Setiap tahun kulit popia pasti menjadi pilihan pembuat kuih raya kerana pemintaan tinggi dari pelanggan. Malah, ada sahaja resepi baru menggunakan kulit popia sebagai bahan utama. Kali ini, wanita ini kongsi resepi menggunakan kulit popia yang lain dari yang lain. Sekali tengok macam sedap, dua kali tengok terus rasa nak buat! Jom cuba!
Bahan-Bahannya
1.Popia tak kisah apa apa jenama
2. Oreo guna brand nie. Dia dah siap hancur. Beli kat kedai cake. Harga dalam rm13
3. White coklat guna brand nie. Cairkan guna kaedah double boil. Beli kat kedai cake jugak. Harga rm15.90
Cara-cara buat
– Kalau guna yang kulit popia yang besar potong kepada 4 bahagian -> gulung -> lekatkan ujung dia dengan air.
– Kalau guna yang kulit popia yang kecik, terus gulung sahaja -> lekatkan ujung dia dengan air
– Goreng hingga keperangan
Kaedah Double Boil
– Cairkan white coklat guna double boil , bila dah cair celup pada kulit kulit popia , pastu balut pula dengan oreo.
– ** kalau guna coklat balutkan dengan badam sedap.
– ** badam leceh sikit sebab nak kena sangai dulu
– tak perlu letak dalam peti sejuk.
– Siap!