8 petanda yang muncul di wajah anda mungkin petunjuk awal masalah kesihatan

Ekspresi dan kulit wajah antara petanda bahawa anda sedang tidak sihat.

WAJAH pucat dan mata sembab sememangnya sukar disembunyikan meskipun anda mengenakan solekan tebal.

Malah orang sekeliling juga dapat menghidu perubahan diri anda sama ada sakit mahupun tidak hanya berdasarkan ekspresi muka.

Selain daripada perubahan di muka, beberapa tanda yang dilaporkan IndiaTimes.com ini membuktikan anda sedang sakit dan memerlukan rawatan.

1. Kulit atau bibir kering

Jika bibir anda sentiasa mengelupas tanpa mengira apa cuaca sekali pun, ia mungkin menunjukkan keadaan kesihatan dalaman. Walaupun kulit dan bibir kering mungkin hanya menunjukkan dehidrasi, kadang-kadang ia juga mungkin membayangkan bahawa anda perlu diperiksa untuk hipotiroidisme dan juga diabetes.

Bulu wajah

2. Bulu pada wajah

Jika anda sedar terdapat lebihan bulu muka pada dagu, bibir atas dan juga garis rahang, ia mungkin menandakan ketidakseimbangan hormon. Sindrom ovari polikistik adalah gangguan hormon yang menjejaskan wanita.

3. Gelap bawah mata

Bengkak dan dan sembab pada bawah mata bukan sahaja menjejaskan kecantikan tetapi ia juga boleh menandakan bahawa terdapat sesuatu yang tidak kena dengan kesihatan anda secara keseluruhan. Ya! Anda mungkin mengalami alahan kronik.

kulit pucat

4. Kulit pucat

Perhatikan jika terdapat sebarang perubahan pada kulit anda atau jika ia telah menjadi pucat. Kilauan kuning pada kulit anda boleh menjadi tanda anemia.

5. Ruam atau kegatalan

Ruam muka boleh menunjukkan beberapa gangguan termasuk masalah penghadaman. Contohnya, penyakit radang usus (IBD) yang menjejaskan usus besar, ia juga boleh menyebabkan kulit anda kemerahan.

tahi lalat

6. Tahi lalat baru

Walaupun tahi lalat biasanya bukan sebab untuk dikhuatiri, tahi lalat baru perlu diperiksa oleh doktor anda supaya dapat menolak kemungkinan berkaitan masalah kesihatan. Juga, cari perubahan pada tahi lalat sedia ada, termasuk warna, sempadan, pendarahan atau gatal-gatal.

7. Rambut gugur

Keguguran rambut sentiasa menjadi kebimbangan, tapi jika anda kehilangan rambut dari kening dan bulu mata… anda harus segera mendapatkan pemeriksaan. Selain tekanan yang melampau, gangguan autoimun mungkin menjadi faktor utama. Alopecia areata adalah penyakit di mana folikel rambut rosak oleh sistem imun.

8. Bintik kuning pada kelopak mata

Ia menunjukkan badan anda dipenuhi kolesterol yang dikenali sebagai xanthelasmata serta petunjuk kepada penyakit jantung. Seseorang yang mempunyai bintik kuning lembut, seperti ini pada kelopak mata mereka boleh mempunyai lebih daripada 50 peratus peluang untuk membina arteri yang mengeras.

kredit : mstar.com