6 Resepi Pasta Ringkas & Lazat Yang Anda Boleh Buat Dalam 30 Minit Untuk Si Anak Kecil

Pasta-pasta mudah dan sedap yang penuh dengan nutrisi untuk anak-anak kecil.

 

1. Penne Goreng

Penne Goreng

Image via MyResipi

Resepi Penne Goreng yang mudah ini pasti akan membuat anak kecil anda tersenyum gembira kerana bentuk pasta penne yang silinder membuatkan ia sangat mudah untuk dimakan. Resepi ini juga mempunyai beberapa jenis sayur-sayuran seperti brokoli, tomato dan lada benggala yang sihat untuk anak-anak kecil.

Dapatkan resepi penuh Penne Goreng di sini.

Bahan-bahan diperlukan:

  • 500 g penne
  • 1 labu bawang holland (Dipotong dadu)
  • 300 g udang (Dibuang kulit)
  • 5 biji sosej (Dipotong kecil)
  • 300 g brokoli (Dipotong kecil)
  • 5 biji tomato (Dipotong dadu)
  • 10 biji cendawan butang  (Dipotong nipis)
  • 3 sudu makan sos cili
  • ½ cawan sos tomato
  • 1 sudu makan lada hitam (Dikisar)
  • 1 biji capsicum merah (Dipotong panjang)
  • 1 biji capsicum hijau (Dipotong panjang)
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Rebuskan penne sehingga lembut dan tuskan. Kemudian ketepikan.
  2. Panaskan minyak kemudian tumiskan bawang holland
    sehingga naik bau dan layu.
  3. Masukkan udang dan sosej. Kemudian goreng sehingga masak.
  4. Masukkan penne, brokoli, tomato, cendawan butang, sos cili, sos
    tomato, serbuk lada hitam, dan garam. Kacau rata.
  5. Tutupkan api dan masukkan capsicum merah dan capsicum hijau. Kemudian kacau rata sekali lagi.

2. Salad Ayam Dan Makaroni

Salad Ayam dan Makaroni

Image via MyResipi

Anak-anak kecil memang gemar memakan pasta makaroni kerana bentuknya yang kecil dan mudah untuk dimakan. Kuah pasta juga mudah melekat kepada liku-liku pasta yang menambahkan lagi rasa. Oleh sebab itu resepi Makaroni Goreng ini memang sesuai untuk anak-anak kecil.

Dapatkan resepi penuh Salad Ayam Dan Makaroni di sini.

Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 paket makaroni
  • 200 g brokoli (Dipotong kecil)
  • 1 keping dada ayam (Dibakar)
  • 1 biji capsicum hijau (Dihiris)
  • 1 biji capsicum merah (Dihiris)
  • 2 biji tomato (Dihiris)
  • 1 batang lobak merah (Dihiris)
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam
  • 2 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan kicap cair
  • 2 sudu makan minyak zaitun
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Rebus makaroni sehingga lembut. Angkat dan tuskan. Gaulkan dengan 1 sudu makan minyak zaitun.
  2. Rebuskan brokoli dengan sedikit garam sehingga lembut.
  3. Potong dadu dada ayam.
  4. Masukkan ayam di dalam mangkuk bersama sayur-sayuran dan makaroni yang sudah direbus.
  5. Gaulkan semua bahan dengan serbuk lada hitam, sos cili, kicap cair, dan baki minyak zaitun tadi.

3. Fetucini Carbonara

Fetucini Carbonara

Image via MyResipi

Resepi Fetucini Carbonara ini juga pasti akan disukai anak-anak kecil kerana kuah pastanya yang mempunyai dua jenis keju dan herba seperti oregano, parsli dan lada hitam. Ditambah pula dengan sosej dan cendawan butang, hidangan ini memang sangat memuaskan.

Dapatkan resepi penuh Fetucini Carbonara di sini.

Bahan-bahan diperlukan:

  • 300 g fetucini  (Direbus hingga lembut)
  • 1 labu bawang holland  (Dipotong dadu)
  • 1 ulas bawang putih (Dicencang)
  • 10 batang sosej (Dipotong kecil)
  • 2 biji tomato (Dipotong dadu)
  • 10 biji cendawan butang (Dipotong)
  • 1 cawan susu segar
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam
  • 1 sudu makan serbuk oregano
  • 125 g keju cheddar
  • 1 biji capsicum merah
  • 1 biji capsicum hijau
  • 30 g daun parsli
  • 100 g keju parmesan
  • 2 sudu makan minyak jagung
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Panaskan minyak jagung, kemudian tumis bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau.
  2. Masukkan sosej, tomato, cendawan butang, dan susu segar. Kemudian kacau rata.
  3. Masukkan serbuk lada hitam, serbuk oregano, dan garam. Kacau rata sekali lagi.
  4. Masukkan keju cheddar, capsicum merah, dan capsicum hijau. Masak sehingga pekat.
  5. Tuangkan di atas fetucini dan taburkan daun parsli dan keju parmesan. Sedia dihidangkan.

4. Makaroni Bakar

Makaroni Bakar

Image via MyResipi

Untuk sedikit kelainan, cubalah resepi Makaroni Bakar ini. Resepi ini menggunakan bahan-bahan seperti susu dan keju cheddar yang membuatkan rasanya seakan-akan sama seperti makaroni keju bakar. Hidangan ini pasti akan menggamit selera anak-anak kecil anda.

Dapatkan resepi penuh Makaroni Bakar di sini.

Bahan-bahan diperlukan:

Bahan A
  • 300 g daging kisar
  • 1 ulas bawang putih (Dicencang halus)
  • 1 labu bawang holland (Dipotong dadu)
  • 10 biji cendawan butang  (Dipotong kecil)
  • 3 biji tomato (Dipotong dadu)
  • 1 biji capsicum merah  (Dipotong dadu)
  • 1 biji capsicum hijau  (Dipotong dadu)
  • 1 biji capsicum kuning  (Dipotong dadu)
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1 sudu makan minyak jagung
  • Garam secukup rasa
Bahan B (Sos Putih)
  • 1 sudu makan minyak jagung
  • 1 sudu makan tepung gandum
  • ½ cawan susu segar
Bahan C
  • ½ paket makaroni (Direbus sehingga lembut)
  • 125 g keju cheddar (Diparut)
  • 5 biji telur
  • 1 cawan susu segar
  • 50 g daun parsli (Dicencang)
  • 1 sudu makan minyak jagung

Cara menyediakan dan memasak:

Cara Membuat Inti
  1. Panaskan minyak jagung, kemudian tumis bawang putih dan bawang
    holland.
  2. Masukkan daging kisar, cendawan butang, tomato, garam dan serbuk
    lada sulah. Kacau rata sehingga daging masak.
  3. Masukkan semua capsicum dan kacau rata. Ketepikan.
Cara Membuat Sos Putih
  1. Panaskan minyak jagung di dalam kuali lain kemudian masukkan tepung gandum. Kacau rata.
  2. Masukkan susu dan kacau sehingga sebati, kemudian ketepikan.
Cara Membuat Makaroni
  1. Sapukan minyak jagung di dalam mangkuk tahan panas.
  2. Kemudian masukkan makaroni rebus dan bahan inti.
  3. Tuangkan sos putih ke dalam mangkuk yang berisi makaroni dan inti.
  4. Kacau rata telur dan susu segar. Masukkan ke dalam mangkuk yang berisi makaroni dan taburkan keju cheddar dan daun parsli.
  5. Bakar di dalam oven yang sudah dipanaskan pada suhu 180ºC selama 30 minit ataupun sehingga keju keperangan.
  6. Sedia dihidangkan.
 

5. Spageti Bolognese

Spageti Bolognese

Image via MyResipi

Resepi Spageti Bolognese ini memang klasik dan kesukaan anak-anak kecil kerana rasa sos tomato yang simple dan begitu sesuai dengan cita rasa kanak-kanak. Cara menyediakannya pula senang sekali kerana anda hanya perlu merebuskan pasta dan menumis bahan-bahan asas dapur.

Dapatkan resepi penuh Spageti Bolognese di sini.

Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 paket spageti (Direbus sehingga lembut)
  • 2 labu bawang holland (Dipotong dadu)
  • 1 ulas bawang putih (Dicencang halus)
  • 4 sudu makan cili kisar
  • 400 g daging kisar
  • 1 cawan sos tomato
  • 1 batang lobak merah (Dipotong dadu)
  • 1 biji capsicum hijau (Dipotong dadu)
  • 2 biji tomato muda (Dipotong dadu)
  • 1 tin cendawan butang (Dihiris nipis)
  • ½ cawan air
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 3 sudu makan minyak masak
  • 1 sudu makan serbuk oregano
  • 1 pokok daun parsli (Dicencang)
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Panaskan minyak, kemudian tumiskan bawang holland dan
    bawang putih sehingga naik bau.
  2. Masukkan cili kisar. Kacau rata sehingga pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan daging kisar dan kacau rata lagi.
  4. Masukkan sos tomato, lobak merah, capsicum, tomato, cendawan
    butang, garam, air, dan serbuk lada hitam. Kacau rata dan biarkan
    sehingga pecah minyak.
  5. Angkat dan tuangkan di atas spageti.
  6. Taburkan serbuk oregano kering dan hirisan daun parsli.

6. Spageti Bebola Daging

Spageti Bebola Daging

Image via MyResipi

Bebola daging memang menu yang paling laku di kalangan anak-anak kecil. Resepi bebola daging ini pula lebih sihat kerana hanya mengandungi daging dan sedikit tepung. Disamping itu, resepi Spageti Bebola daging ini juga dipenuhi dengan sayur-sayuran yang sihat untuk anak-anak.

Dapatkan resepi penuh Spageti Bebola Daging di sini.

Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 paket spageti (Direbus sehingga lembut)
  • 500 g daging kisar
  • ½ cawan tepung jagung
  • 1 labu bawang holland (Dipotong dadu)
  • 1 tin cendawan butang (Dihiris)
  • 3 biji tomato (Dipotong dadu)
  • 1 batang lobak merah  (Dipotong dadu)
  • 1 cawan sos tomato
  • 1 sudu makan serbuk oregano
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam
  • 1 biji capsicum merah   (Dipotong dadu)
  • 1 biji capsicum hijau   (Dipotong dadu)
  • 50 g daun parsli (Dicencang halus)
  • 2 sudu makan minyak jagung
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Gaulkan daging kisar dengan tepung jagung. Bulatkan seperti bebola kecil. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak jagung dan tumiskan bawang holland sehingga
    naik bau.
  3. Masukkan cendawan butang, tomato, lobak merah, sos tomato,
    serbuk oregano, serbuk lada hitam, dan garam. Kemudian kacau
    rata.
  4. Masukkan bebola daging tadi. Kacau perlahan sehingga
    mendidih dan masak.
  5. Masukkan capsicum hijau dan capsicum merah. Kacau rata sekali
    lagi.
  6. Tuangkan di atas spageti. Taburkan daun parsli semasa
    menghidang.

Speak Your Mind

*