berasal daripada perkataan Arab iaitu (رحمة). Jika kita lihat kamus dewan mengenai perkataan rahmat, ia didefinisikan sebagai belas kasihan, kurnia, bahagia dan hikmah.

Terjemahan rahmat daripada sudut bahasa arab pula tidak jauh bezanya dengan makna dalam bahasa Melayu. Dari sudut istilah pula ia adalah satu sifat yang menghubungkan kebaikan dan kemaslahatan kepada hambaNya.

Ini kerana, sesiapa yang inginkan kebaikan maka ia akan dapatinya dalam agama Islam dan sesiapa yang meninggalkan agama Islam maka ia telah membuangnya.

Islam sebagai rahmat buat sekalian alam telah direalisasikan oleh Rasulullah sendiri dalam kehidupan baginda.

Sesungguhnya sifat Ar-Rahman adalah hak milik Allah dan Maha Pemurahnya Allah itu, maka Allah telah mengurniakan kalimah rahman kepada hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh.

Firman Allah lagi didalam Surah Al-A’raf ayat 52:Ertinya: Dan sesungguhnya Kami telah datangkan kepada mereka, sebuah Kitab (Al-Quran) yang Kami telah menjelaskannya satu persatu berdasarkan pengetahuan (Kami yang meliputi segala-galanya), untuk menjadi hidayah petunjuk dan rahmat, bagi orang-orang yang (mahu) beriman.

Di dalam hadis Nabi SAW pula, baginda dengan jelas menyatakan bahawa Allah menurunkan rahmat ke bumi seperti mana hadis berikut: Maksudnya: Allah menjadikan rahmat (kasih sayang) seratus bahagian, maka dipeganglah disisiNya sembilan puluh sembilan bahagian dan diturunkanNya satu bahagian ke bumi. Dari yang satu bahagian inilah seluruh makhluk berkasih sayang sesamanya, sehingga seekor kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak olehnya.

Rasulullah pembawa rahmat

Menurut Ibnu Abbas dalam Tafsir Ibnu Kathir, Allah mengutus Nabi Muhammad SAW sebagai rahmat buat seluruh manusia, baik mukmin mahupun kafir. Rahmat bagi orang mukmin iaitu Allah memberinya petunjuk dengan sebab diutusnya Rasulullah SAW.

Baginda penyebab dimasukkan orang-orang beriman ke dalam syurga dengan iman dan amal mereka terhadap ajaran Allah.

Sedangkan rahmat bagi orang kafir berupa tidak disegerakannya bencana yang menimpa umat-umat terdahulu yang mengingkari ajaran Allah.

Al-Quran juga menegaskan bahawa rahmat Tuhan meliputi segala perkara.

Al-Quran juga menegaskan bahawa rahmat Tuhan meliputi segala perkara. Firman Allah didalam Surah Al-A’raf ayat ke 156.

Ertinya: Dan rahmat-Ku meliputi segala sesuatu, maka akan aku tetapkan rahmat-Ku untuk orang-orang yang bertaqwa, menunaikan zakat, dan orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat kami, – (QS Al-A’raf:156).

Ibn Qayyim menyatakan bahawa kasih sayang itu adalah sifat memberikan manfaat kepada orang lain juga sifat bersusah payah demi memberikan kemudahan kepada manusia serta makhluk alam lain atau menjauhkannya daripada bencana.

Menurut  Muhammad bin Ahmad al-Qurtubi dalam Tafsir al-Qurtubi ketika mengulas Rahmatan Lil alamin memetik kata-kata Said bin Jubair daripada Ibnu Abbas, beliau berkata: Muhammad SAW adalah rahmat bagi seluruh manusia. Bagi yang beriman dan membenarkan ajaran beliau, akan mendapat kebahagiaan. Bagi yang tidak beriman kepada beliau, diselamatkan dari bencana yang menimpa umat terdahulu berupa ditenggelamkan ke dalam bumi atau ditenggelamkan dengan air.

Hal ini diungkapkan sendiri oleh Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang disampaikan oleh Salman yang menyebutkan: Sesungguhnya aku diutuskan adalah menjadi rahmat buat sekalian alam. – [Sunan Abu Daud No 7/54].

Islam sebagai rahmat buat sekalian alam telah direalisasikan oleh Rasulullah sendiri dalam kehidupan baginda. Ini diterjemahkan sendiri oleh baginda Rasulullah SAW melalui komunikasi harian baginda terhadap mereka yang berada disekelilingnya.

Antara contoh-contoh bahawa Rasulullah SAW pembawa rahmat ialah:

Wanita diletakkan dalam kedudukan tertinggi dalam Islam.

1. Rahmat terhadap wanita

Sebelum kedatangan Islam, wanita dan anak-anak perempuan adalah golongan manusia yang tidak bernilai pada sesebuah masyarakat melainkan sebagai tempat melepaskan nafsu lelaki dan berkhidmat kepada lelaki sahaja.

Mereka tidak berhak mendapat harta pusaka dan tidak diberikan peluang mendapat pendidikan. Wanita juga tidak diberikan peluang memilih bakal suaminya, bahkan terpaksa menerima siapa sahaja lelaki yang ditentukan keluarganya.

Dengan kedatangan Islam kedudukan wanita adalah sama taraf dengan lelaki dari segi hak-hak keduniaan seperti harta pusaka dan pemilikan harta.

Jika ada perbezaan sedikit pun seperti dalam hukum pewarisan harta pusaka, ia disebabkan kaum lelaki diwajibkan menanggung dan melindungi wanita yang kehilangan bapa atau suami.

Islam juga memberikan wanita hak untuk memilih pasangan dan berhak meminta difasakhkan jika walinya memaksanya berkahwin dengan seseorang yang tidak disukainya.

Aisyah RA meriwayatkan bahawa seorang wanita dengan dua orang anak perempuan datang kepadanya meminta bantuan makanan.

Beliau tidak memiliki makanan melainkan sebiji kurma, lalu beliau memberikannya kepada wanita itu. Wanita itu membahagikan kurma itu kepada dua anaknya. Setelah anaknya makan, wanita itu bangun dan beredar pergi.

Apabila Rasulllah SAW sampai ke rumahnya, Aisyah menceritakan hal itu kepada baginda lalu baginda bersabda: Sesiapa yang menjaga anak-anak perempuan itu dan berbuat ihsan kepada mereka, mereka itu adalah pelindung daripada api neraka. – [HR Bukhari no: 5536].

Mendidik anak-anak menerusi kasih sayang dan ciuman. Allah tidak akan menyayangi sesiapa yang tidak menyayangi manusia lain.

2. Rahmat terhadap kanak-kanak

Rasulullah SAW mengajar kita berakhlak mulia walau dengan sesiapapun. Antara akhlak mulia ialah mengucapkan salam apabila bertemu dengan orang Islam walaupun kepada kanak-kanak kecil sebagai tanda sifat rendah hati dan menghormati serta menyayangi kanak-kanak kecil.

Daripada Aisyah RA dia berkata: Sekelompok orang Badwi datang menemui Rasulullah SAW, mereka berkata; Apakah kalian mencium anak-anak kalian? Para sahabat menjawab, Ya. Maka orang-orang Arab Badwi itu berkata; Demi Allah, kami tidak pernah melakukannya.

Maka Nabi SAW bersabda: Aku memiliki apa yang telah Allah hilangkan dari sikap kasih sayang kalian. – [HR Sunan Ibnu Majah No: 3655].

Menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mengasihi dan menyayangi anak mereka. Mendidik anak-anak menerusi kasih sayang dan ciuman. Allah tidak akan menyayangi sesiapa yang tidak menyayangi manusia lain.

Sabda Nabi SAW: Daripada Jarir bin Abdullah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Allah tidak akan menyayangi sesiapa yang tidak menyayangi manusia. – [HR Sahih Bukhari  No: 6828].

Sebagai anak kita perlu menghormati ibu bapa serta orang yang lebih tua.

3. Rahmat terhadap orang tua

Sabda baginda Rasulullah SAW: Daripada Ibnu Abbas RA ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: Bukanlah termasuk golongan kami, mereka yang tidak mengasihi anak-anak kecil kami dan tidak pula menghormati orang tua kami, serta tidak menyuruh kepada yang makruf (kebaikan) dan melarang daripada yang munkar (keburukan) – [Sunan Tirmizi No: 1921].

Orang yang tidak mengasihi anak-anak kecil dan menghormati orang tua, mereka tidak mengikuti sunah Rasulullah SAW dan adab seorang Muslim. Menghormati orang tua atau orang yang lebih tua daripada kita termasuk sunnah Nabi.

Kasih sayang bukan sahaja ditunjukkan sesama manusia tetapi juga kepada haiwan seperti kucing. 

4. Rahmat terhadap haiwan

Sabda Rasulullah SAW: Daripada Ibnu Umar dari Nabi SAW baginda bersabda: Seorang wanita memasuki neraka kerana dia mengikat seekor kucing, tidak memberi makan kepadanya dan tidak melepaskannya mencari makan dari sisa buangan. – [HR Sahih Bukhari No: 3318].

Balasan syurga juga berkait rapat antara amalan peribadi seperti solat, puasa, zakat, baca al-Quran dan lain-lain.

Seseorang yang menjaga amalan juga boleh masuk ke dalam neraka kerana tidak menjaga amal baik sesama makhluk lain seperti binatang dengan menyeksa mereka tanpa memberi makan minum kepada binatang peliharaan ataupun memukul tanpa belas kasihan.

Ini adalah antara kasih sayang Nabi SAW yang perlu kita contohi dan ikuti supaya negara kita sentiasa aman dan damai. Kami rindu kamu ya Rasulullah.

Jika ada 4 tanda ini… Benarlah anda orang yang mencintai Rasulullah

Mencintai Rasulullah merupakan kewajipan bagi setiap muslim dan semuanya mengaku ingin mencintainya.
SESEORANG yang hamil boleh diketahui akan kehamilannya dengan melihat tanda-tanda seperti muntah, mual, mengidam dan sebagainya.

Begitu juga seorang yang menghidap sakit jantung, antara tandanya ialah kebas tangan dan juga lengan secara berpanjangan, rasa tidak selesa pada dada, rasa keletihan sepanjang masa dan lain-lain lagi. Kesemua ini merupakan petanda bagi sesuatu perkara.

Begitu juga apabila kita mengatakan cinta kepada baginda Rasulullah. Apakah tanda dan bukti bahawa kita mencintai Rasulullah kerana mencintai Rasulullah merupakan kewajipan bagi setiap muslim. Boleh dikatakan semua orang Islam mengaku ingin mencintainya, namun tidak semua pengakuan itu benar dan tidak semua keinginan itu baik.

Oleh kerana itu diperlukan bukti dan tanda yang dapat dijadikan dalil kebenaran pengakuan cinta terhadap Rasulullah. Ini kerana apabila pengakuan tidak dibuktikan dengan dalil yang nyata, maka tentulah banyak orang membuat kerosakan dan kekacauan dengan pengakuan-pengakuan dusta.

Maka wajib atas setiap muslim mengetahui bukti dan tanda kecintaan kepada Rasulullah dan mengamalkan serta merealisasikannya dalam kehidupan seharian mereka.

Jadi, bukti dan tanda-tanda tersebut menunjukkan kecintaannya yang hakiki, semakin banyak memiliki bukti dan tanda tersebut maka semakin tinggi dan sempurna kecintaannya kepada Rasulullah.

Antara yang disebutkan oleh para alim ulama mengenai bukti kecintaan kepada baginda Rasulullah ialah:

Apabila diizinkan Allah untuk berjumpa dengan baginda Rasulullah mungkin tidak ada perkataan yang akan terkeluar dari mulut kita kecuali linangan air mata kegembiraan.

1. Sentiasa ingin bertemu dan berjumpa dengan baginda Rasulullah

Ini berdasarkan dalam sebuah hadis nabi: Sabda baginda Rasulullah: “Demi Dzat yang jiwa Muhammad ada dalam genggamanNya, sungguh akan datang suatu masa, di mana seseorang tidak akan melihatku lagi, kemudian jika seandainya dia mahu melihatku, maka hal itu lebih ia cintai dari pada keluarga dan hartanya” – (HR muslim 2364).

Ini dibuktikan dengan kita melakukan ibadah Haji dan Umrah. Tidak akan rasa lengkap apabila ke Tanah Haram, melainkan kita akan menziarahi Masjid Nabawi dan akan menziarahi makam Rasulullah. Walaupun dengan kesesakan lautan manusia tetapi bukti kecintaan kita kepada baginda Rasulullah tidak ada tolak bandingnya.

Setiap dari kita ingin berjumpa junjungan besar baginda Rasulullah walaupun seketika. Dan apabila diizinkan Allah untuk berjumpa dengan baginda Rasulullah mungkin tidak ada perkataan yang akan terkeluar dari mulut kita kecuali linangan air mata kegembiraan. Begitu hebat baginda Rasulullah di hati kita.

Kita sanggup mengeluarkan belanja yang banyak, sehingga ada yang menjual barang kemas, mengadai tanah ataupun rumah semata-mata untuk ke tanah suci. Kita juga sanggup untuk meninggalkan keluarga beberapa hari dengan tujuan untuk membuktikan bahawasanya kita sangat mencintai baginda Rasulullah.

Sebahagian generasi muda yang menyertai perarakan bersempena Maulidur Rasul baru-baru ini.

2. Mengamalkan sunnah baginda Rasulullah

Mencontohi, mengikuti Rasulullah dan berjalan di atas manhaj Baginda serta berpegang teguh dan mengamalkan seluruh perkataan dan perbuatan Baginda, adalah bukti kuat bahawa seseorang itu cintakan Rasulullah.

Bahkan orang yang benar-benar mencintai Rasulullah adalah orang yang mengikuti Rasulullah SAW secara zahir dan batin serta selalu menyesuaikan perkataan dan perbuatannya dengan sunnah Rasulullah.

Orang yang mencintai Rasulullah adalah orang yang bersemangat, berpegang teguh dan menghidupkan ajaran Baginda.

Ia dizahirkan dengan mengamalkan sunnahnya, melaksanakan perintahnya dan menjauhi larangannya dalam perkataan dan perbuatan serta mendahulukan itu semua daripada hawa nafsu dan kelazatannya sebagaimana firman Allah didalam Surah At-Taubah ayat 24:

Katakanlah: “Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluarga dan harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.”

Ramai di antara kita yang sudah mula meninggalkan sunnah baginda Rasulullah dan mengikut gaya barat dan menjadikan mereka sebagai ikutan sehinggakan kita melupai sunnah baginda.

Menghidupkan sunnah dan mengikuti Rasulullah dalam setiap langkah kehidupannya adalah bukti kecintaan kepada Rasulullah sebagaimana juga menjadi bukti kecintaan kepada Allah. Allah berfirman didalam Surah Al-Imran ayat 31:

Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepada Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.

3. Sentiasa berselawat kepada baginda Rasulullah

Mereka yang cinta dan sayang akan sentiasa menjadi sebutan dan ingatan. Jika seseorang yang mengasihi isterinya maka ia akan sentiasa memuji-muji dan begitu juga si isteri jika ia sayang kepada suaminya ia akan sentiasa menyebut-yebutnya.

Firman Allah didalam Surah Al-Ahzab ayat 56: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepada Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.”

Jika Allah dan para malaikat sentiasa mengigati Rasulullah, kita sebagai umat baginda seharusnya sentiasa mengigati baginda yang telah banyak bekorban untuk menyampaikan risalah Islam dengan pelbagai rintangan, dugaan dan cabaran sehingga sanggup mengorbankan nyawa demi untuk menegakkan kalimah tauhid.

Ulama menyatakan faedah yang boleh didapati dari Selawat ke atas Nabi ialah: Seorang ketika banyak menyebut kekasihnya, mengingatinya dihati, mengingati kebaikan-kebaikan dan perkara-perkara yang boleh melahirkan perasaan cinta kepadanya maka semakin berlipat ganda kecintaannya kepada kekasihnya tersebut dan bertambah rindu kepadanya.

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepada Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.

SURAH AL-AHZAB (AYAT 56)

Apabila dia tidak menyebutnya sama sekali, tidak mengingatinya dan kebaikannya, maka akan berkurangan rasa cinta dihatinya.

Apabila keadaan ini kuat dihatinya maka lisannya terus memuji dan menyebut kebaikan-kebaikannya. Bertambah dan berkurangnya keadaan ini sesuai dengan perasaan cinta dihatinya dan anggota menjadi saksi kebenaran itu dengan mengamalkannya.

Semoga dengan kita mengetahui tanda-tanda orang yang mencintai Rasulullah akan menambahkan lagi kasih sayang kita dan juga kerinduan kepada junjungan besar baginda Rasulullah dan tidak akan sesekali cinta kita kepada baginda Rasulullah terpadam sehingga akhir hayat.

Hayatilah kisah baginda Rasulullah dan ceritakanlah kepada ahli keluarga supaya setiap kita mengikuti sifat keperibadian baginda Rasulullah.

Kata para alim ulama’ sekalipun Baginda tidak diberikan mukjizat oleh Allah, sifat dan akhlak baginda Rasulullah tetap menyebabkan orang akan tertarik dan terpikat kepadanya.

Nabi sudah lama pesan, 6 penyakit akan menimpa umat akhir zaman!

PADA akhir zaman ini terdapat penindasan berlaku di mana-mana sahaja termasuklah sesama umat Islam sendiri kerana sifat tamak dalam diri manusia.Jutaan saudara kita ditindas dengan pelbagai cara seperti wanita dirogol dan dibunuh dan kanak-kanak dibunuh, tanah dan rumah mereka dirampas, dibakar, dihalau dari kampung halaman, hatta dihalau dari negara asal masing-masing.

Kita dapat lihat keadaan ini berlaku di merata dunia seperti kepada umat Islam Rohingya di Myanmar, penduduk asal Islam di Palestin, Ahli Sunnah di Syria, bangsa Islam Ughyur di China, bangsa Moro Islam di Selatan Filipina, penduduk Islam di selatan Thai, muslim di Bosnia dan muslim di Iraq.

Kalau kita teliti beberapa hadis Nabi Muhammad SAW, Nabi SAW sudah menceritakan keadaan yang berlaku sekarang ini dan kenapa ia berlaku kepada umat Islam atau apa salah dan dosa umat Islam diperlakukan dan dihina sehina-hinanya?

Daripada Tsauban r.a, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Hampir tiba satu waktu di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang yang hendak makan mengerumuni hidangan mereka.”

Semakin ramai yang suka mengumpul harta dan terlalu mewah. – Gambar sekadar hiasan

Maka salah seorang sahabat bertanya: “Adakah hal itu kerana bilangan kamu sedikit pada hari itu?” Nabi SAW menjawab: “Bahkan kamu pada hari itu ramai sekali, tetapi kamu umpama buih pada waktu banjir dan Allah SWT akan mencabut rasa gentar terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu dan Allah akan melemparkan ke dalam hati kamu penyakit wahan.”

Seorang sahabat bertanya: “Apakah penyakit wahan itu wahai Rasulullah?”  Nabi SAW menjawab: “Cinta dunia dan takut mati” [HR Abu Dawud].

Ternyata daripada hadis di atas Rasulullah SAW pernah menyatakan berlakunya keadaan ini kerana kesalahan umat akhir zaman ini yang mempunyai antaranya dua penyakit yang amat kronik, walaupun jumlah umat Islam dalam dunia sekarang adalah lebih I.8 billion (setakat 2012).

Dua penyakit dikatakan itu ialah;

Pertama: Cintakan dunia sehingga memperhambakan diri dan seluruh kehidupan kepada dunia. Apa-apa sahaja yang ditawarkan dunia akan disentap dengan rakusnya sehinggakan mereka lupa halal haram dan dosa pahala, lupa kita akan mati dan akan dipertanggungjawabkan atas setiap apa yang kita lakukan di dunia.

Kedua: Takutkan mati. Akhirnya kerana terlampau cintakan dunia dengan segala kemewahan dan kenikmatannya menyebabkan mereka takutkan kematian, nak buat kerja agama takut diancam dan dibunuh sedangkan umat terdahulu sanggup bergolok gadai hatta terbunuh di medan peperangan demi mewariskan Islam kepada kita hari ini.

Ramai anak muda kini lebih mementingkan keseronokkan tanpa mengetahui halal dan haram.

Malangnya umat Islam akhir zaman takutkan kematian sebab itulah kata Nabi SAW kita dikerumuni seperti makanan dikerumuni.

Ada penyakit lain lagi tak disebut oleh Nabi SAW yang menjadi sebab keadaan ini berlaku?

Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Umatku akan ditimpa penyakit yang pernah menimpa umat terdahulu.” Sahabat bertanya: “Apakah penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat terdahulu itu?”

Nabi SAW menjawab: Penyakit-penyakit itu ialah [HR Hakim]:

1. Terlalu banyak bersukaria
2. Terlalu mewah
3. Mengumpulkan harta sebanyak mungkin
4. Penipuan dalam merebut harta benda dunia
5. Saling memarahi
6. Dengki-mendengki, sehingga menzalimi antara satu sama lain

Dunia Islam telah dilanda krisis rohani yang sangat serius dan meruncing. Dengan kekosongan rohani itulah mereka terjebak menghambakan diri kepada dunia dan memuaskan hawa nafsu serakah.

MasyaAllah, kalau kita perhatikan masyarakat kita hari ni betapa penyakit yang Rasulullah SAW sebutkan dalam hadis ini telah menular seperti wabak yang sangat bahaya dan tidak dapat dibendung penularannya dan menjadi penyakit kronik.

Dunia Islam telah dilanda krisis rohani yang sangat serius dan meruncing. Dengan kekosongan rohani itulah mereka terjebak menghambakan diri kepada dunia dan memuaskan hawa nafsu serakah.

Akibat turutkan hawa nafsu, tentunya segala cara akan digunakan termasuk segala tipu muslihat tidak mengira halal haram dan dosa pahala.

Ketika itu lenyaplah nilai-nilai akhlak yang murni dan tinggallah kecurangan, khianat-mengkhianati, dengki mendengki dan zalim menzalimi… Nauzubillah.

Peperangan banyak mengorbankan nyawa insan tidak berdosa.

Apa ubatnya untuk menyembuhkan penyakit-penyakit ini?

Beberapa ubat dan vaksin kepada penyakit kronik akhir zaman ini sebagaimana yang difirmankan oleh Allah SWT yang mencipta kita dan baginda Nabi SAW adalah seperti berikut:

Firman Allah SWT: “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah (Agama Islam) [Ali Imran:103].

Rasulullah SAW berpesan kepada kita: “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang mana kalau kamu berpegang dengannya nescaya kamu tak akan sesat selamanya iaitu: al-Quran dan sunnahku.”

Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi SAW bersabda: “Semua umatku akan masuk ke dalam syurga melainkan yang enggan.”

Sahabat berasa kehairanan lalu bertanya; “Ya Rasulullah! Siapa yang tidak mahu masuk syurga?” Rasulullah SAW menjawab: “Siapa yang taat kepadaku bererti dia mahu masuk syurga dan siapa yang menyalahi ajaranku maka itulah yang tidak mahu masuk syurga – [Riwayat Bukhari].

Maka marilah kita kembali ke pangkal agama Islam kita dan berpegang kuat kepada ajaran-ajarannya, insya-Allah kita akan diselamatkan oleh Allah di dunia dan akhirat.

Semoga sama-sama kita sebarkan perkongsian ini dan menjadi sebahagian dari amal jariah kita, insyaAllah.

Nabi Muhammad akan tolong kita masuk syurga dengan 4 perkara, rebutlah peluang terakhir ini

Banyak berzikir dengan mengucapkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW akan memudahkan seseorang itu mendapat syafaat baginda.
SEMUA orang berkeinginan untuk masuk syurga dan tiada sesiapa yang berhajat untuk menjadi penghuni neraka walaupun sesaat sekali pun.

Namun, tujuan Allah menjadikan syurga dan neraka itu ada sebab-sebabnya.

Bagi mereka yang engkar dengan suruhan Allah, disediakan tempat seksaan neraka yang maha dahsyat tidak terperi sakitnya.

Sesungguhnya jurang neraka itu terlalu curam dan kedalamannya sama seperti 70 tahun perjalanan untuk sampai ke dasarnya.

Perkara itu turut dijelaskan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim iaitu; Pada suatu hari kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba terdengar suara benda yang jatuh. Lalu Baginda bertanya: “Tahukah kamu semua tahu suara apakah itu?” Kami menjawab: “Allah dan rasulNya lebih mengetahui.”

Baginda bersabda yang maksudnya: “Itu adalah suara batu yang dilemparkan ke dalam neraka jahanam sejak 70 tahun yang lalu dan sekarang baru sampai ke dasarnya.”

Pelbagai acara dilakukan umat Islam seluruh dunia termasuklah perarakan setiap kali tibanya 15 Rabiualwal setiap tahun bagi mengingati Rasulullah.

Namun begitu, syurga juga mempunyai nikmat yang tidak terperi hebatnya bagi mereka yang soleh.

Syurga itu digambarkan cukup indah, penghuninya boleh besenang-lenang dengan pelbagai jenis buah-buahan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya syurga terdiri daripada seratus tingkat, jarak antara dua tingkatnya seperti jarak antara langit dan bumi, Allah menyediakannya untuk orang yang berjihad pada jalanNya.” – [Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim].

Dalam surah ar-Rahman, ayat 52 Allah berfirman yang maksudnya; “Pada kedua-dua syurga itu terdapat dua macam daripada tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa).”

Selain ini, firman Allah SWT pada surah yang sama ayat 54 pula yang maksudnya: “Mereka (ahli syurga bersenang-senang di tempat masing-masing dalam syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya daripada sutera tebal yang bersulam, dan buah-buahan kedua-dua syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik.”

Hadis daripada Anas Bin Malik Radhiallahu Anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda: Syafaatku untuk orang yang melakukan dosa besar dalam kalangan ummatku.

HADIS RIWAYAT IMAM AHMAD

Namun begitu, sifat kasih dan penyanyang Allah melebihi segala-galanya kerana Dia tetap inginkan umat Islam menjadi penghuni syurga.

Maka, Allah memberi peluang terakhir kepada umat Islam untuk masuk ke syurga semasa perhitungan di Mahsyar kelak dengan pertolongan daripada Nabi Muhammad SAW.

Hanya Nabi SAW sahaja peluang terakhir umat manusia mendapatkan pertolongan itu sebagai jalan.

Syafaat Rasulullah

Bersempena Rabiulawal iaitu bulan kelahiran Rasulullah, marilah kita hayati betapa besarnya pengorbanan Nabi SAW untuk membawa umat Islam ke syurga dengan memberikan syafaatnya.

Syafaat terbahagi kepada dua iaitu Syafaat umum dan Syafaat khusus. Syafaat umum ialah syafaat yang dikurniakan kepada para Nabi, ulama dan syuhada.

Syafaat khusus pula hanyalah dikurniakan kepada Nabi kita Muhammad SAW iaitu alSyafaat al-Uzma.

Syafaat ini bermaksud permohonan oleh baginda nabi SAW kepada Allah supaya disegerakan sesi perbicaraan dan pengadilan setelah lama sengsara menunggu di perhimpunan Mahsyar.

Ketika itu semua manusia sudah tidak tahan dengan kesengsaraan yang dialami di Mahsyar lalu mereka beramai-ramai pergi berjumpa Nabi Adam, Nuh, Ibrahim, Musa dan Isa agar supaya dipercepatkan proses perbicaraan dan pengadilan.

Bagaimanapun kesemua Nabi tersebut enggan menolong malah ada yang mengatakan bahawa ketika itu Allah sedang murka yang amat sangat dan tidak pernah Allah murka sebegitu rupa sebelumnya.

Akhirnya orang ramai sepakat pergi berjumpa Nabi Muhammad SAW untuk memohon kepada Allah SWT supaya perbicaraan dan pengadilan segera dijalankan.

Nabi Muhammad SAW bersetuju lantas sujud bermunajat kepada Allah di bawah Arasy, permohonan nabi itu dikabulkan dan pengadilan pun dimulakan.

Selain dari Syafaat al-Uzma ada lagi syafaat-syafaat yang lain yang dianugerahkan kepada Nabi SAW seperti berikut:

1. Syafaat yang diberi kepada para aulia dan solihin untuk meninggikan tingkat kedudukan mereka di dalam syurga.

2. Syafaat untuk menjemput orang-orang yang masih ada saki baki iman dalam diri mereka walau sebesar gandum, mereka dikeluarkan dari neraka dan dimasukkan kedalam syurga. Syafaat ini diperolehi oleh Rasulullah SAW dengan rasa belas kasihan baginda SAW lalu berdoa sambil menangis kepada Allah.

Al-Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis melalui Ibnu Umar Radhiallahu Anhuma bahawa Nabi SAW berdoa; “Ya Allah! Umatku umatku (mereka masih berada di dalam neraka). Permintaan Nabi dikabulkan Allah dengan firmannya: “…Kami sesunggunnya reda terhadap umatmu dan kami tidak akan menyakitkan hatimu (maksudnya mereka dikeluarkan dari neraka).

Membaca al-Quran juga boleh membantu seseorang itu untuk masuk syurga selain amalan solat yang tidak ditinggalkan.

3. Syafaat yang diberikan kepada Nabi SAW untuk membantu orang yang timbangan amal kebaikannya dan kejahatannya sama berat. Maka dengan pertolongan tersebut akhirnya orang itu berjaya memasuki Syurga.

4. Syafaat yang diberikan kepada Nabi SAW untuk memasukkan orang-orang tertentu ke dalam syurga tanpa hisab dan azab. Mereka yang sangat bernasib baik ini akan masuk kedalam syurga melalui laluan khas yang telah ditentukan.

Al-Imam Ahmad meriwayatkan sebuah hadis melalui Abdul Rahman bin Abu Bakar Radhiallahu Anhu beliau berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Tuhanku telah mengurniakan kepadaku seramai 70,000 dalam kalangan umatku mereka masuk syurga tanpa hisab.

Saidina Umar bertanya kepada Nabi SAW; “Tidakkah tuan minta ditambah bilangan itu? Rasulullah menjawab ya! Saya telah memohon tambahan, lalu Allah mengurniakan kepadaku tambahan setiap seorang membawa 70,000 orang bersama.

Umar berkata: Tidakkah tuan meminta tambah lagi? Rasulullah menjawab ya! Setiap seorang membawa 70,000 lagi. Umar bertanya lagi: Tidakkah Tuan meminta tambah lagi? Rasulullah SAW menjawab ya! Aku telah meminta tambah tetapi setakat itu sahaja yang diberi.

5. Syafaat yang dikurniakan kepada Nabi SAW untuk menyelamatkan orang yang telah melakukan dosa besar dari seksaan api neraka.

Hadis daripada Anas Bin Malik Radhiallahu Anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Syafaatku untuk orang yang melakukan dosa besar dalam kalangan ummatku.” – [Imam Ahmad].

Berdasarkan kepada keterangan di atas, adakan kita bakal termasuk dalam golongan umat Islam yang akan mendapat syafaat Nabi? Apakah amalan kita agar tergolong agar orang yang memperoleh syafaat itu?

Perkara yang membolehkan untuk mendapat syafaat Nabi SAW

1. Umat Islam mesti yakin bahawa kehadiran Nabi Muhammad SAW ke alam ini adalah membawa rahmat kepada seluruh alam.

2. Umat Islam hendaklah sedar bahawa mandat untuk memberikan syafaat adalah kurniaan dan keizinan Allah.

3. Umat Islam yang ingin mendapatkan syafaat Nabi SAW mestilah tidak pernah menyengutukan Allah SWT.

4. Orang-orang yang ingin mendapatkan syafaat dari Nabi SAW mestilah memperbanyak amalan dan selawat kepada baginda.

“Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad SAW), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. – [al-Taubah: 128].

Artikel ini disusun berdasarkan khutbah Jumaat berjudul Syafaat Sebagai Peluang Terakhir terbitan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Setahun anai-anai makan tongkat Nabi Sulaiman, baharulah semua makhluk sedar baginda wafat Jumaat, 25 Januari 2019 7:00 AM

 

Setahun anai-anai makan tongkat Nabi Sulaiman, baharulah semua makhluk sedar baginda wafat

Anai-anai antara haiwan yang istimewa kerana ia ialah makhluk Allah pertama yang mengetahui kewafatan Nabi Sulaiman.
KISAH Nabi Sulaiman yang mempunyai mukjizat boleh bercakap dengan haiwan dan menjadi tuan kepada golongan jin telah diceritakan dalam al-Quran.Sulaiman yang merupakan putera kepada Nabi Daud pada zaman kanak-kanaknya merupakan seorang budak yang bijak.

Baginda telah dilatih oleh ayahandanya untuk menggantikan tempat sebagai pemerintah walaupun ia tidak disenangi oleh abangnya yang merampas takhta daripada Daud.

Akhirnya si abang mati dibunuh oleh tentera Nabi Daud yang membuat serangan balas selepas rampasan kuasa.

Selepas Nabi Daud wafat, Nabi Sulaiman menjalankan tugas sebagai pemerintah untuk menegakkan syiar Islam.

Selain boleh menundukkan jin dan haiwan, Allah memberi kelebihan kepada Nabi Sulaiman dengan mengalirkan tembaga di bawah tanah untuk membolehkan baginda membangunkan kotanya yang dilakukan oleh jin.

Jin sentiasa patuh dan taat dengan perintah Nabi Sulaiman dan mereka sesekali tidak akan mengengkarinya kerana takut diseksa.

Kelebihan bercakap dengan haiwan ini turut diceritakan bagaimana Nabi Sulaiman bersama pengikutnya melalui satu lembah dikenali sebagai Lembah Semut di satu tempat bernama Asgalan.

Ketika melihat kedatangan Nabi Sulaiman bersama pengikutnya itu, salah seekor semut meminta rakan-rakannya agar masuk ke sarang kerana bimbang dipijak baginda Sulaiman dan tentera secara tidak sengaja.

Anai-anai terus meminta izin untuk memakan tongkat Nabi Sulaiman yang diperbuat daripada kayu manis kerana kelaparan yang tidak boleh dibendung namun terus tiada jawapan daripada baginda.

Mendengar perkara itu, Nabi Sulaiman ketawa melihat semut yang berada dalam ketakutan.

Kekayaan Nabi Sulaiman turut diceritakan ketika baginda menerima tetamu iaitu Puteri Balqis.

Semasa beliau dibawa berjalan dalam satu kawasan istana yang dibangunkan oleh jin, Puteri Balgis telah menyelak kainnya kerana disangkakan beliau telah memijak kawasan kolam air yang dikhuatiri akan basah.

Namun berkata Nabi Sulaiman kepada Puteri Balqis, yang dipijaknya itu ialah kaca-kaca putih yang dibina pada lantai dan dinding ruangan itu bagi menyambut kedatangannya.

Nabi Sulaiman antara raja yang terkaya di muka bumi ini dengan lantai dan bumbung istananya terdiri daripada emas.

Namun semasa baginda wafat, tiada sesiapapun mengetahuinya melainkan seekor anai-anai.

Diceritakan seekor anai-anai yang terbang bersama kumpulannya telah ditimpa musibah apabila sayapnya patah lalu dia telah terjatuh dalam istana Nabi Sulaiman.

Haiwan itu kemudian bergerak ke kawasan mihrab yang terdapat Nabi Sulaiman.

Kagum kekayaan nabi

Anai-anai yang kelaparan ketika itu kagum melihat kekayaan Nabi Sulaiman dengan  kayu manis berbalut emas permata iaitu hiasan tempat ibadat baginda.

Sesungguhnya kayu manis ialah antara makanan kesukaan haiwan itu.

Anai-anak melihat Nabi Sulaiman meletakkan dagu pada tongkatnya yang sangkaan anai-anai, baginda sedang khusyuk berzikir kepada Allah.

Ketika itu anai-anai memberanikan diri mendekati baginda dan memberi salam dengan memberitahu sayapnya patah dan perutnya lapar kerana sudah beberapa hari tak makan.

Anai-anai mahu meminta izin untuk mencari jalan keluar dari istana baginda.

Malangnya Nabi Sulaiman berdiam menyebabkan anai-anai terus mendekati tubuh baginda dan melihat mata baginda yang tidak berkelip dengan memandang ke lantai.

Minta izin makan tongkat

Anai-anai terus meminta izin untuk memakan tongkat Nabi Sulaiman yang diperbuat daripada kayu manis kerana kelaparan yang tidak boleh dibendung namun terus tiada jawapan daripada baginda.

Akhirnya selepas malam berlalu, anai-anai hinggap pada bahagian bibir dan melihat bibir baginda menjadi putih. Ketika berada di kawasan hidung pula, anai-anai tidak merasai hembusan nafas baginda.

Lalu mengertilah anai-anai bahawa Nabi Sulaiman telah wafat dan sebab itulah bagnida tidak menjawab salamnya.

Anai-anai terus berdoa kepada Allah sambil dia memakan tongkat kayu manis nabi menyebabkan tongkat tersebut menjadi rapuh dan patah sehinggakan Nabi Sulaiman terjatuh dari tempatnya.

Ketika itulah baharulah seluruh pembesar istana, jin-jin dan rakyat jelata mengetahui Nabi Sulaiman sudah wafat.

Hal itu turut diceritakan dalam al-Quran yang maksudnya; Setelah Sulaiman Kami wafatkan, maka tiadalah yang menunjukkan kematiannya melainkan binatang bumi (anai-anai) yang memakan tongkatnya. Setelah dia tertelengkup, baharulah jelas bagi jin-jin bahawa jika mereka mengetahui benda yang ghaib tentu mereka tidak akan tinggal dalam seksaan yang menghinakan itu. – Surah As-Saba (ayat 14).

Diceritakan anai-anai memakan tongkat itu selama setahun dan disebabkan jin-jin tidak tahu perkara yang ghaib iaitu kewafatan Nabi Sulaiman, mereka terus bekerja mendirikan mahligai seperti diarahkan.

Jika mereka mengetahui kewafatan baginda, nescaya jin-jin tersebut akan berhenti melakukan pekerjaan yang dianggap satu seksaan dan pekerjaan yang hina bagi mereka.

Pengajaran daripada kisah ini dapat disimpulkan agar kita tidak memandang rendah kepada semua makhluk.

Ini kerana anai-anak yang dilihat lemah dan kecil itu turut berperanan menjadi penyebab untuk orang lain mengetahui akan wafatnya Nabi Sulaiman yang tidak boleh direndahkan peranannya.

Dalam masa yang sama kisah ini memberi erti walau setinggi mana darjat seseorang, pengakirannya ialah mati manakala jin pula tidaklah sebijak mana.

Mereka yang hidup dalam alam ghaib sendiri tidak sedar akan perkara ghaib iaitu kewafatan Nabi Sulaiman.

Sentiasa tebuk lubang untuk keluar dari tembok tembaga, 10 perkara mengenai makhluk jahat Yakjuj Makjuj

Raja Zulkarnain menitahkan campuran tembaga dan besi dijadikan benteng untuk mengelak Yakjuj dan Makjuj keluar dari sebuah kawasan pegunungan yang sehingga kini menjadi rahsia. Gambar hiasan.
SALAM kepada semua pembaca mStar, semoga dirahmati Allah. InsyaAllah kali ini kita akan bercerita tentang segolongan manusia yang dinamakan Yakjuj dan Makjuj.

Bebasnya Yakjuj dan Makjuj adalah merupakan tanda besar kiamat ketika Nabi Isa AS diturunkan ke dunia oleh Allah buat kali kedua dari langit selepas Allah bebaskan Al-Masih Dajjal.

Tetapi tahukah kita siapa, bagaimana rupa dan di mana Yakjuj dan Makjuj berada sekarang?

Terdapat sepuluh fakta yang perlu kita tahu tentang Yakjuj dan Makjuj.

1. Dari mana asal keturunan Yakjuj dan Makjuj?

Yakjuj dan Makjuj adalah keturunan Nabi Adam dari anak Nabi Nuh AS yang mempunyai 3 orang anak iaitu Sam, Ham dan Yafits. Kemudian anak Yafits bernama Mada, Yunan, Makjuj, Tubal, Misk dan Tiran. Maka Yakjuj dan Makjuj adalah dari anak keturunan Yafit.

2. Bagaimana rupa Yakjuj dan Makjuj?

Nabi SAW bersabda; “…sesungguhnya kalian berkata ‘tidak ada musuh,’ dan sesungguhnya kalian tiada henti memerangi musuh sampai Yakjuj dan Makjuj datang, lebar wajahnya, sepet matanya, perang rambutnya, dari setiap tempat yang tinggi mereka muncul, seolah-olah wajah mereka itu perisai yang dipukul (HR Ahmad). Dalam kitab Ensiklopedia Akhir Zaman dikatakan wajah mereka mirip orang Mongolia atau Tartar.

Dipercayai benteng yang dibina menempatkan Yakjuj dan Makjuj ialah di sebuah kawasan pergunungan. Gambar hiasan.

3. Berapa ramai Yakjuj dan Makjuj?

Dalam satu hadis Nabi Muhammad SAW bersabda; “…di antara Yakjuj dan Makjuj seramai 999 dan dari kalian satu” – (HR Al-Bukhari).

Itulah nisbah Yakjuj dan Makjuj dan manusia menunjukkan betapa ramainya mereka bahkan Nabi SAW bersabda; “Sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu termasuk anak keturunan Nabi Adam, andai kata mereka dilepaskan nescaya mereka akan merosakkan kehidupan manusia. Tiada seorang lelaki pun yang mati di antara mereka kecuali dia meninggalkan keturunannya yang berjumlah 1,000 orang atau lebih….” – [HR Attabrani]. Ya Allah ramainya mereka.

4. Apa yang disebutkan dalam al-Quran berkenaan Yakjuj dan Makjuj?

Di dalam surah al-Kahfi ayat 93 hingga 98, Allah menceritakan kisah Yakjuj dan Makjuj dan Raja Zulkarnain.

“Apabila Raja Zulkarnain sampai di antara dua gunung dia dapati satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak memahami perkataan. Mereka berkata: “Wahai Zulkarnain sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi, oleh itu setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?”

“Dia (Raja Zulkarnain) menjawab (kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhan aku jadikan, daku menguasainya, lebih baik  (dari bayaran kamu); Oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai- ramai) aku akan bina di antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh.”

Hasil pertemuan itu mereka dimaklumkan, memang penduduk di situ setiap hari akan mengetuk pintu besi Yakjuj dan Makjuj sebanyak tiga kali sehari dan kemudian merapatkan telinga pada pintu untuk mendengar reaksi dari dalam tembok berkenaan.

Bawalah kepadaku ketul-ketul besi sehinggalah ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu. Dia kemudian perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: “Tiuplah dengan alat-alat kamu sehingga ia menjadi merah menyala seperti api. Berkatalah dia: “Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan ke atasnya. Maka mereka (Yakjuj dan Makjuj) tidak dapat memanjat (tembok) dan mereka juga tidak boleh menebuknya.”

Ayat Al-Quran di atas menceritakan ketika Raja Zulkarnain tiba di negeri yang terletak berdekatan dua buah bukit (Armenia), penduduk di situ meminta pertolongannya kerana mereka menjadi mangsa kekejaman kaum Yakjuj dan Makjuj.

Raja Zulkarnain yang mahsyur dengan kekuatan tentera dan kebijaksanaannya menawarkan bantuan secara percuma, lalu dibina dinding di antara dua buah bukit itu dari potongan besi, lalu dibakar dengan api dan kemudian dituangkan tembaga agar dinding kuat dan kukuh. Akibatnya, Yakjuj dan Makjuj tidak lagi dapat masuk ke negeri itu kerana mereka tidak boleh mendaki bukit atau membuat lubang melaluinya.

5. Di mana Yakjuj dan Makjuj berada sekarang?

Pada zaman Abbasiah, Khalifah Al-Wathiq Billah telah bermimpi bahawa tembok Yakjuj dan Makjuj telah terbuka dan baginda mengarahkan satu ekspedisi yang diketuai oleh Sallam bersama dengan 50 anggota ekspedisi pergi ke tembok Yakjuj dan Makjuj dengan mengeluarkan belanja yang besar sebanyak 5,000 dinar.

Menurut catatan Sallam, rombongannya berangkat ke Armenia dan menuju ke arah Utara ke daerah Rusia.

27 hari Sallam mengharungi perjalanan sehingga sampai ke satu kawasan tanah hitam dan berbau busuk.

Selama 10 hari Sallam melewati daerah yang menyesakkan itu. Kemudian ditunjukkan satu daerah yang tidak berpenghuni yang dihancurkan oleh Yakjuj dan Makjuj.

Selama enam hari mereka berjalan menuju ke daerah dan kawasan gunung tempat Yakjuj dan Makjuj berada.

Sallam kemudian pergi menuju pergunungan Yakjuj dan Makjuj yang terpisah lembah.

Luas lembah sekitar 150 meter ditutupi tembok berpintu besi setinggi 50 meter. Setelah sampai di pergunungan Yakjuj dan Makjuj tersebut maka mereka pun berjumpa dengan penduduk yang tinggal di kaki pergunungan Yakjuj dan Makjuj.

Hasil pertemuan itu mereka dimaklumkan, memang penduduk di situ setiap hari akan mengetuk pintu besi Yakjuj dan Makjuj sebanyak tiga kali sehari dan kemudian merapatkan telinga pada pintu untuk mendengar reaksi dari dalam tembok berkenaan.

Setiap ketukan itu dibuat, penduduk akan mendengar gema teriakan dari dalam.

Sallam juga pernah bertanya kepada penduduk sekitar pergunungan apakah mereka pernah melihat Yakjuj dan Makjuj? Mereka mengaku pernah melihat sekumpulan Yakjuj dan Makjuj di atas tembok penutup lalu ketika itu datangnya angin yang kuat melemparkan mereka semula untuk masuk ke dalam tembok.

Penduduk mendakwa melihat tubuh mereka sangat kecil.

Kalau menurut catatan Ibnu Bathutah dalam kitab Rihlat Ibnu Bathutah, pergunungan Yakjuj dan Makjuj berada sekitar enam hari perjalanan dari negeri China. Catatan ini tidak bertentangan dengan Al-Syarif Al-Idrisi.

Menurut tulisan ulama Abul Kalam Azad dan penulis lain bahawa di Utara Georgia terdapat satu timbunan besar tembok yang dibuat dari besi bercampur tembaga.

Kisah mengenai Yakjuj dan Makjuj serta Raja Zulkarnain turut disebut dalam al-Quran menerusi surah Al-Kahfi. Gambar hiasan.

Pergunungan itu terletak di Greater Caucasus Mountains, di suatu kawasan yang sempit antara dua bukit Dariel, satu bukit curam memanjang dari Laut Hitam hingga Laut Qazwain, panjangnya 1,200km dengan ketinggian 3,950 kaki.

Sehinggakan lambang negara Georgia sangat mirip dengan lambang Zulkarnain menggunakan matahari, bulan dan lima bintang!

6. Akan terbukakah tembok Yakjuj dan Makjuj?

Dalam surah al-Kahfi ayat 98: “Dan setelah itu berkatalah Zulkarnain: ini adalah suatu rahmat dari Tuhanku, dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar.”

Dalam satu hadis dari Zainab Binti Jahsyi RA, bahawa Nabi SAW masuk ke kamarnya dalam keadaan ketakutan, seraya bersabda: “Lailahaillallah, celakalah orang Arab dari kejahatan yang sudah semakin dekat, hari ini sudah terbuka tutup Yakjuj dan Makjuj seperti ini, baginda melingkarkan ibu jari dan jari telunjuk. Aku berkata, Wahai Rasulullah, apakah kita akan binasa sedangkan di tengah-tengah kita masih ada orang-orang soleh? Rasulullah menjawab, “Ya, apabila kejahatan bermaharajalela.” – [HR Bukhari].

7. Bagaiamana tembok Yakjuj dan Makjuj boleh terbuka?

Dalam satu hadis Nabi SAW, menyatakan bahawa setiap hari kerja sebahagian Yakjuj dan Makjuj ialah menebuk tembok.

Ketua mereka mengarahkan apabila malam hampir tiba, baliklah dahulu dan kerja menebuk disambung semula esok.

Malangnya apabila mereka datang keesokan hari, mereka dapati tembok yang ditebuk semalam itu ditampal semula seperti tiada tebukan. Itulah kejra Allah yang maha mengetahui.

Begitulah kerja sebahagian mereka setiap hari sehingga satu masa yang ditentukan Allah, ketua mereka akan mengungkapkan ayat dengan menyebut perkataan InsyaAllah:  “Baliklah kamu esok kita sambung semula insyaAllah tembok akan terbuka. Maka kerana perkataan itulah keesokan harinya ketika mereka melakukan kerja-kerja menebuk, maka tembok tersebut akan terbuka. Ini disebabkan ketua mereka menyebut perkataan insyaAllah.

8. Apa yang akan Yakjuj dan Makjuj musnahkan?

Allah berfirman surah al-Anbiya ayat 96 “…hingga apabila dibukakan (tembok) Yakjuj dan Makjuj dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi”  dan akan membunuh setiap manusia, binatang dan melakukan kerosakan yang amat dahsyat.

9.Siapakah yang selamat?

Nabi SAW bersabda bahawa Allah berfirman kepada nabi Isa AS supaya membawa hamba-hambanya ke Bukit Tursina dan berlindung di situ. Itulah manusia yang Allah selamatkan dari dibunuh Yakjuj dan Makjuj.

10. Bagaimanakah Yakjuj dan Makjuj dihapuskan?

Tiada siapa yang mampu membunuh Yakjuj dan Makjuj hatta Nabi Isa AS yang diturunkan ke bumi buat kali kedua pada waktu itu sendiri tidak mampu membunuhnya. Lalu Nabi Isa AS dan kaum muslimin yang bersama dengannya berdoa kepada Allah dan Allah makbulkan doa mereka. Lalu Allah menghantar sejenis virus seperti dalam hidung unta dan menyerang setiap leher Yakjuj dan Makjuj dan mereka akhirnya mati sekali gus. Dikatakan banyaknya mayat mereka seperti bangkai belalang.

Kematian itu menyebabkan bumi berbau busuk selain mayat manusia yang dibunuh mereka. Nabi Isa AS bersama muslimin berdoa lagi kepada Allah supaya menyelesaikan masalah mayat manusia yang tersangat ramai.

Lalu Allah menghantar sejenis burung besar dan mengangkat mayat Yakjuj dan Makjuj dan manusia lain ke satu tempat yang cuma Allah sahaja yang mengetahuinya.

Tetapi sisa-sisa darah dan nanah masih lagi berbau busuk. Mereka berdoa lagi kepada Allah supaya menghilangkan bau busuk tersebut. Kemudian Allah menurunkan hujan yang lebat membersihkan seluruh bumi dari sisa sisa dan bau busuk dan bumi akhirnya bersih sebersihnya sehinggakan air hujan yang turun seperti manik manik yang jernih jatuh ke bumi.

Semoga kita mendapat manfaat daripada perkongsian ini dan penuhilah hidup dengan amalan untuk menempuh ujian akhir zaman.

Enam Perkara Allah Sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail a.s dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail a.s memandang dirinya sendiri dan berkata:

“Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.”

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. “Tidak”

Kemudian Jibrail a.s berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail a.s solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. “Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.’ Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.”

Kemudian Jibrail a.s berkata: “Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?”

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. “Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal…”

Kemudian Jibrail a.s meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma’waa. Setelah Jibrail a.s mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail a.s dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail a.s selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

“Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? “

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. “Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan…. ..”

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan… Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Anjing Musafir

Diceritakan bahawa pada suatu hari *Abdullah bin Jaafar sedang berpergian. Ketika sampai di sebuah kebun kurma milik seseorang, dia berhenti untuk beristirehat. Didapatinya di situ ada seorang hamba abdi berkulit hitam yang menjaga kebun kurma tersebut. Tiba-tiba hamba abdi itu mengeluarkan bekalnya untuk makan yang berupa tiga potong makanan. Seekor anjing datang menghampirinya dan berpusing-pusing berhampiran si hamba sambil menyalak sebagai tanda ingin merasa makanan itu. Lidahnya pun dihulur-hulurkannya keluar.

Hamba abdi yang peka itu mencampakkan sepotong makanannya ke arah anjing dan dimakannya. Kemudian dicampakkannya pula sepotong lagi dan dimakannya pula. Ternyata anjing itu masih belum mahu lari juga. Maka hamba abdi itu mencampakkan lagi makanannya untuk ketiga kalinya dan dimakannya lagi. Maka habislah semua bekal si hamba kerana diberikan kepada anjing yang datang.

Abdullah bin Jaafar yang melihat perkara itu sangat hairan, kerana si hamba telah memberikan semua makanannya kepada anjing.
“Wahai anakku, berapa banyakkah makananmu sehari di tempat ini?€ Tanya Abdullah bin Jaafar.

“Tiga potong saja yang kesemuanya telah dimakan anjing tadi.€ Jawab si hamba.

“Mengapa engkau berikan semua kepada anjing itu? Dan engkau sendiri akan makan apa?€ Tanya Abdullah.

“Wahai tuan. Tempat ini bukanlah kawasan anjing. Jadi aku yakin dia datang dari tempat yang jauh, sedang bermusafir dan tentu dia sangat lapar. Sedang aku sendiri, biarlah tidak makan hari ini sehingga esok.€ Jawab si hamba.

Mendengar itu, Abdullah berseru: “Subhanallah. Bagus…bagus. Ternyata hamba itu lebih dermawan daripada saya.€

Kerana rasa terharunya dan merasa kedermawanannya masih dikalahkan oleh seorang hamba hitam, Abdullah bin Jaafar membeli kebun kurma dan hamba abdi itu dari tuannya. Kemudian dia memerdekakan si hamba, dan kebun kurma itu diberikan kepadanya. Setelah itu, dia pergi meninggalkan tempat itu untuk meneruskan perjalanannya.

——————————————————————————–

(*) Abdullah bin Jaafar bin Abi Talib lahir di Negeri Habsyah ketika umat Islam sedang berpindah ke sana dengan dipimpin oleh ayahnya Jaafar bin Abi Talib. Dialah keluarga Bani Hasyim yang paling akhir melihat Rasulullah SAW Ketika Nabi SAW membaiatnya, Abdullah bin Jaafar baru berumur tujuh tahun, turut bersama dalam baiat itu Abdullah bin Zubair yang umurnya juga baru tujuh tahun.

Abdullah bin Jaafar memang terkenal sangat dermawan. Dia pernah bersedekah sehingga beribu-ribu dinar dalam satu masa, enam puluh ribu, empat puluh ribu dinar dan lain-lain. Muawiyah sangat suka kepadanya dan memberinya satu juta dirham setiap tahun. Suatu masa ketika Muawiyah mengerjakan memberinya lima puluh ribu dinar. Abdullah bin Jaafar wafat pada tahun 83 Hijrah.

Balasan Bagi Penghuni Syurga

Bersanding dengan Bidadari

…diceritakan dari Abdul Wahid bin Zaid yang berkata: Dahulu aku pernah naik sebuah perahu. Tiba-tiba bertiuplah angin ribut, sehingga kami semua terdampar di sebuah pulau. Di sana aku sempat menjumpai seorang lelaki penyembah berhala.

Kami kemudian bertanya kepadanya, “Wahai Fulan! Siapakah yang sedang kamu sembah itu?€

Lelaki itu kemudian menunjuk ke sebuah berhala, dan kami kembali bertanya, “Di perahu, kami mempunyai seorang teman yang biasa membuat benda seperti ini (berhala). Akan tetapi, benda ini bukanlah merupakan sembahan sepertimana Tuhan!€

“Lalu, siapa yang kalian sembah?€ tanya lelaki penyembah berhala itu.

“Allah,€ jawab kami.

“Siapa Allah itu?€ tanyanya.

“Zat di mana Arasy-Nya ada di langit, kekuasaan-Nya ada di bumi dan keputusan-Nya berlaku bagi yang masih hidup serta yang telah mati,€ jawab kami semua.

“Bagaimana kalian dapat mengenali-Nya?€ tanya lelaki itu lagi.

“Tuhan kami telah mengutus seorang utusan yang mulia dan beliaulah yang menerangkan semua itu,€ jawab kami.

“Lalu, apa yang dilakukan oleh utusan itu?€ tanyanya.

“Beliau telah menyampaikan risalahnya dan kemudian beliau pun wafat,€ jawab kami serentak.

“Apakah beliau tidak meninggalkan sebuah bukti kepada kalian?€ tanya lelaki penyembah berhala itu.

“Ya, beliau meninggalkan kitab Allah,€ jawab kami lagi.

“Tolong perlihatkan kepadaku kitab Allah itu, aku yakin kitab-kitab Allah itu indah sekali,€ kata lelaki tadi.

Kami pun mengambilkan sebuah mushaf. Setelah melihatnya, dia berkata, “Aku tidak pernah tahu kitab ini!€

Kami lalu membacakan sebuah surah Al-Quran dan ketika kami membacanya, dia pun menangis hingga kami selesai membaca satu surah. Selepas kami membacanya, dia pun berkata, “Sudah selayaknya Pemilik kalam ini tidak diderhakai.€

Akhirnya lelaki penyembah berhala itu pun masuk Islam, dan ikut bersama kami. Kami ajarkan hukum-hukum Islam serta sebahagian surah-surah Al-Quran kepadanya.

Saat malam tiba, selepas melakukan solat Isyak, kami merebahkan diri di pembaringan, lelaki itu kemudian berkata, “Wahai saudaraku! Apakah Tuhan yang telah kalian tunjukkan kepadaku ini ketika malam tiba Dia juga tidur?€

“Tidak, wahai hamba Allah! Dia adalah Maha Besar, Maha Berdiri sendiri dan tidak akan pernah tidur,€ jawab kami semua.

“Kalau begitu. orang paling buruk adalah kalian semua. Kalian semua tidur, sedang Tuhan kalian tidak pernah tidur,€ kata lelaki tadi.

Kami semua kagum oleh kata-katanya itu, maka ketika kami sampai di daerah Ubbadan, hal ini kuberitahukan kepada teman-temanku, “Dia baru saja masuk agama Islam.€

Kami mengumpulkan beberapa keping wang dirham, selanjutnya kami berikan kepadanya. Saat kami serahkan, dia berkata, “Apa ini?€

“Kami berikan ini kepadamu,€ jawab kami.

“Laa ilaaha illallaah, kalian telah menunjukkan aku ke sebuah jalan yang selamanya belum pernah kalian lalui. Dahulu aku berada di sebuah jazirah dengan menyembah berhala, tetapi berhala itu tidak pernah membuat aku hidup miskin. Maka sekarang tidak mungkin Tuhan yang aku sembah ini akan membuat aku susah, sedang aku sendiri mengingati-Nya siang dan malam,€ kata lelaki itu.

Selang beberapa hari, aku mendapat khabar bahawa lelaki itu menderita sakit parah. Aku datang menjenguk dan bertanya kepadanya, “Adakah yang dapat kubantu untukmu?€

“Yang dapat membantuku adalah orang yang bersama kalian ke jazirah tempat tinggalku,€ demikian jawabnya.

Pada saat itu mataku terasa mengantuk sekali hingga akhirnya aku pun tertidur di sisinya. Di dalam tidur aku bermimpi bahawa di makam Ubbadan ada sebuah taman dan di taman itu ada sebuah kubah. Di dalam kubah tersebut ada sebuah pembaringan. Di atasnya duduk seorang bidadari jelita yang belum pernah kulihat sebelumnya.

Gadis itu kemudian berkata, “Demi Allah, aku memohon kepadamu agar dia datang secepatnya. Sungguh, aku telah rindu kepadanya!€

Aku pun terbangun dan ternyata setelah kuamati lelaki itu sudah meninggal dunia. Aku ikut merawat jenazahnya, mulai dari memandikan, mengafani, menyembahyangkan dan seterusnya menguburkannya.

Tengah malam aku bermimpi bertemu dengan lelaki itu, dia berada dalam kubah bersanding dengan bidadari yang kujumpai dalam mimpiku sebelumnya. Aku dengar lelaki itu sedang membaca ayat yang bermaksud: ….sedang malaikat-malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu; (sambil

mengucapkan), “Salamun €˜alaikum bima shabartum (salam sejahtera buat kalian semua atas kesabaran kalian semua).€ Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu.€

(Ar-Rad: 23-24)

Penduduk Syurga

Di dalam kitab Al-Multaqith diceritakan, bahawa sebahagian bangsa Alawiyah ada yang bermukim di daerah Balkha. Ada sebuah keluarga yang terdiri dari sepasang suami isteri dengan beberapa anak wanita mereka. Keadaan keluarga tersebut serba kekurangan.

Ketika suaminya meninggal dunia, isteri beserta anak-anak wanitanya meninggalkan kampung halamannya pergi ke Samarkand untuk menghindari ejekan orang ramai di sekitarnya. Kejadian tersebut berlaku pada musim sejuk.
Saat mereka telah memasuki kota, si ibu mengajak anak-anaknya singgah di masjid, sementara dirinya pergi untuk mencari sesuap nasi.

Di tengah perjalanan si ibu berjumpa dengan dua kelompok orang, yang satu dipimpin oleh seorang Muslim yang merupakan tokoh di kampung itu sendiri, sedang kelompok satunya lagi dipimpin oleh seorang Majusi, pemimpin kampung itu.

Si ibu tersebut lalu menghampiri tokoh tersebut dan menjelaskan mengenai dirinya serta berkata, “Aku mohon agar tuan berkenan memberiku makanan untuk keperluan malam ini!€

“Tunjukkan bukti-bukti bahawa dirimu benar-benar bangsa Alawiyah,€ kata tokoh orang Muslim di kampung itu.

“Di kampung tidak ada orang yang mengenaliku,€ kata ibu tersebut.

Sang tokoh itu pun akhirnya tidak menghiraukannya. Seterusnya dia hendak memohon kepada si Majusi, pemimpin kampung tersebut. Setelah menjelaskan tentang dirinya dengan tokoh kampung, lelaki Majusi lalu memerintahkan kepada salah seorang anggota keluarganya untuk datang ke masjid bersama si ibu itu, akhirnya dibawalah seluruh keluarga janda tersebut untuk tinggal di rumah Majusi yang memberinya pula pelbagai perhiasan serba indah.

Sementara tokoh masyarakat yang beragama Islam itu bermimpi seakan-akan hari Kiamat telah tiba dan panji kebenaran berada di atas kepala Rasulullah SAW. Dia pun sempat menyaksikan sebuah istana tersusun dari zamrud berwarna hijau. Kepada Rasulullah SAW. dia lalu bertanya, “Wahai Rasululah! Milik siapa istana ini?€

“Milik seorang Muslim yang mengesakan Allah,€ jawab baginda.

“Wahai Rasulullah, aku pun seorang Muslim,€ jawabnya.

“Cuba tunjukkan kepadaku bahawa dirimu benar-benar seorang Muslim yang mengesakan Allah,€ sabda Rasulullah SAW. kepadanya.

Tokoh di kampung itu pun bingung atas pertanyaan baginda, dan kepadanya Rasulullah SAW. kemudian bersabda lagi, “Di saat wanita Alawiyah datang kepadamu, bukankah kamu berkata kepadanya, “Tunjukkan mengenai dirimu kepadaku!€ Kerananya, demikian juga yang harus kamu lakukan, iaitu tunjukkan dahulu mengenai bukti diri sebagai seorang Muslim kepadaku!€

Sesaat kemudian lelaki muslim itu terjaga dari tidurnya dan air matanya pun jatuh berderai, lalu dia memukuli mukanya sendiri. Dia berkeliling kota untuk mencari wanita Alawiyah yang pernah memohon pertolongan kepadanya, hingga dia mengetahui di mana kini wanita tersebut berada.

Lelaki Muslim itu segera berangkat ke rumah orang Majusi yang telah menampung wanita Alawiyah beserta anak-anaknya.

“Di mana wanita Alawiyah itu? tanya lelaki Muslim kepada orang Majusi.

“Ada padaku,€ jawab si Majusi.

“Aku sekarang menghendakinya,€ ujar lelaki Muslim itu.

“Tidak semudah itu,€ jawab lelaki Majusi.

“Ambillah wang seribu dinar dariku dan kemudian serahkan mereka padaku,€ desak lelaki Muslim.

“Aku tidak akan melepaskannya. Mereka telah tinggal di rumahku dan dari mereka aku telah mendapatkan berkatnya,€ jawab lelaki Majusi itu.

“Tidak boleh, engkau harus menyerahkannya,€ ujar lelaki Muslim itu seolah-olah mengugut.

Maka, lelaki Majusi pun menegaskan kepada tokoh Muslim itu, “Akulah yang berhak menentukan apa yang kamu minta. Dan istana yang pernah kamu lihat dalam mimpi itu adalah diciptakan untukku! Adakah kamu mahu menunjukkan keislamanmu kepadaku? Demi Allah, aku dan seluruh keluargaku tidak akan tidur sebelum kami memeluk agama Islam di hadapan wanita Alawiyah itu, dan aku pun telah bermimpi sepertimana yang kamu mimpikan, serta Rasulullah SAW. sendiri telah pula bersabda kepadaku, “Adakah wanita Alawiyah beserta anaknya itu padamu?€

“Ya, benar,€ jawabku.

“Istana itu adalah milikmu dan seluruh keluargamu. Kamu dan semua keluargamu termasuk penduduk syurga, kerana Allah sejak zaman azali dahulu telah menciptakanmu sebagai orang Mukmin,€ sabda baginda kembali.

Istana Mutiara Berwarna Merah

Bersumber dari Khatan Abu Imran Al-Lului. Dia adalah seorang soleh yang suka melayani orang-orang fakir dan rumahnya selalu terbuka bagi sesiapa pun.

Suatu ketika ada sekelompok kaum bertamu ke rumahnya, dia lalu segera menghadap kepada seorang hakim agar memberi sesuatu kepadanya yang akan digunakan untuk menjamu para tetamunya itu. Akan tetapi, sang hakim tersebut tidak memberikan sesuatu pun kepadanya.

Demikianlah, Khatan pun akhirnya pergi menemui seorang Yahudi dan orang Yahudi itu ternyata mengabulkan permintaannya dan dengan segera mengirimkan sesuatu yang diperlukan oleh Khatan dalam menjamu tetamunya.
Ketika sang hakim tidur, dia bermimpi seakan-akan dia sedang berdiri di depan sebuah pintu gerbang sebuah istana yang terbuat dari mutiara berwarna merah. Saat melangkahkan kakinya, hendak memasuki istana tersebut, tiba-tiba dia dihadang dan dilarang memasukinya. Lalu dikatakan kepadanya:
“Sebenarnya istana ini milikmu, akan tetapi sekarang telah diserahkan kepada si Fulan yang beragama Yahudi itu.€

Pada keesokan harinya, hakim itu bergegas pergi ke rumah Khatan Abu Imran untuk meminta keterangan tentang apa yang telah dilakukannya setelah ditolak beberapa waktu sebelumnya. Setelah memberitahukannya, sang hakim itu kemudian bergegas menemui orang Yahudi sebagaimana telah disebutkan oleh Khatan.

Sang hakim berkata kepada orang Yahudi itu, “Kamu telah mempunyai istana di syurga. Adakah kamu mahu menjualnya dengan harga sepuluh ribu dirham?€

“Tidak,€ jawabnya tegas.

Hakim itu berusaha menaikkan harga tawarannya, namun demikian, orang Yahudi tersebut tetap pada pendiriannya untuk tidak menjualnya.

Dan akhirnya hakim itu minta kepadanya untuk menceritakan kisah yang dialaminya, dan si Yahudi itu akhirnya menceritakan kisahnya.

Orang Yahudi itu lalu berkata kepada Khatan Abu Imran, “Ajarilah aku akan agama Islam!€

Demikianlah, ditinggalkannya agama Yahudi yang dianutinya dan kemudian dia masuk Islam dengan yakin dan ikhlas.