Archives for September 2020

8 Khasiat Aloe Vera Menarik Untuk Tahu. Hebat Betul Ciptaan Allah

Tahu tentang khasiat Aloe Vera? Hmm, kalau hendak tahu lebih jelas, kenalah baca artikel ini.

Aloe vera juga dikenali sebagai pokok lidah buaya. Lidah Buaya ialah salah satu tumbuhan antara 250 spesies aloe serata dunia. Aloe vera ialah tumbuhan saka, sukulen separa-tropika, dengan akar serabut yang kuat dan daun berwarna hijau kekelabuan, berisi tebal, dan bergerigi.

Bahagian yang digunakan dalam perubatan ialah jus dan gel daun aloe vera. Apabila ditanam secara komersial, pokok lidah buaya dituai setiap enam hingga lapan minggu dengan mengambil tiga hingga empat helai daun per pokok.

Pokok lidah buaya boleh menerima cahaya matahari penuh atau separa penuh untuk hidup. Ia antara tumbuhan yang membebaskan oksigen dan menyerap karbon dioksida walaupun berada dalam keadaan gelap, membuatkan ia sesuai diletakkan dalam bilik tidur.

Aloe vera telah digunakan sebagai ubatan tradisional untuk melegakan luka, ruam, demam, gatal-gatal, kulit dan banyak lagi. Tumbuhan aloe vera mempunyai sebatian seperti mannans, polysaccharides, lectins, dan anthraquinones yang sangat bermanfaat untuk kesihatan manusia.

Ia mempunyai 18 asid amino yang berfungsi bersamaan dengan sebatian lain untuk tubuh manusia untuk memberikan banyak manfaat kesihatan. Selain itu, pokok herba ini juga sangat terkenal dalam industri kosmetik dan produk kesihatan. Walau bagaimanapun ia masih kurang ditanam secara komersial di Malaysia.

 

Khasiat Aloe Vera Untuk Kesihatan

1. Meningkatkan Tahap Pencernaan

Sifat adaptogenik lidah buaya bermanfaat untuk pencernaan yang baik. Ia memastikan penyerapan nutrien yang efisien dan juga menghapuskan unsur-unsur berbahaya melalui perkumuhandengan lancar. Proses pencernaan yang sihat memberi kesan positif terhadap fikiran dan tindakan anda, seterusnya memberikan anda tahap kesihatan yang baik secara menyeluruh. Ia menyembuhkan sindrom usus besar (IBS), sembelit, dan buasir.

Aloe vera mempunyai sebatian yang dipanggil polisakarida yang mempunyai keupayaan untuk menyembuhkan pelbagai gangguan pencernaan dan ulser.

Ulser adalah salah satu akibat yang paling menonjol dalam masalah pencernaan yang berkesan disembuhkan oleh ekstrak tumbuhan ini. Banyak kajian telah membuktikan bahawa ia menyembuhkan masalah seperti penyakit Crohn, ulser peptik, dan gangguan pencernaan yang lain.

Sekiranya anda mengalami ulser, anda boleh mengambil ekstrak buaya lidah buaya selama sekurang-kurangnya 3 – 4 minggu untuk mendapatkan kesan yang positif.

 

2. Meningkatkan Imunisasi

Minuman jus aloe vera mempunyai ciri-ciri detoksifikasi semulajadi yang berkesan membersihkan sistem pencernaan dan sistem peredaran darah.

Oleh kerana tahap penyerapan nutrien yang bagus, ia menghasilkan peredaran darah yang lebih baik dan juga meningkatkan kesihatan.

Apabila darah itu kaya dengan oksigen, ia secara automatik memberikan nutrien kepada sel-sel lain dengan baik. Sel-sel yang sihat ini memastikan keupayaan tubuh anda untuk menangkis jangkitan, seterusnya meningkatkan sistem imun anda.

 

3. Kulit Yang Sihat

Aloe vera telah digunakan untuk penyakit kulit sejak zaman purba. Gel aloe vera yang diekstrak daripada daunnya adalah ubat semulajadi yang terbaik untuk masalah kulit dan ia juga membantu mengurangkan gejala penuaan. Banyak produk penjagaan kulit dan diri, serta kosmetik yang menggunakan ekstrak aloe vera.

Imej via beautymn

Malah, jika anda mempunyai tumbuhan ini di rumah, anda hanya perlu mengambil sebahagian kecil daun, toreh daun untuk dapatkan gel dan sapukannya dalam bentuk mentah di wajah anda.

Terapi ini  lebih baik dan lebih berkesan daripada kebanyakan krim kulit yang telah terproses di pasaran.  Kebanyakan orang juga lebih suka meminum jus aloe vera, kerana sifat tumbuhan berfungsi secara dalaman. Ia juga membantu menyembuhkan sengat, ruam, jerawat, dan psoriasis.

 

4. Penjagaan rambut

Aloe vera telah terbukti boleh menggalakkan pertumbuhan rambut secara semulajadi. Produk penjagaan rambut yang mengandungi ekstrak aloe vera adalah penting untuk mengekalkan rambut tebal dan sihat.

Anda boleh menyapu gel lidah buaya ke seluruh kulit kepala dan rambut untuk merawat keguguran rambut kerana ia mempunyai enzim yang merangsang pertumbuhan rambut.

Syampu lidah buaya meningkatkan peredaran darah dan menghalang anda daripada stres dan tekanan mental. Malah, ia mempunyai sifat anti radang yang berkesan merawat alopecia androgenetik atau kebotakan pola lelaki.

Sekiranya anda menggunakannya secara kerap sebagai syampu dan perapi, anda dapat menghalang keguguran rambut di usia muda.

 

5. Melegakan Sakit Sendi & Otot

Aloe vera bersifat anti radang yang berfunsi dengan berkesan untuk sakit sendi dan otot. Menyapu gel aloe vera dapat mengurangkan keradangan sendi. Makan lidah buaya, kapsulnya, atau minum jusnya boleh mengurangkan keradangan di seluruh badan, seterusnya memberi kesegaran pada badan.

Dalam beberapa kajian, telah dilaporkan bahawa orang yang selalu mengambil jus lidah buaya selama sekurang-kurangnya dua minggu mengalami peningkatan yang signifikan dalam masalah peradangan. Walau bagaimanapun, ia berfungsi dengan baik apabila diet anda kurang pengambilan daging merah, gula, susu, makanan bergoreng, dan tepung putih. 

 

6. Menyembuhkan luka

Aloe vera dianggap sebagai penyembuh semulajadi sejak ribuan tahun dahulu. Jika digunakan secara luaran, ia adalah pilihan terbaik untuk penyembukan luka pada kulit.

Malah, dalam banyak kes, lidah buaya dianggap sebagai ajaib sekalipun untuk kes luka yang paling serius. Jus aloe vera serta-merta ’menutup’ luka dengan menarik aliran darah ke luka, untuk meningkatkan proses penyembuhan luka.

Dalam banyak kajian, telah terbukti bahawa lidah buaya secara berkesan merawat mangsa terbakar tahap ketiga dan ia menyembuhkan kulit yang terbakar dengan cepat.  Selain itu, dapatan kajian juga mendapati sejumlah besar gel lidah buaya dapat menyembuhkan luka tembakan dan luka tisu.

 

 7. Menurunkan Gula Dalam Darah

Menurut satu kajian Phytomedicine: Jurnal Antarabangsa Phytotherapy dan Phytopharmacy, mereka mendapati meminum dua sudu jus lidah buaya setiap hari boleh menyebabkan kadar gula dalam darah menurun bagi pesakit diabetes jenis 2. Ini bermakna bahawa lidah buaya mungkin berkesan dalam rawatan diabetes.

Keputusan ini disahkan oleh satu lagi kajian yang diterbitkan dalam Penyelidikan Phytotherapy yang menggunakan ekstrak pulpa.

Namun begitu, bagi pesakit diabetes yang mengambil ubat penurun glukosa, anda harus berhati-hati ketika memakan lidah buaya. Jus bersama-sama dengan ubat-ubatan diabetes mungkin mengurangkan kiraan glukosa anda ke tahap berbahaya.

Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk anda mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum memulakan apa-apa rawatan alternatif terhadap penyakit kencing manis.

 

8. Penyembuhan Penyakit Gusi

Penyakit gigi dan gusi juga boleh diubati oleh lidah buaya. Anda boleh mencuba ubat semulajadi ini di rumah iaitu dengan meletakkan serbuk aloe vera pada berus gigi, kemudian berus secara normal.

Serbuk lidah buaya akan menenangkan gusi anda dan menyembuhkan apa-apa jenis jangkitan atau lebam.  Jus lidah buaya juga boleh membantu mengekalkan gusi yang sihat. Anda hanya perlu berkumur-kumur dengan jus lidah buaya. Atau anda perlu meningkatkan pengambilan vitamin D. Kedua-dua langkah ini cukup untuk mendapatkan kembali kesihatan gusi anda dalam masa beberapa bulan.

 

Kesimpulan

Walaupun aloe vera memberi banyak manfaat kepada kesihatan, namun ia juga boleh memberi kesan sampingan kepada sesetengah individu. Antaranya interaksi negatif dengan ubat-ubatan tertentu, keradangan kulit, reaksi alergi, komplikasi kepada kehamilan dan diabetes, dan kemungkinan kesan terhadap hati.

Oleh itu, bagi anda yang ingin mengamalkan aloe vera, dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat pengamal perubatan sebelum mengamalkannya. Dan sekiranya terdapat kesan ketidakselesaan selepas mengamalkan aloe vera, dapatkan rawatan segera dari doktor bertauliah.

 

20 Petua Hilangkan Kelemumur Menggunakan Barang Di Rumah Sahaja

Kelemumur adalah masalah yang sangat susah untuk diatasi. Sekali anda mempunyai kelemumur pada kulit kepala, amat susah untuk menghilangkannya walau pun dengan menggunakan sampu mahal.

Kelemumur bukan sahaja menyebabkan kegatalan malah ia juga membuatkan anda berasa tidak selesa. Jom kami kongsikan petua hilangkan kelemumur yang boleh anda amalkan.

kelemumur

Sumber: Dailypioneer

1. Santan kepala

Ambil beberapa sudu santan kelapa dan sapukan ke seluruh rambut, dan pastikan kulit kepala juga diselaputi oleh santan. Urut buat seketika dan balut dengan tuala atau shower cap. Biarkan selama dua jam. Basuh rambut dan bersyampu sehingga tiada lagi sisa santan tertinggal di kepala.

2. Daun inai

Biasa kita dengar orang gunakan daun inai untuk mewarnakan rambut yang putih sebab uban. Sebenarnya, daun inai juga boleh digunakan untuk menghilangkan kelemumur. Caranya, tumbuk daun inai sehingga lumat. Sapukan ke kulit kepala dan balut selama 30 minit. Basuh sehingga bersih.

3. Limau nipis

Limau nipis bukan sahaja menyegarkan kulit kepala dan membantu menghilangkan sakit kepala, malah ia juga membantu mengatasi masalah kelemumur. Caranya, potong 3 biji limau nipis dan campurkan dengan satu gayung air. Perah limau supaya jusnya keluar. Selepas anda selesai mandi, basahkan kepala dengan air limau nipis tadi, ramaskan rambut dan pastikan sampai ke kulit kepala. Tidak perlu dibilas. Lakukan sekerap yang boleh.

4. Lemon

Selain limau nipis, lemon juga boleh digunakan untuk menghilangkan kelemumur. Caranya sama seperti limau nipis di atas. Jika di rumah anda ada limau nipis, boleh gunakan limau nipis. Jika cuma lemon yang ada, anda boleh gunakan lemon sebagai pengganti.

5. Aloe vera

Aloe vera sememangnya pokok berkhasiat pelbagai guna yang wajib ada di setiap rumah. Sekiranya anda mempunyai masalah kelemumur, ambil sedikit jel aloe vera dan sapukan ke seluruh kulit kepala. Urut seketika bagi memastikan jel tadi diserapmoleh kulit kepala. Biarkan selama 30 minit, dan cuci bersih.

kelemumur

6. Daun durian belanda

Buah durian belanda sedap dimakan. Rasanya yang masam masam manis pastinya membuatkan anda menelan air liur sekarang. Tahukah anda, daun durian belanda boleh digunakan untuk menghilangkan kelemumur. Caranya, ambil  5 helai daun durian belanda. Ramas sehingga lumat, campurkan sedikit air sehingga menjadi seperti pes. Sapukan ke seluruh rambut termasuk kulit kepala. Biarkan selama satu jam, dan cuci sehingga bersih.

7. Minyak argan

Selain mengatasi masalah keguguran rambut dan melebatkan semula rambut, minyak argan juga berfungsi untuk menghilangkan kelemumur yang kronik. Caranya, sapukan minyak argan ke seluruh kulit kepala setiap kali selepas mandi. Insya Allah, kelemumur anda akan berkurangan sedikit demi sedikit.

8. Minyak zaitun

Minyak zaitun juga mempunyai 1001 khasiat, termasuk menghilangkan kelemumur. Untuk menghilangkan kelemumur, sapukan minyak zaitun ke kulit kepala sebelum tidur setiap malam.

9. Minyak almond

Tak ramai yang tahu bahawa minyak almond juga membantu menghilangkan kelemumur. Sapukan minyak almond ke rambut sekerap yang mungkin, anda akan melihat kesannya.

10. Minyak hazelnut

Selain minyak almond, minyak hazelnut juga membantu mengatasi masalah kelemumur.

kelemumur

11. Bawang

Jangan terkejut, bawang juga boleh digunakan untuk menghilangkan kelemumur. Caranya, potong sebiji bawang dan sapukan ke permukaan kulit kepala. Biarkan selama 15 minit dan basuh sehingga bersih dan tiada lagi bau bawang yang melekat pada rambut anda.

12. Baking soda

Baking soda juga boleh digunakan untuk menghilangkan kelemumur. Caranya, ambil satu sudu kecil baking soda dan sapukan ke kulit kepala yang basah. Seeloknya dilakukan sambil anda mandi. Urut kulit kepala untuk seketika dan bilas. Sambung mandi seperti biasa.

13. Garam bukit

Garam bukit bukan sahaja baik untuk kesihatan malah boleh digunakan untuk menghilangkan kelemumur. Caranya, larutkan 2 sudu kecil garam bukit dan sapu rata ke seluruh kulit kepala. Biarkan selama 30 minit, cuci sehingga bersih.

14. Cuka makanan

Cuka makanan yag bersifat asid boleh membantu menghilangkan kelemumur yang menghantui anda sejak sekian lama. Caranya, larutkan sesudu cuka bersama satu cawan air. Sapukan ke seluruh kulit kepala. Biarkan selama 5 minit, dan cuci sehingga bersih.

15. Cuka epal

Selain cuka makanan, cuka epal atau apple cider vinegar juga boleh digunakan untuk menghilangkan kelemumur. Caranya sama seperti penggunaan cuka makanan.

kelemumur

16. Daun pandan

Anda juga boleh menggunakan daun pandan untuk menghilangkan kelemumur. Caranya, ambil beberapa helai daun pandan yang tua. Kisar sehingga halus, dan sapukan ke kulit kepala. Urut selama 15 minit dan basuh.

17. Belimbing buluh dan santan

Ambil 5 biji belimbing buluh, tumbuk sehingga halus dan campurkan dengan 3 sudu santan. Sapukan pada kulit kepala. Bungkus kepala dan biarkan selama 30 minit. Basuh sehingga bersih.

18. Jerami padi, santan, dan limau nipis

Ambil beberapa batang jerami padi dan bakar. Kemudian hancurkan jerami padi tadi dan camourkan dengan 3 sudu santan, dan jus dari sebiji limau nipis. Jadikan sebagai masker dan sapukan ke seluruh kulit kepala. Urut dan biarkan selama satu jam. Kemudian cuci sehingga bersih.

19. Bersyampu setiap kali mandi

Kelemumur terjadi kerana lambakan minyak yang terkumpul pada kulit kepala. Oleh itu, anda wajib bersyampu setiap kali mandi bagi memastikan semua minyak yang terkumpul dibersihkan dari kulit kepala. Selepas bersyampu, pastikan anda bersihkan dengan betul sehingga tiada sisa syampu tertinggal pada kulit kepala.

20. Keringkan rambut selepas mandi

Selepas mandi, pastikan anda keringkan rambut sehingga betul-betul kering sebelum mengikat rambut atau memakai tudung. Gunakan hairdryer kalau ada. Mengikat rambut atau memakai tudung semasa rambut basah atau masih lembab akan menyebabkan kelemumur anda menjadi semakin banyak.

kelemumur

 

11 Petua Rambut Gugur Yang Wajib Anda Amalkan Kalau Taknak Botak

Masalah keguguran rambut bukan sahaja menghantui golongan wanita, malah lelaki juga tidak terlepas dari masalah ini.

Keguguran rambut nampak macam perkara kecil, tapi memberikan impak yang sangat besar kepada kita. Rambut yang semakin nipis dan berkurangan mampu menjejaskan tahap keyakinan diri. Betul tak?

Sumber Gambar: Ediagnosa

Kali ini kami nak kongsikan petua rambut gugur cara moden dan tradisional yang murah, mudah, dan dijamin berkesan yang anda boleh cuba di rumah.

Bawang besar + madu + pati minyak lavender

Bawang besar mengandungi sulfur yang berfungsi untuk membaiki peredaran darah dikulit kepala dan merangsang akar rambut bagi menggalakkan pertumbuhan anak rambut yang banyak. Madu pula berfungsi untuk menyuburkan rambut dan memberikan rambut yang licin dan berkilat. Pati minyak lavender berfungsi untuk mengurangkan bau tengik bawang yang akan melekat dirambut. Jika anda tidak menyukai bau lavender, boleh gunakan pati minyak lain yang mempunyai bau kegemaran anda.

Cara-caranya:

  • Ambil suku biji bawang besar, cincang sehingga halus dan berair. Lalu masukkan ke dalam mangkuk.
  • Masukkan 1 sudu madu kedalam mangkuk berisi bawang tadi.
  • Masukkan 3 titis minyak pati lavender.
  • Kacau hingga sebati.
  • Sapukan ke kulit kepala dan rambut sehingga rata.
  • Biarkan dikepala selama 30 minit. Basuh dengan bersih.

Lakukan setiap malam untuk mendapatkan rambut yang lebat tanpa masalah keguguran rambut.

Daun bunga raya

Ambil sepuluh helai daun bunga raya. Tak kisahlah bunga warna apa sekali pun, yang penting ianya bunga raya. Masukkan daun tadi ke dalam besen bersama air, ramaskan daun tadi sehingga air menjadi kehijauan. Basuh kepala dengan air ramasan tadi, biarkan seketika sebelum dibilas dengan air sehingga bersih.

Santan kelapa

Beli sepeket kecil santan kelapa segar. Sapukan ke rambut & kulit kepala sehingga rata. Balut kepala dengan tuala. Biarkan selama 30 minit. Lakukan 3 kali seminggu untuk mengatasi masalah keguguran rambut yang anda hadapi.

Sumber Gambar: Manado

Minyak argan

Minyak argan sememangnya berkesan untuk mengatasi masalah rambut gugur. Gunakan 2 kali sehari. Sapukan dari akar rambut sehingga ke hujung. Jika anda ada kelapangan, urutkan kulit kepala dengan minyak argan.

Minyak kelapa

Minyak kelapa yang dimaksudkan bukanlah minyak kelapa sawit yang kita gunakan untuk menggoreng, tetapi minyak kelapa tanak daripada santan kelapa. Caranya tanak santan kelapa sehingga menjadi minyak. Tapiskan minyak dan gunakan sebagai minyak rambut. Orang dulu-dulu menggunakan minyak kelapa ini sebagai kegunaan harian. Tengoklah rambut orang zaman dulu, cantik panjang mengurai.

Minyak zaitun

Minyak zaitun memnbantu mengurangkan masalah rambut gugur dan dalam masa yang sama menggalakkan pertumbuhan anak rambut baru. Ambil beberapa titis minyak zaitun, sapukan ke kulit kepala dan urut seketika. Dengan penggunaan yang konsisten, masalah keguguran rambut anda akan berkurangan.

Minyak rambut zam-zam

Kecil-kecil dulu siapa biasa tengok nenek guna minyak rambut zam-zam? Baunya boleh tahan kuat. Tapi kesannya sangat mujarab. Akar rambut akan menjadi kuat dan mengurangkan masalah rambut gugur. Selain itu rambut akan menjadi hitam berkilat dan lebat. Caranya, gunakan minyak rambut zam-zam setiap kali selepas mandi. Mana nak cari minyak rambut legend ni? Ianya masih ada dijual di kedai cina, kedai india, pasar malam, dan kedai-kedai kampung. Cuba cari di sana.

Yogurt

Beli yogurt asli, sapukan ke seluruh kepala dan rambut. Balut dengan tuala, dan biarkan selama 30 minit. Kemudian basuh sehingga bersih.

Masker tanah liat

Tanah liat bukan sahaja membantu mencantikkan kulit muka malah ianya membantu mengatasi masalah keguguran rambut. Beli clay mask kegemaran anda, sapukan ke rambut. Biarkan 30 minit dan basuh sehingga betul-betul bersih.

Daun inai

Ramai menyangka bahawa daun inai digunakan dirambut untuk mewarnakan uban semata-mata. Tahukah anda, yang sebenarnya daun inai juga berfungsi untuk mengatasi masalah keguguran rambut dan dalam masa yang sama menyuburkan kulit kepala supaya rambut tidak menipis.

Caranya, tumbuk daun inai sehingga halus. Sapukan ke kulit kepala dan rambut. Pakai shower cap. Biarkan selama satu hingga 3 jam, basuh sehingga bersih. Lakukan sekali seminggu, anda akan melihat kesannya.

Aloe vera

Selain untuk kecantikan kulit, aloe vera juga sangat berkesan untuk mengatasi masalah keguguran rambut. Caranya, ambil jel aloe vera dari pokok dan ratakan ke kulit kepala. Biarkan selama 30 minit dan basuh sehingga bersih. Kalau anda tiada pokok aloe vera, boleh juga gunakan jel aloe vera yang dibeli dari farmasi. Namun jel dari pokok jauh lebih semulajadi dan bebas dari bahan kimia dan bahan pengawet.

Itulah dia petua tradisional dan moden untuk masalah keguguran rambut yang boleh anda cuba di rumah. Jika anda mempunyai bajet, boleh juga dapatkan rawatan kesuburan rambut di saloon atau klinik kecantikan. Kosnya mungkin agak tinggi, tapi kalau anda mampu, apa salahnya. Betul tak?

13 Cara Melebatkan Rambut Dengan Cepat Dan Berkesan

Anda mengalami masalah rambut gugur yang teruk selepas melahirkan anak? Perubahan hormon yang berlaku semasa tempoh mengandung, melahirkan dan menyusukan anak merupakan punca utama anda rambut anda semakin berkurangan.

Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan cara melebatkan rambut yang dijamin berkesan.

cara melebatkan rambut

1. Aloe vera

Anda ada pokok aloe vera di rumah? Boleh gunakannya untuk melebatkan rambut. Caranya ialah:

  • Ambil sebatang aloe vera, buang kulitnya sehingga nampak isi jeli berwarna putih
  • Sapukan isi jeli aloe vera ke kulit kepala dan seluruh rambut
  • Urut kepala
  • Biarkan seketika
  • Bilas sehingga bersih

2. Santan kelapa

Orang dulu-dulu mempunyai ramput yang lebat, hitam, dan berliau. Rahsianya ialah santan kelapa. Nak tahu cara menggunakan santan kelapa untuk melebatkan rambut? Begini caranya:

  • Ambil setengah cawan santan kelapa pekat
  • Ratakan ke seluruh kulit kepala & rambut
  • Urut kulit kepala
  • Balut rambut dengan shower cap atau tuala
  • Biarkan selama sejam
  • Bilas dengan bersih
  • Amalkan setiap minggu, rambut anda akan lebat semula

3. Minyak kelapa dara

Selain santan kelapa, minyak kelapa dara juga sangat baik untuk melebatkan rambut. ia berfungsi untuk menguatkan akar rambut untuk mengelakkan keguguran rambut yang banyak dan merangsang peetumbuhan anak rambut yang baru. Cara menggunakannya ialah sapukan minyak kelapa dara ke kulit kepala dan seluruh rambut setiap hari.

4. Minyak argan

Minyak argan membantu meningkatkan peredaran darah di kulit kepala dan menggalakkan pertumbuhan anak rambut. Selain itu, minyak argan juga menguatkan folikel rambut supaya tidak mudah tercabut dan gugur. Sapukan minyak argan ke seluruh kulit kepala dan rambut sebelum tidur setiap malam.

5. Minyak zam-zam

Anda kenal minyak zam-zam? Orang tua zaman dahulu suka pakai minyak ini. Baunya agak kuat dan mungkin memeningkan kepala namun khasiatnya untuk melebatkan rambut tidak dapat disangkal lagi. Kalau anda nak rambut yang lebat, bolehlah amalkan minyak zam-zam. Anda boleh beli minyak ini di kedai runcit.

6. Daun bunga raya

Daun bunga raya bukan sahaja membantu menghilangkan sakit kepala malah ia juga melebatkan rambut. Caranya:

  • Ambil 10 helai daun bunga raya
  • Masukkan ke dalam segayung air
  • Ramas daun bunga raya sehingga keluar lendirnya
  • Gunakan air ramasan daun bunga raya tadi untuk membasuh kepala
  • Urutkan seketika sebelum dibilas sehingga bersih
cara melebatkan rambut

Satu lagi cara yang boleh anda gunakan ialah dengan menampal pes daun bunga raya ke rambut. Caranya ialah:

  • Ambil 10 helai daun bunga raya
  • Kisar sehingga halus
  • Tapiskan air, ambil hampasnya
  • Ratakan pes daun bunga raya ke rambut & kulit kepala
  • Balut rambut dengan shower cap atau tuala
  • Biarkan selama satu jam
  • Bilas sehingga bersih

7. Minyak rosemary

Minyak roermary bukan sahaja mempunyai aroma yang harum malah ia juga merangsang pembuluh darah di kulit kepala supaya peredaran darah berjalan dengan lebih lancar. Apabila peredaran darah di kulit kepala berjalan dengan lancar, masalah keguguran rambut juga akan berkurangan lalu rambut anda akan menjadi lebat. Sebagai tmabahan, rambut anda juga akan berbau harum.

8. Kurangkan stress

Selain perubahan hormon, stress juga merupakan punca utama anda mengalami masalah keguguran rambut yang teruk. Sekiranya anda inginkan rambut yang lebat, tebal, dan cantik, kawal stress anda. Kami faham, di zaman serba mencabar ini, stress merupakan sesuatu yang sukar untuk dielakkan.

Namun anda boleh mengawal stress dengan berusaha untuk menjadi lebih positif dan amalkan sikap take it easy.

9. Makanan kaya dengan zink

Sekiranya anda pergi ke klinik atau salon untuk rawatan keguguran rambut, biasanya anda akan diberikan supplemen zink kerana zink membantu menguatkan folikel rambut dan mengatasi masalah keguguran rambut. Selain menggalakkan pertumbuhan anak rambut. Oleh itu, kalau anda nak rambut yang lebat, bolehlah ambil makanan yang kaya dengan zink seperti kacang kuda, daging, hati, avokado, almond, bayam, dan telur.

10. Makanan kaya dengan zat besi

Selain zink, zat besi juga mampu melebatkan rambut anda dengan cara mengurangkan masalah rambut gugur. Anda boleh mendapat zat besi dari makanan seperti bayam, tiram, kacang merah, tomato, kentang, daging lembu, ikan, hati, kekacang, dan sayuran hijau.

11. Makanan kaya dengan vitamin C

Makanan yang kaya dengan vitamin c membantu menguatkan rambut. Ia juga kaya dengan antioksida dan membantu badan menyerap zat besi dengan lebih baik. Di antara makanan yang tinggi kandungan vitamin c ialah jambu batu, oren, brokoli, betik, kiwi, dan strawberi.

cara melebatkan rambut

12. Makanan kaya dengan vitamin A

Vitamin A bukan sahaja bagus untuk kesadan,.ihatan mata malah dia juga menguatkan rambut sehingga ke akar dan menggalakkan pertumbuhan anak rambut. Di antara makanan yang kaya dengan vitamin A ialahlobak merah, kobis, labu, bayam, aprikot, mangga, telur, hati, daging lembu, dan susu segar.

13. Makanan kaya dengan biotin

Kekurangan biotin dalam badan akan menyebabkan rambut anda menjadi reput, rapuh, tidak kuat, dan mudah tercabut dari kulit kepala. Ini kerana biotin membantu menguatkan akar rambut.

Oleh itu, mengambil makanan yang tinggi kandungan biotin sememangnya membantu melebatkan rambut anda. Di antara makanan yang tinggi biotin ialah badam, telur, kacang tanah, avokado, lobak merah, tomato, daging merah, ikan salmon, ubi kedek, bawang merah, mangga, dan brokoli.

Keistimewaan Membela Kucing Yang Tidak Pernah Manusia Tahu, No 6 Paling Terkesan

Memelihara binatang kesayangan merupakan satu lumrah sifat penyanyang yang ada pada seorang manusia sejak azali lagi. Bagi orang Islam, selalunya mereka akan lebih memilih kucing daripada binatang yang lain. Kucing mempunyai telatah yang nakal dan manja amat mencuit hati tidak kira pada orang Islam atau bukan.

Tahukah anda jika anda membela kucing, anda akan dapat pelbagai keistimewaan yang anda akan terima? Jika anda tidak tahu, di sini saya huraikan kebaikan membela kucing di rumah.

Keistimewaan pelihara kucing

  1. Sebagai terapi mental dan emosi

Memelihara binatang kesayangan merupakan suatu terapi emosi yang sangat baik lebih-lebih lagi apabila anda memelihara seekor kucing. Kucing adalah teman yang paling manja dan setia sewaktu anda dalam kesunyian. Kajian mendapati bahawa mereka yang berada di dalam keadaan kemurungan mampu pulih dari keadaan ini apabila bercakap dan berinteraksi dengan kucing.

Bukan itu sahaja, apabila anda membelai kucing anda akan dapat membantu menurunkan tekanan dan stress pada diri anda. Bayangkan jika anda pulang dari kerja pasti si dia sudah tunggu di depan pintu sambil mengiau.

2.  Menjaga Kesihatan Fizikal

Percaya atau tidak kucing akan beri kesan positif dalam diri anda untuk kebaikan kesihatan anda. Hasil dipada pemerhatian juga menunjukan bahawa pesakit yang sentiasa bersama kucing akan lebih awal keluar dari hospital dan kurang menghadapi risiko untuk mendapat serangan jantung atau strok.

Sah ke Solat Jika Kucing Bermain-Main Di Kaki? Baca Penjelasan Mufti

Image

Dapur Resepi Tauhu Jepun Homemade Hanya Guna 3 Bahan, Confirm Lembut!

Dapur

Resepi Tauhu Jepun Homemade Hanya Guna 3 Bahan, Confirm Lembut!

134
SHARES

AddThis Sharing Buttons

Share to WhatsAppShare to More

Tauhu lembut atau juga dikenali sebagai tauhu Jepun merupakan antara bahan utama yang sering di masak untuk si kecil. Sebenarnya, tauhu lembut ini sangat senang untuk dibuat di rumah kerana ia hanya memerlukan tiga bahan. Jadi, wanita ini telah kongsi cara membuat tauhu lembut dengan mudah, lepas ni tak perlu beli dah.

TAUHU LEMBUT (TAUHU JEPUN)

Tauhu ini bukan saja sering menjadi kegemaran orang dewasa, malah kanak-kanak juga menyukainya. Oleh itu, para ibu sering memasukkan tauhu ke dalam makanan si kecil. Bukan itu saja, tauhu ini mempunyai khasiatnya yang tersendiri dan pastinya selamat untuk dinikmati anak-anak.

BAHAN-BAHAN:

Cuma guna 3 bahan sahaja

5 biji telur

2 sudu tepung jagung

Air soya 150 ml

CARA-CARA:

Campur semua bahan, kisar secara perlahan . Tapis & masukan ke dalam acuan untuk di kukus.

Kukus selama 25 minit ..Sejukan sebentar ..Keluarkan dari acuan setelah disejukan ..

Potong-potong & celup dalam telur.

Goreng & siap!

Senang kan? Selamat mencuba!