T Shape Concept

Antara benda menarik dan penting yang saya dapat garap pada Workshop CEE yang saya sertai Ahad lalu adalah Konsep T Shape yang Prof Khairiyah nyatakan.

Rupanya, setelah diteliti, ahli felo penyelidik di CEE ramai yang menguasai bidang education secara surface dan Komuniti sahaja, tetapi tidak secara scholarly. Itu cabaran utama Felo-felo penyelidik di CEE. Kami semua kekurangan sangat kepakaran scholarly.

Apa kena mengena Konsep T Shape tu dengan masalah Scholarly. Barisan melintang pada huruf T besar melambangkan kita harus menguasai ilmu education umum atau asas, yang menyeluruh dengan baik. Ini boleh digunapakai diperingkat komuniti, semasa bagi training umum seperti training Active Learning (AL), Cooperative Learning (CL) dan lain2 kepada para peserta.

Jadi bahagian T yang menegak pula, itulah bahagian Scholarly. Kita perlu betul2 menguasai fundamental sefaham fahamnya dan sedalam dalamnya. Bahagian Scholarly inilah yang membolehkan kita bermain main dengan teori dan mungkin memperbaiki atau memulakan teori baru.

 

 

PBL Monitoring di SMK Taman Sutera

Sebenarnya antara tugas saya adalah memantau perjalanan PBL Low Carbon Society (LCS) di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sutera setiap pagi Rabu. Namun, apa kan daya, saya terpaksa fokus untuk mengerjakan review paper yang perlu saya submit 15 Ogos ini.

Namun demikian saya tetap peka dan mengikuti perkembangan cikgu2 yang menjalankan PBL di sana. Tadi pun wakil CEE, Aishah yang setiasa selalu datang untuk menjadi pemerhati bertanyakan saya tentang berapakah jumlah kuantiti yang sesuai untuk pelajar menghantar survey dan questionaires. Bagus cikgu2 ni. Bagus juga pelajar2 mereka. Setakat dua kali saya hadir dan memantau perjalanan PBl di sekolah, saya dapat lihat semangat yang sangat menakjubkan dipamer oleh cikgu2 walaupun masing2 baru dalam arena PBL ini. Kekadang teragak-agak, tapi mereka dapat juga jalankan.

Biasalah benda baru belajar, ada silap sikit2. Lama2 akan pandai lepas belajar dari kesilapan yang sikit2 tu.

Menulis Oh Menulis

Saya sebenarnya sedang menulis satu review paper untuk dibentangkan dalam satu Conference Antarabangsa tidak lama lagi. Cabaran menulis ni saya akui ada banyak. Adakalanya masa menulis ni lambat bergerak. Ada kalanya menulis ni laju, seolah-olah idea bercambah-cambah hadir. Menulis satu mini review paper pula membuatkan kita harus meneliti, membaca dan menganalisa lebih kurang hampir 100 jurnal. Kalau satu review yang comprehensive sememangnya perlu lebih dari 100 jurnal.

Entah kenapa mood dan idea meneruskn review paper hadir pukul 11.30pm. Sebab mood dan idea ada, saya teruskan sehingga 2.40am. Akibatnya saya sangat mengantuk pagi ini. Tetapi saya gembira sebab dapat menulis agak banyak.

Usaha gigih ini saya akan teruskan sehingga selesai. Due date adalah pada 15 Ogos ini. Mesti submit both paper dan slide presentation. Doakan saya. Semoga dipermudah Allah.

Examiner for MKKE Proposal and Final Defence

  • Tarikh: 6 August 2019
  • Masa: 2.00pm -4.30pm
  • Lokasi: BMF, N01

Saya menjadi penilai (examiner) bersama-sama dengan PM Dr. Mohd Kamaruddin Abd Hamid untuk 6 orang pelajar MKKE Master Energy. Ini kali kedua saya menjadi penilai untuk pelajar Master Energy. Untuk sesi kali ini ada 2 pelajar yang membentangkan proposal, manakala 4 pelajar membentangkan final disertationnya.

Saya seronok menjadi penilai sebab dapat melihat research-research baru yang sangat menarik dan interesting. Itulah, luasnya ilmu Allah. Setinggi mana pun kita belajar, sehingga 10x phD sekalipun, takkan dapat menyamai kekuasaan ilmu yang Allah miliki. MasyaAllah.

 

 

Examiner Faisal Abdullah MKKK First Stage

  • Tarikh: 5 August 2019
  • Masa: 9.30am -10.30am
  • Lokasi: Bilik VIVA 2, N01
  • Pengerusi: Dr. Siti Hajjar Che Man
  • Examiner: Me, Dr. Mahadhir Mohamed
  • Pelajar: Faisal Abdullah
  • SV: Dr. Muhammad Tahir

Awal pagi tadi saya dengan berdedikasinya membaca proposal yang telah ditulis oleh Faisal, pelajar seliaan Dr. Muhammad Tahir. Terpaksa baca proposal master disertationnya dalam bentuk digital, sebab sangat tiba-tiba Proposal Defence ini di rancang dan dilaksana. Semalam petang baru betul-betul Koordinator MKKK Dr. Alafiza hubungi saya untuk confirm availability untuk jadi examiner. Tidak mengapa. Saya boleh baca digital version of the Proposal. Saya catatkan di kertas point-point yang perlu di highlightkan untuk teguran, komen dan improvement. Tepat 9.30am, saya tiba di Bilik VIVA 2 dan menggunakan hardcopy proposal untuk membuat rujukan akhir sambil Faisal membentangkan presentation di hadapan dengan menggunakan power point slide.

Secara keseluruhan, penyelidikan ini baik dan pelajar boleh meneruskan projek Photocatalysis nya yang menggunakan Zn/Rh/g-C3H4.

Program Townhall Setahun UTM Synergy 4.0

  • Tarikh: 5 August 2019
  • Masa: 8.30am -12.00pm
  • Lokasi: Dewan Sultan Iskandar (DSI), UTM

Saya tak sempat nak hadir untuk keseluruhan program ini kerana terlibat dengan First Stage Assessment pelajar MKKK Faisal Abdullah.  Makanya, dapatlah dengar sampai pukul 9.25am sahaja. Cuma sempat dengar Datuk NC berucap dan tak sempat mendengar TNCA membentangkan presentasinya.

Program ini bertujuan untuk mempamerkan serta memberi penerangan kepada terhadap impak daripada tranformasi sinergi 4.0 ke arah kecemerlangan dan kelestarian melalui Inisiatif 6P (People, Products-Programs, Performance Delivery, Promotion & Partnership-Corporate Affairs, Physical Facility dan Purpose). Selain itu, program ini juga dapat menunjukkan perancangan dan cabaran dalam melaksanakan Inisiatif CAI (Continuous Amal Improvement).

1 Day Workshop CEE

  • Tarikh: 4 August 2019
  • Masa: 9.00am -5.00pm
  • Lokasi: Centre of Engineering Education (CEE) Meeting Room, T02.

Sebagai Felo Penyelidik baru untuk CEE, saya hadir ke Workshop CEE yang mana membincangkan perancangan CEE untuk tempoh sehingga 2024. Betul-betul masterplan CEE. Awalnya kami yang hadir perlu sama-sama come out dengan apa Aims, Hasrat, Gap, Research Interest yang berkaitan dengan CEE. Semua felo researcher CEE diberikan peranan dan tanggungjawap masing-masing untuk sama-sama membangunkan CEE menjadi Hi-COE walaupun dengan pelbagai kekurangan yang ada.

InsyaAllah CEE akan maju pada masa akan datang. Sekarang ni pun CEE, di bawah leadership Prof Khairiyah sudah berada di kesemua benua di dunia kecuali Benua Antartik dan Antartika.

INVITATION INDUSTRY TALK : THE CHANGING LANDSCAPE OF THE SOLAR PV INDUSTRY

Today I attended this research and industry talk organized by Resource Sustainability Research Alliance. The talk is very interesting and really opened my mind in terms of the new and future perspective of solar industry. Plenty of information that I have not even ever thought off before were revealed.

The details of the event are as below:

Date : 29 July 2019 (Monday)
Time : 9 a.m
Venue : Dewan Senat , Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim

Testing my Heating Mantle Capabilities

Checking and testing in progress. It has not been used for quite some time and now I am checking it out to see if it is OK and can meet the desired temperature I wanted to launch my new research.

It should be able to reach 500 oC. Today’s experiment showed that it reached 360 oC, merely based on the limitation of my mercury thermometer.

 

Kursus Persediaan Problem-Based Learning (PBL) for Low Carbon Education in Iskandar Malaysia Bil. 5/2019.

Nampaknya cikgu-cikgu yang terlibat kebanyakannya dah boleh mengendalikan PBL di sekolah masing-masing. Kita dari Center of Engineering Education (CEE), UTM bantu guide dan pantau sikit-sikit. Good jobs teachers. Alah bisa tegal biasa!

Trainers/Facilitators : Prof. Dr. Khairiyah Mohd Yusof, Dr. Syed Helmi, Assoc. Prof. Dr. Fatin Aliah Phang, Assoc. Prof. Dr. Ts. Mohd Kamaruddin Abd Hamid& Zaki Yamani Zakaria.

UTM Open Day