Ketahui perubahan yang berlaku pada kulit wajah ketika usia memasuki 30 tahun

Apabila memasuki usia 30 tahun, kulit wajah manusia turut mengalami perubahan termasuk penuaan.

ADA yang menganggap pada usia 40 tahun, seseorang itu berada pada titik paling bahagia dalam hidupnya. Ia bukan sekadar anggapan tetapi telah dibuktikan oleh sebuah kajian yang dilakukan oleh OnePoll.

Apabila mencecah usia tersebut ramai daripada kita yang sudah mempelajari pelbagai perkara dalam hidup termasuk secara peribadi mahupun profesional.

Contohnya sudah mempunyai kerjaya yang stabil serta pada usia ini ramai sudah berkeluarga.

Bagaimanapun semakin usia meningkat, perubahan fizikal juga akan menunjukkan perubahan termasuk tanda-tanda penuaan.

Apa perubahan pada fizikal yang berlaku apabila usia mencecah 30 tahun?

1. Kedutan dan hiperpigmentasi

Mereka yang berkulit cerah lebih cenderung mengalami kedutan dan garis halus pada wajah sementara individu berkulit gelap lebih mudah mengalami hiperpigmentasi.

Hiperpigmentasi itu adalah pertumbuhan bintik-bintik kecil berwarna gelap dan biasanya tumbuh di sekitar bahagian mata dan tulang pipi.

2. Perubahan struktur wajah

Perubahan lain yang mungkin berlaku pada wajah ketika usia memasuki 30 tahun adalah perubahan struktur wajah. Mengapa ia berlaku?

Perubahan ini biasa terjadi disebabkan kehilangan lemak dipanggil subkutan pada wajah. Keadaan ini menyebabkan wajah kelihatan cengkung.

Biasanya, perubahan tersebut dapat dilihat di bawah bahagian mata, pipi atau hidung. Penghasilan kolagen juga berkurangan pada tahap ini dan membuatkan kulit menjadi lebih nipis.

Produk penjagaan kulit terbaik usia 30-an

Langkah terbaik untuk mengatasi masalah kulit pada usia 30 tahun adalah dengan berjumpa dengan doktor kulit namun terdapat beberapa produk yang dapat digunakan bagi melindungi wajah anda.

Kredit : mstar.com