Archives for September 22, 2021

Kenapa penyimpan emas berilmu takkan rugi?

Orang beli emas ikut-ikut tanpa ilmu akan rugi & sentiasa resah. Harga emas naik, susah hati & harga emas turun pun susah hati

Bagi yg bermula dengan ilmu, harga emas naik / turun sentiasa senyum & happy. Sebab dia tahu nak buat apa

Saya senaraikan 5 sebab kenapa penyimpan emas berilmu takkan rugi:

✅ Harga emas confirm naik dalam jangka panjang

Ini disebabkan kuasa beli duit semakin turun. Harga emas turun naik dalam jangka pendek perkara biasa. Penyimpan emas yg berilmu, dia beli emas gunakan duit simpanan jangka panjang, sekurang-kurangnya untuk jangka waktu 2-3 tahun

✅ Emas adalah duit tunai juga

Jika perlu duit tunai, dia boleh jual emas / gadai sahaja dulu di ar-rahnu untuk dapat duit on-the-spot! Siapa ada emas, maksudnya dia ada duit juga!

✅ Harga barang naik, harga emas turut sama naik.

Harga barang naik (inflasi) petanda kuasa beli duit kertas menurun. Kita perlu bayar duit yg lebih banyak untuk dapat barang yg sama. Orang simpan emas, kekayaan dia selamat dari dimakan inflasi

✅ Harga emas tak ada risiko jatuh lingkup macam saham

Emas satu-satu aset kewangan yang nilainya takkan jatuh KOSONG. Belum pernah ada dalam sejarah orang bankrap sebab simpan emas, tapi terlalu banyak sejarah orang bankrap sebab simpan duit kertas.

Orang yg tak ada ilmu, takut beli emas. Sedangkan orang ada ilmu, dia takut tidak memiliki emas. Sebab dia tahu kekayaan dia lebih terjamin kalau disimpan dalam bentuk emas!

Emas kekal sepanjang zaman
Ciptaan terindah dari yang Maha Esa

Sumber oleh:
Tuan Hafizulruddin

Konspirasi di Sebalik Wang Kertas

Menurut seorang ulama yang banyak mendedahkan “konspirasi” tentang sistem kewangan dunia bernama Sheikh Imran Hossein; untuk mengembalikan emas kepada fungsinya yang sebenar sebagai medium transaksi (menggantikan wang kertas) perlu bermula dengan membudayakan masyarakat menjadikan emas sebagai simpanan menggantikan simpanan wang kertas di dalam akaun bank.

Usaha itu perlu bermula dari bawah dan dari diri kita sendiri. Kalau kita tak mulakan dan ajar anak-anak dan generasi selepas kita, siapa lagi? Bank nak ajar? Bank hanya menjual satu perniagaan iaitu “HUTANG”.

Apabila masyarakat sudah celik dan menyimpan emas dan mempunyai kesedaran, yang meluas tentang fungsi emas sebagai “duit sebenar”, waktu itu emas boleh digunakan sebagai alat pembayaran alternatif kepada wang kertas. Hendak beli barang, bayar dengan emas, hendak jual barang, jual dengan emas.

Dengar macam mustahil kan? Tapi kita kena ingat zaman-zaman dahulu sistem matawang yang digunakan oleh seluruh dunia adalah emas, bahkan dari zaman Rasullah S.A.W lagi, sehinggalah zaman-zaman selepas Beliau wafat.

Penciptaan wang kertas selepas diputuskan hubungannya dengan emas adalah disebabkan U.S.A ingin mengawal ekonomi dunia dan kesannya adalah seperti sekarang. U.S currency adalah “benchmark” harga untuk sesuatu saham dan harga emas itu sendiri.

U.S currency jatuh, emas naik, U.S currency naik emas pula jatuh. Yang menjadi mangsa siapa? Negara-negara kecil seperti negara kita ini dan sudah semestinya diri kita sendiri sekiranya berlaku kejatuhan ekonomi negara.

Emas kekal bernilai sepanjang zaman
Ciptaan terindah dari yang Maha Esa

Sumber oleh:
Tuan Naim Azhar

Moral daripada billionaire

Sam Zell, seorang pelabur billionaire dari US telah membuat kejutan apabila beliau membeli emas buat kali pertama dalam hidupnya.

Bayangkan, billionaire ini membeli emas ketika usianya 79 tahun!

Selama 78 tahun, beliau tidak pernah membeli emas. Malah sepanjang kariernya sebagai pelabur, beliau tidak menyarankan pembelian emas.

Alasannya adalah 1) Emas tidak mendatangkan pendapatan dan 2) Emas memerlukan kos penyimpanan.

Namun pada usianya 79 tahun, paradigma Sam Zell berubah sama sekali.

Di dalam temubual beliau di Bloomberg, Sam Zell berkata, beliau boleh melihat inflasi sedang melanda US.

Beliau berkata “kami melihat kesan inflasi di semua tempat, anda mungkin membaca tentang kenaikan harga kayu, tetapi kami melihat kesan inflasi di semua perniagaan kami”

“Justeru, saya membeli emas sebagai perlindungan daripada inflasi” kata Sam Zell lagi.

“Kerajaan US dan negara-negara lain turut mencetak wang yang banyak. Jadi ini akan mengkibatkan kesan inflasi”

Zell merasakan bahawa kesan inflasi ini bukan kesan jangka pendek, malah boleh menjadi kesan jangka masa panjang.

Dulu saya selalu memperlekehkan orang yang membeli emas. Namun kini saya sendiri membeli emas.

Kesimpulan.

Jika pelabur bertaraf billionaire membeli emas untuk melindungi kekayaan beliau, apatah lagi kita yang bertaraf pelabur marhein ini.

Saya cadangkan anda ikut ajer jejak langkah Sam Zell.

Alihkan sebahagian kekayaan anda ke dalam bentuk emas. Anda akan berterima kasih kepada diri anda sendiri!

Tip..hari ini? ILMU PAJAK GADAI EMAS

4 perkara penting yang anda kena tahu bila nak pajak emas.

  1. Harga emas.
  2. Kadar pinjaman.
  3. Kadar upah simpan.
  4. Tempoh pinjaman.

KETERANGAN.

  1. Harga emas.

Harga emas akan mengikut harga semasa dan berbeza mengikut mutu emas. Setiap harga emas akan berbeza di setiap tempat pajak/arrahnu. Ada yang ambil tinggi dan ada yang ambil rendah.

Jenis mutu emas.

• 999
• 950
• 916
• 875
• 835
• 750
• 585

Makin tinggi ketulenan emas anda, maka tinggilah harga emas yang anda akan dapat.

  1. Kadar pinjaman.

Kadar pinjaman adalah jumlah pinjaman yang anda akan dapat daripada jumlah harga emas yang ada pajak. Setiap tempat pajak/arrahnu berbeza kadar pajak. Ada yang beri 60%, 65%, 70%, 75%, 80%. Malah yang lebih tinggi pun ada. Makin tinggi kadar pinjaman, maka makin tinggilah duit anda dapat pinjam.

  1. Kadar upah simpan.

Caj yang dikenakan sebagai upah mereka menyimpan emas kita. Kadar upah simpan juga berbeza mengikut tempat pajak/arrahnu. Biasanya akan dinilai berdasarkan nilai emas yang kita pajak. Yang berbeza adalah kaedah yang digunakan. Ada yang setiap RM100, ada yang berdasarkan peratus. Contoh seperti di bawah.

Nilai Marhun Kadar upah simpan bulanan bagi setiap RM100 nilai marhun

RM2000 pertama ke bawah RM0.70
RM2001 hingga RM10000 RM0.75
RM10001 ke atas RM0.80

Contoh kiraan, kalau nilai marhun emas anda RM2000.

RM2000 ÷ RM100 = 20
20 x RM0.70 = RM14

Maka, upah simpan anda untuk sebulan ialah RM14

  1. Tempoh pinjaman

Tempoh pinjaman adalah tempoh masa yang diberikan untuk anda bayar balik pinjaman yang telah dibuat termasuk upah simpan. Tempoh pinjaman juga berbeza mengikut tempat pajak/arrahnu. Ada yang tempoh pinjaman setahun, ada yang 6 bulan. Ada juga yang 6 bulan + 6 bulan. Ada juga yang dapat buat 6 bulan + 6 bulan sehingga 5 tahun. Kebiasanya kalau anda mahu + 6 bulan anda perlu bayar dulu upah simpan yang asal.

Bagi cara bayaran, ada tempat yang anda boleh bayar bila-bila masa sahaja, bayar sikit-sikit. Ada yang boleh bayar bulan-bulan. Ada yang perlu bayar sekaligus. Dan ada juga yang fleksibel terpulang pada anda nak bayar macam mana.

CONTOH PENGIRAAN PINJAMAN YANG ANDA AKAN DAPAT BERDASARKAN SITUASI SEBENAR.

Anda nak pajak/arrahnu 10gram jongkong emas anda yang berketulenan 999.

  1. Harga emas 999 hari ini RM280
  2. Kadar pinjaman 75%

10gram x RM280 = RM2800
RM2800 x 75 = RM210000
RM210000 ÷ 100 = RM2100

Maka, jumlah pinjaman yang anda akan dapat ialah RM2100

BAGI PEMBAYARAN PULA ANDA KENA BAYAR JUMLAH PINJAMAN + UPAH SIMPAN. HABIS BAYAR ANDA AKAN DAPAT BALIK EMAS ANDA.

MANFAAT DARI PAJAK/ARRAHNU EMAS.

  1. Dapat buat pinjaman tanpa ada unsur riba.
  2. Dapat buat pusingan modal atau besarkan bisnes bagi peniaga tanpa perlu meminjam dengan bank.
  3. Rata-rata orang memajak emas kerana mahu beli sesuatu. Contoh anda nak beli TV LCD berharga RM2000. Nak bayar terus RM2000 mungkin tidak mampu atau bajet bulanan anda lari. Cara terbaik, pajak/arrahnu emas anda, duit dari hasil gadaian anda beli TV LCD. Bulan-bulan anda hanya perlu bayar di arrahnu. Kaedah ini jauh lebih jimat berbanding buat pinjaman kedai atau bank, sebab anda perlu bayar kaedah faedah yang tinggi. Habis bayar anda dapat TV dan EMAS.
  4. Dapat digunakan waktu kecemasan tanpa perlu menyusahkan orang lain.

NOTA TAMBAHAN.

  1. Pajak di arrahnu (pajak gadai Islam) lebih selamat kerana simpanan emas anda dijamin dan tiada unsur riba.
  2. Pajak hanya bila perlu dan ada matlamat yang jelas. Jangan pajak emas anda hanya kerana mahu ada duit di tangan semata-mata.

KESIMPULAN.

Anda perlu bijak membuat perbandingan di setiap tempat pajak/arrahnu berdasarkan 4 perkara utama tadi. Kemudian, anda nilailah sendiri tempat yang mana yang lebih berbaloi untuk anda pajak/arrahnu emas anda.

SEMOGA BERMANFAAT.

Jom baca dan ulang ayat ini sebanyak mungkin :

اللَّهُمَّ إنَّك عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

  1. Allahumma
  2. Innaka
  3. ‘Afuwwun
  4. Tuhibbul
  5. ‘Afwa
  6. Fa’fu ‘Anni

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha pemaaf dan senang memaafkan, maka maafkanlah kesalahanku.”

? NAK MULA DARI MANA? ?

“Saya ni x pandai nak niaga emas ni cuba bagi tau mai sat kaedah nya lagu mana”…
Ok stepnya mcm ni:

  1. Jadi Ahli Orodesign
  2. Beli emas utk diri sendiri dulu. Nak cerita kpd org, nak kempen org beli emas. Biar kita dulu mulakan
  3. Sembangla dgn keluarga, anak beranak, kawan², jiran² tanya dia ada x simpanan duit dlm bank @ dlm tabung buluh @ bawah tilam yg x pakai..
  4. Habaq dia duit simpanan tu lama² nilai dia makin susut ditelan inflasi. Walau bertambah dividen ke faedah ke bunga ke riba ke. Hakikatnya nilai yg susut x sama dgn yg kita dapat akhirnya.
  5. Dari rugi dimamah inflasi gitu je lebih baik tukar jadikan emas. Simpan emas fizikal. Emas ni walaupun ada ketika harganya turun naik tapi utk jangka masa panjang harganya makin meningkat ✅
  6. Tak pernah dlm sejarah org yg simpan emas fizikal ni rugi. No!. Terdesak boleh pajak. Lepas tu tebus balik.
  7. Jangan beli emas dgn duit beli ikan Mek oiii Awang oiii! Guna duit yg x pakai je.
  8. Nak beli murah molek la beli dgn Orodesign. HARGA MURAH, SPREAD RENDAH, KOS UPAH BRG KEMAS pun SANGAT RENDAH !
  9. Nak lagi murah jadi ler Ahli Orodesign. Banyak benefit & bonus² menanti. Itu adalah reward dari company. Eh.. Salah ke Boss kasi reward?

Anda takkan dpt 1kg tanpa 1gram yg pertama
Jom Menjadi Sebahagian Daripada Keluarga Besar Kami

??1gram 1 bulan 1 keluarga??

TAHUKAH ANDA!

EMAS = Logam berharga yang tak akan merugikan pemiliknya.

Nak ajak seramai yang boleh…jom kita BAGI PELUANG & BUKA MINDA pada diri sendiri untuk miliki emas.

Nak ajak beli emas berat-berat sekaligus..kenyataannya bukan semua orang mampu.

Sebab tu nak ajak miliki yang kecil-kecil je dulu…0.5g atau 1g. Kemudian, kita usahakan untuk KONSISTEN beli emas berat yang sama..pada setiap bulan atau setiap 2 bulan atau setiap 3 bulan etc, ikut kemampuan…TANPA GAGAL.

Lama-lama sedar tak sedar, kita dah ada ASET yang berjaya kita kumpul secara sedikit demi sedikit dan..dalam masa yang sama tidak membebankan kewangan kita untuk teruskan belanja keperluan harian.

Duit Antarabangsa(WORLDWIDE CURRENCY)

Jika kita merujuk kepada sejarah zaman peperangan antara Vietnam dan Amerika dahulu, ramai penduduk Vietnam melarikan diri ke negara lain.

Harta-harta mereka kebanyakkannya ditukar kepada kepingan emas yang dinamakan “Kim Thant”. Emas Kim Thant itu bentuknya nipis dan boleh disorokkan dalam jahitan baju.

Orang tidak tahu yang mana mereka membawa kepingan emas. Itulah harta mereka ketika berada di negara orang dan ia dijadikan alat untuk membina semula kehidupan ditempat baru.

Kalau kita lihat pada sejarah Vietnam ini, waktu gawat, emas adalah yang paling berguna. Waktu itu duit tidak lagi berguna untuk dijadikan sebagai alat untuk membina kehidupan di negara orang. Kalau mereka bawa duit negara asal mereka pasti tidak laku ketika itu.

Altenatif – Bawa Emas Bukan Duit

Daripada kisah pelarian Vietnam ini, ada satu perkara yang boleh kita belajar daripadanya iaitu emas adalah duit antarabangsa.

Selain kita tukar duit sebelum keluar negara, kita juga boleh bawa emas bersama. Emas boleh dijual di negara luar yang kita pergi sekiranya kita ada masalah kewangan.

Kenapa saya kata bawa emas bukan duit?

Kalau duit “US Dollar” pun ada sesetengah tempat atau negara tidak menerimanya, apatah lagi kalau duit ringgit Malaysia. Ia tidak laku diluar negara. Kalau emas, ia laku seluruh dunia.

Had emas yang boleh dibawa keluar negara mengikut undang-undang Jabatan Kastam Malaysia adalah TIADA HAD tapi kalau nak bawa keluar duit ringgit Malaysia keluar negara, hadnya bersamaan dengan USD10,000. Kalau lebih perlu diisytihar dan mendapat kebenaran daripada Bank Negara Malaysia (BNM).

Sememangnya dalam sejarah manusia, sudah beratus tahun emas dijadikan matawang antarabangsa. Ia altenatif terbaik selain bawa duit tunai.

Bahkan ada kemungkinan kita dapat jimat kos tukar duit ringgit kepada matawang asing (elak spread).

Cuma sebelum bawa emas keluar negara, kita kena semak dulu polisi negara yang nak kita lawati. Sebab ada sesetengah negara meletakkan had membawa emas masuk ke negara mereka dan dikenakan cukai.

Ada perkara penting yang perlu kita tahu, emas adalah aset yang diterima diseluruh dunia. Kita boleh beli emas dimana-mana tempat dan jual semula dimana-mana tempat yang kita inginkan.

Ia bukan seperti duit kertas atau aset pelaburan lain. Bahkan kalau matawang dunia seperti US Dollar sendiri pun tidak diterima di sesetengah tempat.

Tapi ia tidak terjadi kepada emas, kerana nilai emas berdiri dengan sendirinya tanpa perlu jaminan daripada mana-mana pihak.

Asalkan ia emas dan tulen, tak ada apa yang perlu kita risaukan kalau ingin jual semula. Nilai emas dijamin oleh berat dan ketulenannya saja.

Itulah kehebatan logam emas yang dicipta oleh Allah SWT untuk umatnya.

Kredit tuan
Khaja Nazimudeen

Bila dah daftar jadi dealer, beli banyak-banyak emas ni nak buat apa?

  1. Beli masa harga rendah, simpan dulu nanti harga naik jual
  2. Beli dengan harga modal, terus jual semula dengan harga pasaran
  3. Beli untuk simpanan dana kecemasan, perkahwinan, pendidikan, umrah/haji atau tukar ke aset rumah atau tanah dan lain2.

Tak rugi pun bila dah ada emas ni, macam-macam boleh difungsikan insyaAllah. Paling penting dealer dapat beli emas harga kilang serta nikmati spread rendah?

Celik Emas

Uniknya emas nak memilikinya bukan sekadar perlukan wang ringgit. Nak miliki nya juga perlukan KESEDARAN.

Bila kesedaran tentang emas sudah mula terbit, tiada lagi akan meniti di bibir kita,

“Mahalnyaa harga emas ni, membazir je.”

Kerana orang yang #CELIKEMAS dia tahu duitnya tak hilang bila beli emas, duitnya hanya ‘dibekukan’ dan boleh dicairkan bila perlu. Duitnya akan beranak pula berganda dalam emas itu.

Waktu tu kita tak lagi tunggu harga emas turun baru nak miliki emas, ada duit terus bekukan dengan emas.

Begitulah tepat istilah ORANG YANG ADA DUIT BELUM TENTU ADA EMAS. TAPI ORANG YANG ADA EMAS SUDAH TENTU ADA DUITNYA.

Dapat faham sesuatu?