‘Sloppy Joe Casserole’

Sloppy Joe merupakan sejenis sandwic popular yang digemari ramai kerana ia mempunyai kuah daging yang dimasak dengan sos tomato. Memang sedap!

Image via Facebook Danish Harraz Resepi Sloppy Joe Casserole

Antara bahan yang diperlukan adalah:

  • Roti putih secukupnya
  • Mentega atau marjerin (untuk disapu pada roti)
  • 250 gram daging kisar
  • ½ biji bawang kuning (dicincang)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • ¾ cawan sos tomato
  • 1 sudu kecil mustard
  • 2 sudu kecil gula perang
  • ½ – 1 sudu kecil serbuk cili atau serbuk cayenne (ikut cita rasa anda)
  • ½ sudu kecil daun parsli
  • Garam halus (secukup rasa)
  • 1 ½ – 2 cawan parutan keju mozarela
  • 2 sudu besar minyak zaitun

Jom ikuti cara membuatnya pula:

  1. Dalam kuali, panaskan minyak zaitun.
  2. Tumiskan daging kisar sehingga kering dan warna sudah bertukar menjadi gelap.
  3. Seterusnya, masukkan bawang kuning dan bawang putih. Tumiskan sehingga layu.
  4. Masukkan sos tomato dan mustard. Gaulkan sehingga sebati.
  5. Kemudian, masukkan gula perang, serbuk cili, daun parsli, serbuk cayenne dan garam halus.
  6. Panaskan ketuhar pada suhu 160°C selama 25 hingga 30 minit.
  7. Sapukan mentega pada roti. Pastikan roti dipotong kemas bergantung kepada saiz loyang anda.
  8. Susunkan roti yang disapu mentega di lapisan paling bawah sekali.
  9. Letakkan kuah daging di atas roti dan ratakan.
  10. Taburkan keju mozarela. Jika anda mahu, anda juga boleh menambah keju cheddar .
  11. Lapiskan keju dengan roti yang disapu mentega.
  12. Akhir sekali, masukkan casserole ke dalam ketuhar pada suhu 160°C selama 25 minit atau sehingga warna roti sudah bertukar menjadi perang keemasan dan garing.

Apabila Sloppy Joe Casserole sudah siap, inilah hasilnya. Resepi ini sangat mudah untuk disediakan dan sesuai untuk dinikmati bersama seisi keluarga. Memang puas hati!

 

Speak Your Mind

*