Bahan-bahan
Bagi menyediakan pulut pisang style Bangkok ini, anda perlu sediakan 1/2 kg beras pulut, 6 hingga 7 biji pisang (empunya resipi suka guna pisang nangka), santan cair secukupnya, kelapa parut muda, 1 cawan gula bergantung juga pada kuantiti parutan kelapa tadi (boleh dikurangkan manis).
Kemudian, secubit garam, sediakan juga plastik atau daun pisang bagi tujuan untuk balut serta tali dan pewarna hijau.
Cara memasak
Cara memasak pulut hijau ini mudah sahaja. Apa yang perlu anda lakukan adalah pulut dicuci dan rendam, bubuh pewarna hijau. Biarkan sejam dua.
Kemudian, kukus pulut, letak santan cair. Biar nampak tenggelam pulut, masukkan secubit garam dan kukus sampai masak. Pisang kukus sekejap sampai separuh masak sahaja. Bila pulut hampir sejuk, mulalah gulungkan pisang dalam pulut. Diikuti proses membalut dan membungkus. Gunakan kreativiti sendiri.
Langkah terakhir
Kukus balik sekejap untuk memantapkan pulut. Kemudian, biarkan ianya sejuk baru boleh dipotong. Gula dimasak dengan hanya sedikit air dan campur secubit garam.
Apabila gula sudah hancur, angkat dan gaulkan dengan kelapa parut. Gaulkan kelapa parut dengan pulut pisang yang dipotong tadi. Jadikan seperti gambar di atas. Sedia untuk dihidangkan bersama kopi atau teh panas buat minum petang.